Friday, February 24, 2012

Pakatan Rakyat di Sarawak mensasarkan pengundi luar bandar


Pihak pembangkang di Sarawak pada PRN tahun lepas telah melihat peningkatan sokongan dari pengundi luar bandar yang telah memberikan kemenangan di beberapa kerusi DUN luar bandar. PRN tahun lepas juga menunjukkan peningkatan sokongan terhadap DAP dan kebanyakkan yang memberi sokongan adalah pengundi luar bandar yang terdiri daripada kaum Dayak. Dengan peningkatan sokongan dari kaum Dayak, DAP telah melancarkan Dayak Consultation Council (DCC) untuk mendekati kaum Dayak dan seterusnya mendapatkan sokongan daripada mereka.

Parti-parti komponen BN di Sarawak kini harus berusaha lebih untuk mengekalkan sokongan pengundi luar bandar kerana DAP sudahpun mula mendapat sokongan dari kaum Dayak yang selama ini dianggap pengundi setia BN. Kelekaan parti-parti komponen BN boleh menjejaskan sokongan kaum Dayak dan jika dibiarkan berlarutan boleh mengundang kekalahan teruk atau kalah tipis semasa PRU-13 nanti. Kaum Dayak sudah ramai berpelajaran tinggi, lebih-lebih lagi ramai orang-orang muda graduan unversiti kaum Dayak lebih berfikiran terbuka dan mampu membuat penilaian serta keputusan dengan lebih teliti. 

Masalah-masalah dalaman beberapa parti komponen BN harus diselesaikan dengan cepat kerana masalah rakyat masih banyak lagi yang harus diselesaikan. Jangan kerana kepentingan parti dan politik, kebajikan rakyat diabaikan. Ini akan memberi peluang kepada pihak pembangkang untuk memberikan bantuan kepada rakyat dan lebih teruk mendapat sokongan kuat dari rakyat yang amat memerlukan perhatian dan bantuan. 

Oleh itu, pihak BN lebih-lebih lagi kepada parti-parti komponen yang mengalami masalah dalaman perlu menyelesaikan masalah mereka dan menumpukan lebih perhatian terhadap kebajikan rakyat. 

No comments:

Post a Comment