Tuesday, November 29, 2011

Suasana Bantahan Bil Perhimpunan Aman 29/11/11

Perhimpunan yang diadakan pada 29/11/2011 pukul 11.30 pagi, adalah bertujuan untuk membantah Bil Perhimpunan Aman yang dicadangkan dalam parlimen baru-baru ini. Kelibat-kelibat pemimpin pembangkang dan beberapa penyokong perhimpunan yang tidak seberapa ramai telah berhimpun di kawasan berkenaan sejak jam 10.00 pagi. Berikut adalah gambar-gambar yang diambil semasa perhimpunan yang diadakan di Kompleks Mahkamah Lama Kuching. 

Tuesday, November 22, 2011

Harimau mengaum, Garuda kena lambung

Walaupun agak lambat sedikit tetapi ucapan syabas dan tahniah harus diberikan kepada pasukan Harimau Muda yang telah menewaskan pasukan Garuda dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea malam tadi. Semangat juang dan kekuatan mental yang tinggi Harimau Muda telah menunjukkan pasukan bola sepak negara masih mampu memberikan cabaran kepada negara-negara lain. 

Seharusnya kemenangan ini perlu dijadikan pembakar semangat kepada pemain-pemain bola sepak negeri dan juga negara agar meningkatkan kualiti permainan mereka. Tetapi bukan para pemain sahaja yang memainkan peranan mereka tetapi para penyokong khususnya rakyat Malaysia patut memberikan sokongan kepada liga bola sepak negara kerana tanpa penyokong pemain tidak akan mendapat semangat untuk berjuang. 

Oleh itu, marilah kita rakyat Malaysia memberikan sokongan penuh kepada liga bola sepak tempatan demi memajukan arena bola sepak negara. AYUUUHHHHH!!!!!!!!

Thursday, November 3, 2011

Sudah diludah, tak dapat dijilat balik...

Isu ini sangat panas dan menjadi bualan dilaman-laman sosial terkenal seperti Facebook, Twitter dan lain-lain juga. Ia berkaitan dengan seorang pelajar Unimas yang telah mengeluarkan artikel yang menimbulkan kemarahan rakyat khasnya rakyat Sarawak.