Wednesday, July 13, 2011

PERHIMPUNAN SUSULAN BERSIH DI SARAWAK???

Movement for Change Sarawak (MoCS) dijangkakan akan membuat perhimpunan susulan Bersih 2.0 setelah presidennya Francis Siah mendapat ilham dari perhimpunan Bersih pada 9 Julai lalu. Menurut Francis, setelah berbincang dengan ahli-ahli MoCS yang lain, telah dieprsetujui bahawa perhimpunan tersebut akan diadakan pada hari Ahad 13 Ogos bulan depan. Perhimpunan tersebut diadakan bagi mengantikan perhimpunan anti-Taib Mahmud yang pada asalnya akan diadakan pada hari tersebut.

MoCS juga akan memohon permit dari pihak polis bagi mengadakan perhimpunan tersebut yang juga akan dimulakan dari pukul 2 petang sehingga 5 petang. Bagaimanapun tempat perhimpunan diadakan masih belum lagi diputuskan tetapi akan diadakan sama ada di Padang Merdeka atau Waterfront Kuching. 

Francis berkata MoSC memberi jaminan kepada pihak polis bahawa perhimpunan tersebut akan diadakan secara aman dan bersedia menerima cadangan daripada pihak berkuasa berkenaan dengan perhimpunan tersebut.

Untuk berita penuh sila klik sini.

No comments:

Post a Comment