Thursday, July 29, 2010

Sarawak Semakin Moden (Part 1)


Pengenalan
Negeri Sarawak mendapat kemerdekaan pada 16 September 1963 dan sejak dari hari itu, negeri Sarawak telah menjalani proses pembangunan yang pada mulanya hanya bertumpu di bandar-bandar tetapi semakin menular ke kawasan luar bandar atau pekan-pekan utama. Kini setiap daerah di negeri Sarawak mempunyai Pejabat Daerah yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran setempat untuk menguruskan hal-hal pentadbiran daerah selain menjadi tempat para penduduk setempat berurusan dengan pihak kerajaan. Setiap daerah juga telah dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih, talian telefon dan jalan raya. Penempatan di sekeliling daerah juga kini semakin hari, semakin lengkap dengan keperluan-keperluan asas yang telah dinyatakan. Walaupun masih terdapat penempatan yang belum dilengkapi dengan kemudahan asas, tetapi usaha-usaha untuk menyalurkannya sedang dalam proses ataupun paling tidak dalam perancangan. Namun hari ini kita boleh melihat sendiri di sekeliling kita, sudah banyak perubahan yang telah berlaku sejak negeri Sarawak mendapat kemerdekaan 47 tahun yang lalu.

Kini banyak usaha sedang dilakukan untuk membangunkan kawasan bandar yang ada sekarang serta semakin banyak kerja-kerja pembangunan juga dilakukan di luar bandar dan bahagian pedalaman. Walaupun kerja-kerja pembangunan di luar bandar dan pedalaman tidaklah serancak yang dilakukan di bandar, tetapi semakin ramai penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman dapat merasakan hasil pembangunan seperti yang ada di bandar. Contoh yang paling mudah adalah kelengkapan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan kemudahan jalan raya.

Bekalan Air Bersih
Dahulu, bekalan air bersih hanya bertumpu di bandar utama ataupun di pekan-pekan kecil yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak. Sumber air di luar bandar dan pedalaman lebih kerap diperolehi daripada air sungai, perigi, mata air atau pun air hujan. Sumber-sumber air berkenaan adalah cara terbaik bagi penduduk luar bandar dan pedalaman untuk mendapatkan air yang digunakan sebagai minuman dan melakukan aktiviti harian seperti mencuci pakaian serta memasak. Sumber bekalan air tersebut juga tidak terjamin dari segi kebersihannya dan sering kali mendatangkan penyakit yang berpunca dari bekalan air kotor seperti penyakit taun. Tetapi yang paling ketara adalah kesukaran untuk mendapatkan bekalan air kepada penempatan yang jauh dari sumber air seperti dari sungai. Kepada yang bergantung kepada air hujan pula, mereka mengalami kesukaran bila musim kemarau tiba. Masalah ini biasa berlaku yang kerap menjejaskan aktiviti harian.

Kini, banyak sudah berubah di mana kebanyakkan kampung-kampung diluar bandar sudah disalurkan bekalan air bersih ke setiap rumah. Tanggungjawab membekal dan menyelenggara bekalan air bersih kini tidak terletak pada Jabatan Kerja Raya Sarawak tetapi boleh dikatakan setiap bahagian atau daerah mempunyai pengendali bekalan air mereka sendiri seperti Lembaga Air Kuching dan Lembaga Air Serian. Air yang dibekalkan juga terjamin kualitinya begitu juga dengan kebersihannya dan dengan itu ia tidak memudaratkan jika diminum. Bekalan air bersih juga mudah didapati yang membolehkan aktiviti harian dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Bekalan air juga telah disubsidikan oleh kerajaan agar rakyat dapat menikmati bekalan air bersih yang murah. Kerja-kerja pembekalan juga kini giat dijalankan bukan saja di bandar malah di luar bandar dan kawasan pedalaman. Setiap bahagian di Sarawak juga telah dibina loji penapisan air, tangki penyimpanan air, sistem perpaipan yang teratur serta infrastruktur yang berkaitan bagi menampung keperluan bekalan air yang kian meningkat. Beberapa bulan yang lepas, kerajaan pusat telah memperuntukan RM1.5 bilion untuk projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan ini telah membuktikan bahawa kerajaan sangat serius dalam memberikan keselesaan kepada rakyat di negeri Sarawak.


Rujukan

  1. Sarawak 30 Years Of Independence Within Malaysia, 1993
  2. Sarawak Year Book, 1999, Lawrence Tseu
  3. Sarawak Moden Dan Progesif, Wawasan Taib, 1996, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Sarawak.
  4. RM3.25 bilion untuk bekalan elektrik, air luar bandar, 25/05/2010, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0525&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_04.htm

Wednesday, July 28, 2010

Guru Berpolitik...

