Sunday, April 28, 2013

Penjawat awam kera???

Semalam dalam ceramah beliau Tan Sri Hashim Hussein telah mengkritik penjawat awam dengan mengatakan kakitangan kerajaan adalah kera! Kenyataan beliau itu telah menyakitkan hati semua penjawat awam di seluruh negara dan kenyataan seperti itu tidak sepatutnya disebut atau dikeluarkan oleh beliau.

Jeneral Kera Tertinggi
Tan Sri Hashim berkata demikian kerana kakitangan awam dikatakan malas dan lembab ketika diberikan tugas atau menyiapkan sesuatu tugas. Harus diingatkan bahawa tidak semua kakiktangan awam adalah seperti yang beliau katakan, tetapi hanya segelintir sahaja yang bersikap demikian. Takkan kerana beberapa individu yang lemah dalam perkhidmatan awam, maka boleh dibuat kesimpulan pula bahawa semua penjawat awam malas dan lembab??? 

Suara Pakatan Rakyat pula mengatakan, kata-kata Tan Sri Hashim tersebut harus dilihat sebagai kata-kata motivasi kepada para penjawat awam dan bukan diambil dari sudut sensitif. Kalau difikirkan secara rasional, tiada pakar motivasi didunia ini akan mengeluarkan kata-kata kesat untuk memotivasikan seseorang. Malah seorang pakar motivasi akan menggunakan kata-kata yang lebih lembut dan menjaga sensiviti seseorang individu dalam memotivasikan mereka. Dan jika kata-kata kesat itu diambil sebagai motivasi maka boleh juga dikatakan Tan Sri Hashim sendiri adalah pakar motivasi KERA!

Dipetik juga dalam Suara Pakatan Rakyat, Tan Sri Hashim menyertai Pakatan Rakyat kerana sejurus selepas beliau menamatkan perkhidmatan sebagai duta Pakistan, beliau merasakan dirinya telah diketepikan. Ada kemungkinan beliau diketepikan adalah kerana beliau adalah seorang penjawat awam yang malas, lembab dan perlu disuap seperti kera, sama seperti dalam kenyataan beliau semalam. Dan tidak keterlaluan jika dikatakan beliau diketepikan adalah kerana seorang pakar motivasi kera!

Oleh itu, kenyataan Tan Sri Hashim semalam telah membuktikan kepada kita semua bahawa semua pemimpin Pakatan Rakyat adalah pakar motivasi kera!

No comments:

Post a Comment