Tuesday, March 29, 2011

SNAP: Kami Lakukan Apa Yang Patut

Pengarah Pilihan Raya parti SNAP, Paul Kadang telah menjelaskan mengapa SNAP berkeras dengan keputusan mereka. Walaupun ia telah menjejaskan hubungan kerjasama antara parti komponen Pakatan Rakyat Sarawak dan telah menimbulkan pelbagai spekulasi, SNAP tetap dan tidak akan berganjak dari pendirian mereka.

Paul Kadang juga telah menjelaskan mengapa PKR tidak layak untuk mengetuai Pakatan Rakyat di Sarawak. Tanpa membuang masa sila klik sini untuk maklumat lanjut.

Monday, March 28, 2011

RETAK!!! DAP vs PKR vs SNAP

Pasti hancur... Pasti lebur... Dan akan pasti menjadi debu yang berterbangan mengotori muka-muka pemimpin pembangkang... Apa yang dicanang-canangkan selama ini dan laungan-laungan slogan yang binggit memekak telinga hanya akan menjadi impian yang tidak tercapai. Walaupun hari yang dinanti-nantikan masih lagi jauh tetapi kenyataannya ia semakin dekat dan jam berdetik dengan laju, selaju jantung-jantung yang berdebar-debar menanti waktunya.

Reformasi!!! Change We MUST!!! Inilah slogan-slogan yang sering dilaung-laungkan oleh para penyokong parti PKR dan DAP. Slogan SNAP pula, saya belum dapat pastikan apakah slogan yang akan mereka laungkan. Tetapi yang pastinya, laungan-laungan slogan ini semakin hari, semakin berkurangan dan sedihnya laungan katak dan cengkerik lebih binggit di kala hujan dan malam menjelang... Apa yang sudah terjadi??? Segala perancangan, segala strategi, segala impian, segala pengorbanan dan segala mimpi akan menjadi mimpi saja dalam sekelip mata. Usaha demi usaha, perbincangan demi perbincangan tetapi belum lagi ada kata putus. Apa yang diperolehi hanya berlakunya pertelingkahan dan salah faham ataupun lebih tepat, tidak wujud lagi ikatan diantara parti komponen Pakatan Rakyat di Sarawak.

Apa yang dilaungkan kini adalah... Kami nak 54 kerusi!!!! Kami nak 24 kerusi!!!! Kami nak 20 kerusi!!!! Kami nak sapu habis kerusi!!! Sayang seribu kali sayang, jumlah kerusi yang ada hanya 71... Nak sayang pun susah, tak sayang pun susah... Ternyata sekali inilah dilema yang dihadapi Pakatan Rakyat Sarawak.

Gabungan serta kerjasama yang dikatakan mampu dan boleh meruntuhkan kerajaan BN Sarawak kini semakin goyah. Goyah digoyang-goyangkan oleh mereka sendiri... Harus kah kita rakyat Sarawak sedih??? Haruskah kita menangis??? Ataupun adakah ini yang kita mahukan??? Dan yang paling penting, apa yang harus kita sebagai rakyat Sarawak lakukan untuk negeri tercinta dan diri kita sendiri? Semua persoalan ini hanya dapat dijawab oleh diri kita sendiri.

Untuk maklumat lanjut sila klik sini, sini, sini dan sini...

Monday, March 21, 2011

Water Front Kuching Heboh lagi???

PANAZZZZZZZZZZZZZZssssssssssssssssssssssss.... Fuhhhh... Saya baru balik memantau tengok perhimpunan PKR pukul 10 pagi tadi. Ramai yang datang. RAMAI tu... Kawasan lapang di Water Front Kuching memang dipenuhi oleh orang. Walaupun hujan, ia tidak menghalang perhimpunan diteruskan dan semangat orang yang hadir tidak hanyut dibawa arus Sungai Sarawak. Berkobar-kobar, laungan semangat dan slogan "REFORMASI" bergema mengegarkan tahi telinga orang-orang yang berhimpun dikala hujan turun sepoi-sepoi bahasa...

Mengikut pemerhatian saya, jumlah orang yang hadir ketika perhimpunan tersebut adalah lebih kurang 200 orang. Mengejutkan, ingatkan tak ramai orang yang akan hadir, rupa-rupanya jalan di sekitar kawasan perhimpunan memang sesak dengan kenderaan. Penyokong dan ahli-ahli PKR yang hadir kira-kira 30 orang. Selebihnya pihak polis 3x jumlah orang-orang PKR dan pihak media 2x daripada jumlah orang-orang PKR... RAMAI tuuuu...

