Friday, April 26, 2013

Jangan jadi seperti Adam Adli!

Bak kata pepatah, "nasi sudah menjadi bubur"... Keputusan mahkamah tinggi sudah muktamad....


Adam Adli sudah sah kena gantung oleh UPSI kerana melibatkan diri dalam politik walaupun masih bergelar pelajar universiti. Adam telah digantung pengajian di  UPSI kerana telah bersalah mencalarkan nama baik UPSI dan mengganggu ketenteraman awam.

Oleh kerana tindakannya itu, dia telah melepaskan peluang untuk menghabiskan pengajiannya dalam tempoh yang sepatutnya. Menyesal pun sudah tiada gunanya. 

Maka, para pelajar universiti diharapkan agar untuk menamatkan pengajian mereka dahulu sebelum melibatkan diri dalam politik.

Sekian, terima kasih...

No comments:

Post a Comment