1 Ogos 2010... para guru di negara ini akan dibenarkan untuk berpolitik. Berikutan dengan keputusan tersebut yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, akan membolehkan lebih kurang 190,000 guru di seluruh negara untuk terlibat dalam politik. Hanya guru-guru yang menjawat jawatan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG 48 dibenarkan untuk berkecimpung dalam bidang tersebut.

Akan tetapi... adakah ini satu langkah yang bijak, memandangkan beban kerja guru-guru di sekolah sekarang ini sudah cukup berat, lebih-lebih lagi kepada guru-guru yang mengajar di peringkat sekolah menengah. Jika guru-guru sekarang mula bergiat aktif dalam politik, saya agak bimbang kerana mungkin segolongan guru-guru akan terlalu aktif melakukan aktiviti-aktiviti politik dan mereka mula mengabaikan peranan mereka sebagai seorang guru untuk mendidik para pelajar di sekolah. Langkah kerajaan membenarkan guru-guru berpolitik juga bermakna guru-guru juga membawa masuk hal-hal politik ke dalam kawasan sekolah secara langsung. Persoalannya adakah guru-guru tersebut akan menyebarkan fahaman politik kepada para pelajar ataupun tidak. Saya agak kabur dalam keputusan kerajaan membenarkan guru-guru bergiat dalam politik dan tidak tahu apa faedahnya kepada orang ramai khasnya pelajar-pelajar sekolah... Oleh itu, saya amat berharap keputusan tersebut tidak mendatangkan masalah besar di masa akan datang.

Pendatang Asing Berlakon Untuk Menagih Simpati

Hari ini saya terbaca satu berita di dalam akhbar Borneo Post tentang pendatang asing yang masuk ke negara ini menggunakan pas pelancong dan berlakon menjadi individu cacat untuk menagih simpati dari orang ramai terutama sekali di tempat-tempat yang dikunjungi ramai orang seperti di kawasan pasar. Menurut para peniaga di kawasan pasar berkenaan, para pengemis yang berasal dari negara China itu, berlakon dengan merangkak, bergerak menggunakan papan beroda atau tempang bagi meraih simpati dari orang disekeliling sekaligus mendapat wang ikhsan hasil dari lakonan mereka itu. Seorang orang awam yang ditemui berkata beliau merasa amat kecewa dengan sikap para pengemis tersebut kerana mengambil kesempatan atas kemurahan hati orang ramai di sini. Para pengemis tersebut juga dikatakan mampu memperolehi RM100-RM200 sehari.

THE TOURIST WHO BEGS: Luo’s cover was blown and was handed over to the police.
Pengemis palsu yang ditemui di tempat kejadian

Selepas membaca berita tersebut, saya agak kecewa dan faham akan perasan orang ramai yang ditipu oleh para pengemis asing tersebut kerana mereka sepatutnya datang ke sini sebagai pelancong dan menghabiskan masa mereka dengan mengunjungi destinasi-destinasi pelancongan di negeri ini. Tetapi sebaliknya, mereka menyalahgunakan pas pelancong mereka dengan melakukan perkara ini hanya untuk mendapatkan wang semata-mata. Bukankah mereka yang sepatutnya yang membelanjakan wang mereka dengan membeli barang-barang tempatan yang dijual oleh penduduk-penduduk atau peniaga-peniaga tempatan. Nampaknya pihak berkuasa harus memandang serius terhadap isu ini kerana pada masa ini masalah tersebut tidaklah terlalu memudaratkan. Tapi adalah lebih baik untuk mencegah daripada ia menjadi masalah besar kepada pihak berkuasa dan lebih-lebih lagi orang ramai yang menjadi mangsa. Masalah ini juga boleh memburukkan imej industri pelancongan negeri ini dan pihak berkuasa harus melakukan tinjauan sekerap yang mungkin bagi mencegah perkara ini daripada berulang.

Tuesday, July 27, 2010

All Telelink outlets in S’wak illegal – Wong


*Please refer to news posted in The Borneo Post Online*

Telelink outlets in Sarawak are too stubborn and still operating openly to the public even though few raids being done by local authorities. Are those Telelink operators didn't get enough of legal action taken on them or did those local authorities didn't punish those operators heavy enough that they still can do business like there's nothing happens before. I am quite curious because when I saw few of those Telelink outlets still operating and the public still can buy lottery tickets as usual, it should be closed and shutdown by now after all the raids few months ago. What I think is that maybe some sort of surveilance should be done to monitor all the outlets (don’t care how it is done) by the local authorities and if possible to caught them redhanded. How will the public view this issues, I’m pretty sure that they are as curious as I am. I don’t think these outlets will be closed/shutdown, if there is no stern action taken onto the operators. So, to the local authorities, I think they should be consistent on doing their jobs by doing some scheduled monitoring on any of these outlets…

Welcome to Sarawak Dot Kom

No article's being posted due to lack of ideas and need some brainstorming before I start to post something that might be useful... So, hang on and hopefully I post something within this week.

Adios....