Orang tua selalu berpesan "bila mendengar guruh di langit, jangan buang air dalam tempayan". Kerana, entah ya entah tidak hujan akan turun. Tapi, manusia mudah lupa. Begitu juga masyarakat India. Bila anwar berkata "masyarakat India akan kita bela", terus anwar diangkat bagai dewa. Diberikannya gelaran 'Sivaji the Boss'. Samy Vellu dan MIC yang dah berpuluh tahun berbakti pada mereka dibuang begitu saja.
Ketika janji anwar masih terngiang ditelinga, sebaik saja berkuasa, kerajaan Pakatan halau masyarakat India di Kpg Buah Pala. Tengok video di bawah:
Kemudian, belum pun sampai dua tahun berkuasa, N. Gobala yang pernah beberapa kali ditangkap dan dipenjara kerana mempertahankan anwar mula bersuara. Kata Bala, Anwar adalah pemimpin yang bukan saja mengamal politik pecah belah tetapi juga pemimpin yang 'cakap tak serupa bikin dan bikin tidak serupa cakap'.
Pemilihan PKR bulan lalu bukan sahaja penuh dengan amalan 'luarbiasa' tetapi juga gangster. Anwar tolak pemimpin yang memperjuangkan kaum india spt bala dan manikavasagam dan lantik pak turut spt surendran dan dr. xavier.
Menurut Bala,
- janji untuk membela masyarakat India hanyalah janji kosong.
- Di Selangor selama dua setengah tahun memerintah, tiada satu pun rancangan yang dilakukan untuk membantu membangunkan taraf hidup orang India.
- Malah, keadaan orang India menjadi lebih teruk berbanding dengan keadaan mereka semasa di bawah kerajaan BN.
- Pekerja India di estet di selangor masih kongsi kolam air dengan itik dan ikan.
- Kuil Siva di Bukit Gasing dirobohkan.
- Dr. Xavier menipu dalam meluluskan RM85,000 untuk membeli 24 buah komputer untuk sekolah-sekolah tamil melalui 3 pembekal kroninya.
- Janji beri geran RM4 juta untuk sekolah tamil tapi disalurkan kepada NGOs.
"We have talked to anwar many times about all this but you only listen to azmin, what is so great in azmin that we are not?"
Sekarang, janji-janji sudah mula ditaburkan kepada orang Dayak di Sarawak dan kini semakin hebat dengan pengedaran 10,000 CD dan 40,000 risalah yang disasarkan kepada para penduduk di pedalaman yang majoritinya terdiri daripada orang Dayak. Adakah ini menjadi petanda bahawa kejadian di Kpg. Buah Pala bakal berulang lagi. Sepatutnya kejadian tersebut menjadi teladan kepada orang Dayak di Sarawak bahawa banyak janji-janji PKR kepada rakyat semasa PRU dulu masih belum lunas dan telah membuatkan ramai rakyat merasakan mereka telah ditipu. Oleh itu, sebelum kejadian tidak diingini berlaku adalah lebih baik kita berwaspada dan janganlah sampai "Dah terhantuk baru terngadah"...