Perhimpunan tersebut hanya berlangsung selama 1 jam dan pihak PKR hanya dibenarkan untuk menyuarakan apa yang terbuku dihati selama 5 minit oleh kerana perhimpunan tersebut tidak mendapat permit (haram).

Perhimpunan tersebut adalah bertujuan untuk membantah rampasan tanah NCR dikawasan Balai Ringin dan Gedong serta isu rampasan Bible oleh kerajaan. Pihak PKR juga telah mengedarkan bukti (2nd batch) berkaitan rampasan tanah NCR kepada pihak media yang menurut mereka adalah bukti kukuh mengaitkan ia dilakukan oleh Ketua Menteri Sarawak. Mereka juga mengatakan bukti-bukti tersebut telah disediakan oleh Baru Bian, presiden PKR.

Tetapi apakan daya, tidak ramai orang awam datang untuk turut serta menghadiri perhimpunan tersebut. Sedih dan terharu saya melihat perhimpunan tersebut yang ibarat "bunga layu dikala hujan lebat"... Ini menunjukkan orang Sarawak tidak bersedia dan tidak akan bersedia sampai bila-bila pun untuk melakukan demonstrasi yang ternyata bukan budaya orang Sarawak. Saya ucapkan TAHNIAH kepada orang Sarawak kerana mempunyai akal dan berfikiran panjang.

Berikut adalah gambar-gambar hiasan yang saya ambil dari celah-celah bunga kerana terlalu "ramai" orang berkumpul disitu...










Friday, March 18, 2011

Baginda Minda Muflis!!!

Haaaaahhhhh...!!! Mampus lah kali ni... Mana nak cari ni... Berpuluh-puluh lubang di korek pun tak akan dapat menimbus lubang yang besar hasil letupan bom C4 seberat 100juta tan yang di letupkan oleh Ummi Hafilda terhadap Baginda Minda. Itu baru bom C4, kalau bom nuklear alamatnya jadi angin lah harta benda si Baginda Minda nanti. Jual diri seumur hidup pun takkan dapat melangsaikan segala-galanya.

Selama ini Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda, mendapat habuan dari DS Anwar Ibrahim untuk menghasilkan artikel-artikel untuk Malaysiakini amat selesa dengan keadaan sekarang bakal muflis. Cukup kah habuan yang diberikan DS Anwar untuk melangsaikan saman itu nanti? Adakah DS Anwar akan membantu beliau untuk menyelesaikan masalah peribadi yang bakal dihadapinya nanti? Dan jika beliau tidak mendapat pembelaan dari mana-mana pihak, mampukah beliau menghadapi tuntutan saman terhadapnya nanti? Tetapi persoalannya, adakah kesetiaan beliau terhadap DS Anwar juga bakal tergugat jika tidak mendapat bantuan? Adakah berlakunya kebocoran rahsia jika Baginda Minda mula membuka mulut yang selama ini digamkan dan dijahit ketat-seketatnya? Hmmm... malas lah saya nak komen lagi, lebih baik kita tunggu keputusan mahkamah kelak....

Maklumat lanjut boleh dibaca di sini dan sini.

Wednesday, March 16, 2011

Krisis Pakatan Rakyat Sarawak semakin ketara

Tidak lama lagi rakyat Sarawak akan mengundi, dan masing-masing sudah menetapkan pilihan masing-masing. Bakal calon belum lagi diketahui tetapi rakyat Sarawak sudah dapat menjangka siapa yang bakal akan dipertandingkan untuk kawasan masing-masing.

