Tuesday, November 22, 2011

Harimau mengaum, Garuda kena lambung

Walaupun agak lambat sedikit tetapi ucapan syabas dan tahniah harus diberikan kepada pasukan Harimau Muda yang telah menewaskan pasukan Garuda dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea malam tadi. Semangat juang dan kekuatan mental yang tinggi Harimau Muda telah menunjukkan pasukan bola sepak negara masih mampu memberikan cabaran kepada negara-negara lain. 

Seharusnya kemenangan ini perlu dijadikan pembakar semangat kepada pemain-pemain bola sepak negeri dan juga negara agar meningkatkan kualiti permainan mereka. Tetapi bukan para pemain sahaja yang memainkan peranan mereka tetapi para penyokong khususnya rakyat Malaysia patut memberikan sokongan kepada liga bola sepak negara kerana tanpa penyokong pemain tidak akan mendapat semangat untuk berjuang. 

Oleh itu, marilah kita rakyat Malaysia memberikan sokongan penuh kepada liga bola sepak tempatan demi memajukan arena bola sepak negara. AYUUUHHHHH!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment