Friday, April 19, 2013

DAP memper"kuda"kan PKR & PAS

Menjelang PRU-13, jentera parti Pakatan Rakyat semakin rancak melakukan aktiviti-aktiviti untuk meraih undi di Sarawak. DAP, PKR dan PAS merupakan parti-parti yang dijangka memberikan saingan sengit kepada parti-parti komponen BN yang majoritinya terdiri daripada parti-parti tempatan. Kewujudan parti-parti baru terutama sekali SWP juga akan memeriahkan lagi suasana PRU-13 di Sarawak.

DAP menunggang PKR & PAS
Berbalik kepada Pakatan Rakyat, diantara ketiga-tiga parti komponennya, dilihat DAP lebih menyerlah sesuai dengan logo parti mereka "Roket" yang terbang tinggi ke angkasa. DAP juga tidak menghadapi masalah besar tidak seperti PKR dan PAS yang baru-baru ini menghadapi masalah disiplin dikalangan pemimpin tertinggi serta pemimpin diperingkat akar umbi.

Di Sarawak dijangka DAP mampu menarik lebih banyak undi lebih-lebih lagi dikalangan pengundi Cina berbanding daripada PKR dan PAS. Ini boleh dilihat dengan kejayaan mereka dalam PR DUN 2011 yang lepas. Kejayaan ini juga menjadi platform kepada DAP untuk memper"kuda"kan PKR dan PAS jika mereka sekali lagi mencapai kejayaan dalam PRU-13. DAP juga dilihat lebih berkemampuan untuk memberikan saingan yang lebih sengit kepada BN dalam PRU-13 kerana calon-calon mereka dilihat lebih berkemampuan dan memiliki reputasi yang baik berbanding dengan PKR dan PAS.

Seperti yang kita tahu kawasan-kawasan majoriti pengundi Cina akan menjadi tumpuan utama DAP dan kebanyakkan kawasan tersebut adalah kawasan bandar. Selain itu juga, DAP sudah mampu menarik undi dikalangan pengundi bumiputera Sarawak terutama sekali dikalangan kaum Iban serta kaum-kaum lain seperti Bidayuh.  

Oleh yang demikian, BN perlu berhati-hati apabila bersaing dengan calon-calon DAP kerana reputasi mereka yang lebih baik serta berkeupayaan memper"kuda"kan PKR dan PAS. 

Sekian... Harap maklum...

No comments:

Post a Comment