Itu bukan isunya sekarang, isu yang hangat adalah berlakunya krisis di dalam Pakatan Rakyat Sarawak, dimana parti-parti komponennya masing-masing ingin untuk mempertandingkan calon masing-masing di dalam DUN pilihan mereka mengikut kepentingan dan keupayaan parti di DUN tersebut. Tetapi yang peliknya, PKR telah membolot lebih setengah daripada 71 kerusi DUN yang ada. SNAP inginkan jumlah kerusi sendiri begitu juga DAP dan PAS. Masing-masing inginkan kerusi DUN... Dan menurut Baru Bian, Presiden PKR Sarawak, pembahagian kerusi DUN adalah tertakluk kepada perjanjian diantara parti-parti komponen pakatan. Cakap lain tapi yang berlaku lain... Nampak sangat PKR nak menurunkan 71 calon dalam PRN Sarawak nanti. Ada perjanjian pun tak akan menghalang keputusan diktator Anwar Ibrahim serta Azmin Ali untuk menakluk Sarawak demi kepentingan mereka sendiri.

SNAP pula pada minggu lepas sudah memberikan amaran kepada Pakatan Rakyat bahawa mereka akan keluar dari pakatan jika mereka tidak mendapat jumlah kerusi yang mereka inginkan dan menurut presidennya, Edwin Dundang, SNAP juga tidak mahu mengikut arahan ketua parti lain sedangkan mereka boleh membuat keputusan sendiri tanpa mengikut kata telunjuk pihak luar. Walaupun cuma amaran, tetapi mengikut angin dan situasi di dalam Pakatan Rakyat, saya boleh jangkakan SNAP akan keluar dari pakatan demi kepentingan parti yang ingin bertanding di DUN majoriti penduduknya Dayak.


Saya ingin menambah sedikit dengan mengucapkan BRAVO Edwin Dundang kerana berani memberi amaran kepada PKR...

Monday, March 14, 2011

Susulan Perjumpaan PONDAN tahunan...

Mungkin saudara dan saudari sudah mengetahui mengapa perjumpaan PONDAN tahunan pada Sabtu lepas diadakan. Tetapi saya hanya ingin mengulas satu dua perenggan sahaja tentang perjumpaan tersebut. Perhimpunan tersebut pun bukannya hangat sangat diperkatakan tetapi impak daripada apa yang dibincangkan semasa perhimpunan tersebut boleh menyebabkan runtuhnya hubungan kerjasama PKR dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Pertama, Baru Bian telah mengumumkan bahawa PKR akan menurunkan 52 calon untuk menghadapi PRN akan datang DAN SNAP hanya akan mendapat 5 kerusi untuk dipertandingkan di kawasan majoriti Dayak. Keputusan ini pasti akan merumitkan keadaan yang mana SNAP telah mengharap-harapkan 28 kerusi di kawasan majoriti Dayak. Kali ini saya dapat rasakan SNAP akan keluar dari Pakatan Rakyat kerana minggu lepas mereka telah memberitahu akan keluar dari Pakatan Rakyat jika permintaan mereka tidak dipertimbangkan. Pasti rapuhlah ikatan hubungan antara parti dalam Pakatan Rakyat apabila berita ini menjadi buah mulut orang ramai nanti. Ketiadaaan persefahaman dalam Pakatan Rakyat memang sudah lama berlaku dan tidak di pandang serius oleh para pemimpin mereka. Akhirnya nanti akan memakan diri mereka sendiri kerana tidak mengambil berat masalah yang mereka rasakan remeh-temeh. NANTI KAU RASAKAN... Kalau dah berpecah takkan mudah untuk bergabung semula!

Kedua, buku jingga... Tak laku kot... Pasal itu lah dibawa kesini untuk dipromosikan semasa berkempen untuk menghadapi PRN akan datang. Pasti orang ramai akan tertanya-tanya apakah itu "buku jingga"... Agak-agaknya macam buku 555 (buku hutang) itulah "buku jingga". Hmmm....

Dibawah ini saya sertakan sedikit, gambar-gambar semasa konvensyen tersebut pada hujung minggu yang lepas.






Friday, March 11, 2011

Perjumpaan tahunan PONDAN di Batu Kawah esok???


Fuh... Saya mendapat maklumat bahawa ada perjumpaan tahunan pondan akan berlangsung esok hari di kawasan Batu Kawah. Maklumat ini pun saya dapat selepas angin ribut melanda semasa saya keluar makan tengah hari bersama rakan-rakan. Buat masa sekarang tak ada apa yang menarik sangat memandangkan perjumpaan tersebut belum lagi berlangsung. Jadi, adalah diharapkan saya dapat mengumpul sedikit maklumat sebelum saya dapat mengulas dengan lebih lanjut.

