Wednesday, July 28, 2010

Pendatang Asing Berlakon Untuk Menagih Simpati

Hari ini saya terbaca satu berita di dalam akhbar Borneo Post tentang pendatang asing yang masuk ke negara ini menggunakan pas pelancong dan berlakon menjadi individu cacat untuk menagih simpati dari orang ramai terutama sekali di tempat-tempat yang dikunjungi ramai orang seperti di kawasan pasar. Menurut para peniaga di kawasan pasar berkenaan, para pengemis yang berasal dari negara China itu, berlakon dengan merangkak, bergerak menggunakan papan beroda atau tempang bagi meraih simpati dari orang disekeliling sekaligus mendapat wang ikhsan hasil dari lakonan mereka itu. Seorang orang awam yang ditemui berkata beliau merasa amat kecewa dengan sikap para pengemis tersebut kerana mengambil kesempatan atas kemurahan hati orang ramai di sini. Para pengemis tersebut juga dikatakan mampu memperolehi RM100-RM200 sehari.

THE TOURIST WHO BEGS: Luo’s cover was blown and was handed over to the police.
Pengemis palsu yang ditemui di tempat kejadian

Selepas membaca berita tersebut, saya agak kecewa dan faham akan perasan orang ramai yang ditipu oleh para pengemis asing tersebut kerana mereka sepatutnya datang ke sini sebagai pelancong dan menghabiskan masa mereka dengan mengunjungi destinasi-destinasi pelancongan di negeri ini. Tetapi sebaliknya, mereka menyalahgunakan pas pelancong mereka dengan melakukan perkara ini hanya untuk mendapatkan wang semata-mata. Bukankah mereka yang sepatutnya yang membelanjakan wang mereka dengan membeli barang-barang tempatan yang dijual oleh penduduk-penduduk atau peniaga-peniaga tempatan. Nampaknya pihak berkuasa harus memandang serius terhadap isu ini kerana pada masa ini masalah tersebut tidaklah terlalu memudaratkan. Tapi adalah lebih baik untuk mencegah daripada ia menjadi masalah besar kepada pihak berkuasa dan lebih-lebih lagi orang ramai yang menjadi mangsa. Masalah ini juga boleh memburukkan imej industri pelancongan negeri ini dan pihak berkuasa harus melakukan tinjauan sekerap yang mungkin bagi mencegah perkara ini daripada berulang.

3 comments:

  1. saya sendiri hampir tertipu juga :)

    ReplyDelete
  2. memang mereka tak malu dengan perbuatan mereka menipu orang-orang yang prihatin seperti kita di malaysia..

    ReplyDelete
  3. pengemis ini selalu berkeliaran d BENTENG, Satok. Ramai juga yg tertipu include me..

    ReplyDelete