Monday, April 30, 2012

Bersih 3.0: Suasana di Kuching

Pada sabtu lepas perhimpunan Bersih 3.0 di hadapan Komplek Mahkamah Lama Kuching telah diadakan dalam suasana cuaca yang cerah dan angin bertiup sederhana. Warga Kuching yang mengikuti perhimpunan tersebut berkumpul beramai-ramai di sekitar kompleks dengan beberapa kelibat wakil rakyat serta para pemimpin dari parti pembangkang kelihatan. Beberapa wakil dari parti juga sedang hebat berucap menyampaikan mesej kepada warga Kuching yang berkumpul di lokasi berkenaan menggunakan "hailer" dan berdiri dibelakang sebuah pickup.

Friday, April 27, 2012

Bersih 3.0: Warga Kuching memilih keamanan?

Esok hari merupakan hari Sabtu yang biasa seperti hujung minggu yang sebelum ini dimana warga Kuching menjalankan aktiviti-aktiviti bersama-sama keluarga serta orang tersayang. Lebih-lebih lagi esok adalah hujung minggu dimana ramai warga sudah mendapat gaji akan meluang masa yang ada bersama-sama orang tersayang keluar rumah untuk membeli barang-barang keperluan harian ataupun ada yang pergi berkelah di tempat peranginan atau bersiar-siar di sekitar bandaraya Kuching.

Thursday, April 26, 2012

Masih ingatkah anda dengan SUHARDI MAT ISA?

Masih ingatkah anda semua dengan Suhardi Mat Isa? Jika anda sudah lupa, terlupa dan melupakan siapa beliau, maka marilah kita menonton video ini untuk mengenal dan mengingat kembali siapa itu SUHARDI MAT ISA... Selamat menonton...

Wednesday, April 25, 2012

Ada apa dengan Bersih 3.0

Bersih 3.0 akan diadakan pada hujung minggu ini dan sekarang ia sedang giat dipromosikan oleh para penganjur termasuk para pemimpin parti pembangkang serta para pengikut setia parti-parti pembangkang. Kita rakyat Malaysia sudah maklum bahawa perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan di bandar-bandar utama di setiap negeri seluruh Malaysia pada 28 April ini. Ia juga akan diadakan di beberapa bandar utama di luar negara. 

Tuesday, April 24, 2012

Bersih 3.0 dipromosi secara terbuka di Kuching

Pada Ahad lepas seorang kawan sedang berjalan-jalan di Pasar Minggu Satok untuk membeli sayur-sayuran dan barang-barang dapur. Pasar Minggu Satok amat terkenal di bandaraya Kuching kerana disini pelbagai barang dijual yang kebanyakkannya adalah sayur-sayur hutan dan barang-barang yang jarang ditemui di kedai-kedai atau pasaraya biasa yang terdapat di bandaraya Kuching. Barang-barang disitu juga dijual dengan harga yang berpatutan dan aktiviti tawar-menawar antara peniaga dan pembeli sering kelihatan sudah menjadi identiti kepada Pasar Minggu Satok menjadikannya satu destinasi yang unik.

Thursday, April 12, 2012

Anwar yang luluskan, Anwar juga yang nak hapuskan


Berita mengatakan Pakatan Rakyat akan memansuhkan PTPTN jika mereka menang pada PRU-13 akan datang sememangnya telah mencetuskan ketidakpuasan banyak pihak dan tidak kurang juga yang menyokong. Hal ini telah disampaikan sendiri oleh ketua Pakatan Rakyat sendiri Anwar Ibrahim dalam satu ceramah baru-baru ini. 

Tuesday, April 10, 2012

Bersih 3.0 dibiayai Yahudi!


Seperti yang kita sedia maklum perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan pada 28/4/2012 jam 2 petang adalah kesinambungan kepada perhimpunan Bersih 2.0 Julai tahun lepas. 

Wednesday, April 4, 2012

Bersih 3.0 - 28 April 2012

Hah... seperti yang sudah dijangkakan dalam artikel SarawakDotKom yang terdahulu perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan tidak lama lagi. Dicadangkan perhimpunan tersebut akan diadakan pada hujun bulan ini iaitu pada 28 April 2012.