Saya juga ada mendengar, satu lagi persatuan sedang sibuk menyiapkan T-Shirt "istimewa" khas untuk menghadiri perjumpaan itu nanti. Sampel baju itu anda boleh lihat disini. Etika pakaian tidak dikenakan, oleh itu para hadirin pada perjumpaan itu nanti tdak perlu bingung/pening memikirkan apakah jenis pakaian yang harus digunakan. Dibawah ada contoh-contoh pakaian yang amat digalakkan untuk dipakai oleh para hadirin.


Digalakkan berpakaian begini...

Kalau nak lebih perhatian, pakai warna kuning...

Thursday, March 10, 2011

Wanita PKR Sarawak mengakibatkan kesesakan jalan berpuluh KILOMETER!!!

Oleh kerana tiada aktiviti-aktiviti yang memberangsangkan, Wanita PKR Sarawak telah nekad untuk melancarkan kempen KESESAKAN JALAN BERPULUH KILOMETER di kawasan Water Front Kuching dan Kompleks Mahkamah yang lama. Saya telah sertakan beberapa gambar untuk kita sama-sama mencuci mata...

Perbarisan berpuluh kilometer, menyebabkan kesesakan jalan...


Lepak-lepak nak kumpul member dulu...


Berunding dengan pihak keselamatan Kompleks


Dahsyat!!!


Ramainyaaa........


Jumlah daun-daun kat lantai tu lagi banyak dari perserta-peserta yang hadir....


Jalan SESAK!!!!!!!


WUUUUU...

Monday, March 7, 2011

BUKTI: DAP menyokong KEGANASAN


Isu ini tiada kena-mengena dengan politik dalam mana-mana negeri... Tetapi isu ini amat hangat diperkatakan di dalam laman sosial terkenal Facebook. Isu ini juga telah mengakibatkan ramai rakyat Malaysia marah dan menjadi emosional kerana melihat sesuatu yang amat menyakitkan hati. Isu ini melibatkan seorang individu yang boleh saya katakan ada masalah "mental" sikit, dan segala-galanya dirakamkan melalui CCTV. Nak tahu apa masalahnya???

MASALAHNYA budak "perempuan" (tapi nampak macam lelaki...) itu dah melakukan yang hanya "orang gila" sahaja layak berbuat sedemikian, dan sememangnya "perempuan" itu gila. "Perempuan" itu dah menganiaya beberapa ekor anak kucing. Tanpa rasa belas kasihan dan rasa bersalah, "perempuan" tersebut memukul (guna payung), merembat dan memijak anak-anak kucing tersebut hingga mati. Dan, teknologi telah mengantoikan perbuatan jahat "perempuan" tersebut yang mana semua perbuatannya telah dirakam melalui CCTV. Orang yang prihatin telah menayangkan video klip tersebut dalam laman Facebook dan ramai orang Malaysia(pelbagai bangsa & agama) berang dengan perbuatan "perempuan" tersebut. Kesudahannya, "perempuan" tersebut telah dijumpai di dalam lubang cacing kerana diburu rakyat Malaysia yang terlalu berang.

Dan, tidak lama selepas dijumpai di dalam lubang cacing, "perempuan" tersebut telah tampil di depan orang ramai untuk memohon maaf atas kesalahan beliau. Menurut "perempuan" tersebut, dia berada dalam keadaan tertekan kerana masalah keluarga semasa melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu. DAN.... Dia mengatakan hanya tahu kucing itu sudah mati semasa dia menonton video klip tersebut... KEPALA HOTAK BOTAK KO LAH... Dah kau pukul, sepak, pijak anak kucing tu sampai lembik takkan tak tahu anak kucing tu dah mati???? Penipu nak MAMPUS!!!

Haaaaa... Sekarang baru masyuk hal politik, tapi ini pun ciput saja, tak besar dan tak hangat sangat pun. Ini tetang hal tempat "perempuan" tersebut mengadu "masalah" beliau. Banyak-banyak tempat nak buat press conference masyuk pejabat DAP plak si bahalol ni... HAHAHAHAH... Dan kesimpulannya, tak payah lah saya nak cakap panjang lebar, dengan ini saya mengesahkan bahawa DAP menyokong KEGANASAN... Sekian, terima kasih...

Tuuu... Lambang ROKET... mana nak sorok, bagi malu lah...

Klik sini untuk berita lanjut... Juga di sini ...