Beberapa hari lagi, Hari Raya akan disambut oleh umat Islam di seluruh dunia, tidak ketinggalan juga kepada umat Islam di negara kita. Setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga, umat Islam akhirnya dapat meraikan Hari Raya yang menandakan berakhirnya bulan puasa, seperti tahun-tahun sebelum ini disambut dengan meriah.
Tetapi yang menariknya, kaum-kaum lain seperti Cina, India dan kaum Bumiputera yang lain turut sama meraikan Hari Raya bersama rakan-rakan yang beragama Islam. Ziarah-menziarahi sesama kaum semasa rumah terbuka menunjukkan rakyat di negara kita boleh hidup dalam keadaan harmoni tanpa rasa benci antara satu sama lain. Situasi begini amat sukar dilihat di negara lain yang turut sama meraikan Hari Raya seperti di Iraq dan Pakistan. Rakyat di negara-negara tersebut merayakan Hari Raya dalam keadaan daif dan ketakutan kerana diancam serangan bom serta pertempuran bersenjata yang dilakukan oleh pihak pengganas yang ingin memporak-porandakan negara tersebut demi kepentingan masing-masing.
Keadaan aman dan harmoni di negara kita tidak sahaja boleh dilihat semasa perayaan Hari Raya tetapi juga semasa perayaan-perayaan lain diraikan seperti Tahun baru Cina, Deepavali, Hari Krismas, Hari Gawai & Pesta Keamatan dan lain-lain perayaan. Rakyat di negara kita sering dilihat pergi menziarah sahabat handai atau rakan sekerja dan jiran-jiran, walaupun berlainan kaum, bangsa dan agama, tetapi itu tidak menjadi penghalang untuk rakyat-rakyat di negara ini untuk sama meraikan perayaan tersebut bersama rakan-rakan.
Seharusnya situasi seperti ini perlu menjadi amalan oleh setiap rakyat negara kita agar kesejahteraan dan keamanan negara terjamin di masa hadapan. Generasi-generasi baru juga perlu sedar bahawa pentingnya untuk kita hidup dalam keadaan harmoni dan bertoleransi antara satu sama lain agar masa depan negara kita lebih cerah kerana tanpa toleransi sesama kaum dan bangsa, keamanan dan kesejahteraan negara boleh tegugat dan hilang dalam masa yang singkat. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negara tercinta harus bersama-sama menjaga dan memelihara ikatan persahabatan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.