Tuesday, May 21, 2013

Tiada "Tsunami Cina" di Sarawak


MIRI, 18 Mei (Bernama) -- Barisan Nasional (BN) Sarawak menafikan sebab utama kekalahannya di kawasan bandar dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) baru-baru ini akibat sokongan masyarakat Cina yang merosot terhadap BN.
 

Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud menolak istilah "Tsunami Cina" bagi menyifatkan corak undian masyarakat Cina yang memihak kepada pembangkang.

Menurut beliau, kekalahan BN mungkin disebabkan faktor dalaman dan bukan faktor luar.

"Berdasarkan analisis pengundi di luar Kuching seperti parlimen Sarikei, Sibu dan Miri, kita kalah dengan selisih angka yang kecil," katanya di majlis jamuan masyarakat bersempena ulang tahun kelapan Bandaraya Miri di sini Sabtu.

Menyentuh kekalahan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di enam daripada tujuh kerusi parlimen yang ditandinginya pada PRU13, Taib berkata, terdapat tanda-tanda menggalakkan bahawa BN khususnya SUPP boleh mendapat semula kepercayaan pengundi terutama di luar Bandaraya Kuching.

SUPP bertanding di Bandar Kuching, Stampin, Serian, Sarikei, Lanang, Sibu dan Miri tetapi hanya dapat mengekalkan kerusi Serian, yang majoriti pengundinya adalah bumiputera.

Taib berkata sebagai contoh kerusi parlimen Miri terlepas dari BN dengan majoriti kurang daripada 2,000 undi yang menunjukkan tanda positif bahawa BN punya peluang untuk mendapat semula kepercayaan pengundi di kawasan bandar.

Beliau turut menyatakan tidak setuju dengan keputusan MCA tidak sedia menerima sebarang jawatan dalam kerajaan kerana kalah teruk pada PRU itu.

Ini, kata Taib, bertentangan dengan semangat BN yang mahukan sebuah kerajaan yang dianggotai pelbagai kaum.

-- BERNAMA

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete