Thursday, January 20, 2011

Baru Bian... Join la SNAP...


Sekali lagi, ini adalah susulan daripada artikel-artikel yang lepas yang menyentuh isu berkaitan SNAP dan PKR. Kali ini, Baru Bian selaku presiden PKR Sarawak perlu memerah otak, sama ada adakah dia patut melompat parti dan menyertai SNAP... Kenapa pula susah-susah nak perah otak??? Barangkali Baru Bian merasakan kedudukan PKR di Sarawak akan tergugat disebabkan SNAP yang telah melancarkan proses "re-branding" terhadap parti mereka serta berusaha untuk mendapatkan ahli-ahli baru yang merupakan bekas ahli-ahli parti PBDS (kini tidak menyertai mana-mana parti politik) yang kebanyakkan daripada mereka terdiri daripada golongan profesional dan ahli perniagaan. Dan SNAP yang telah melakukan perubahan dalam parti kini dilihat menjadi tarikan utama kepada bekas ahli-ahli parti PBDS ini kerana perjuangan mereka yang lebih kepada membela orang Dayak.

Dijangkakan juga, jika SNAP berjaya merekrutkan ahli-ahli baru ini, maka, kedudukan PKR yang selama ini lebih berkemampuan akan tergugat kerana SNAP mendapat kekuatan baru dari segi ahli-ahli baru yang terdiri daripada golongan profesional. Oleh kerana ahli-ahli baru ini tergolong dalam golongan profesional, amat mudah lah bagi SNAP untuk mencari calon yang berkelayakan dan berkaliber untuk dicalonkan bagi menghadapi PRDUN akan datang. Dikatakan kira-kira 100,000 orang jumlah bekas ahli-ahli parti PBDS masih tidak menyertai mana-mana parti. BESAR JUMLAH TUUUU...!!!! Pasti kecut kantung biji Baru Bian jika 100,000 orang menyertai SNAP.

Kepada Baru Bian, adalah dicadangkan, lebih baik beliau menyertai SNAP (parti Dayak yang original) daripada menjadi robot "remote-control" Anwar Ibrahim untuk memimpin PKR Sarawak (bukan parti Dayak original). Tak payah lah nak perah otak, masuk saja SNAP. Pasti Baru Bian akan menjadi hero baru dalam SNAP kerana beliau terkenal di kalangan orang Ulu. Dan sudah pasti SNAP akan menjadi sebuah parti yang popular dikalangan orang Sarawak jika hal ini berlaku... Haaaa... Ia mungkin hanya satu kemungkinan tetapi jika menjadi kenyataan tidak mustahil jika saya katakan...

EDWIN DUNDANG AS CM!!!

ATAUPUN

Jika beliau join SNAP... Hehe...

Wednesday, January 19, 2011

PKR: SNAP sila cermin diri dulu...


Susulan daripada artikel saya semalam, berikutan SNAP yang ingin bertanding dalam 28 kerusi pada PRDUN akan datang. Akan tetapi, presiden PKR, Baru Bian mengatakan SNAP perlu mencerminkan diri mereka dahulu sebelum hendak mengusulkan niat mereka. Beliau juga mengatakan PKR lebih berhak untuk bertanding pada PRDUN akan datang. Dengan membandingkan keupayaan calon-calon yang akan turun bertanding serta jentera dan infrastruktur yang lebih baik, PKR dikatakan mempunyai peluang yang lebih baik berbanding dengan SNAP yang baru-baru ini melancarkan projek "re-branding" ke atas parti.

SNAP yang merupakan parti tertua di Sarawak dikatakan tidak mampu untuk bertanding pada PRDUN nanti??? TIDAKKKK PAAAATTUUUUTTTT...!!!! Jadi PKR yang setahun jagung itu lebih mampu??? LAGI LA TIDAK PAAATTTUUUUTTT...!!! Sepatutnya SNAP lah yang lebih berkelayakan dan berkemampuan untuk bertanding pada PRDUN nanti tetapi bukannya PKR yang baru nak "tumbuh bulu"... Dan SNAP juga telah mengatakan mereka ingin turun bertanding di kawasan yang majoritinya orang Dayak kerana SNAP itu sendiri merupakan parti yang memperjuangkan hak orang Dayak. Oleh itu, SNAP lah yang patut turun bertanding!!!

Alang-alang nak bertanding biarlah SNAP menurunkan 71 calon untuk bertanding pada PRDUN nanti. Pedulikan PKR dan parti-parti komponen PR yang lain. SNAP lebih layak!!!

MAKA DENGAN INI...

EDWIN DUNDANG AS CM!!!!!

Tuesday, January 18, 2011

SNAP nak 28 kerusi TETAPI...


Semalam SNAP telah mengumumkan mereka ingin bertanding dalam 28 kerusi pada pilihanraya negeri akan datang tetapi mendapat berita menyedihkan apabila mendapat tentangan daripada pihak Pakatan Rakyat. Presiden PKR, Baru Bian mengatakan SNAP perlu menilai infrastruktur mereka dan calon yang mereka cadangkan untuk bertanding adalah berpotensi terlebih dahulu. Adakah ini bermaksud SNAP akan meneruskan impian mereka atau mengikut saja kata telunjuk PR? Atau adakah selama ini sememangnya sudah wujud perselisihan pendapat diantara kedua-dua parti tersebut yang menyebabkan situasi ini berlaku? Walau apa pun sebabnya ini menunjukkan bahawa masih wujud ketidaksefahaman dan kata sepakat diantara parti komponen Pakatan Rakyat di Sarawak. Dan jika mereka berjaya mengambil alih kerajaan Sarawak selepas pilihanraya negeri kelak, tidak mustahil jika parti komponen PR akan membawa agenda masing-masing serta menuju halatuju berlainan. Sudah pasti juga, rakyat Sarawak yang akan menjadi mangsa diatas tindakan parti/pemimpin yang sepatutnya membela mereka.

Dalam hal ini, SNAP sebagai antara parti politik tertua di Sarawak harus berkeyakinan dengan keupayaan mereka sendiri dan tidak seharusnya mengikut kata telunjuk parti yang datang dari Semenanjung Malaysia. Ini kerana SNAP lebih memahami isi hati rakyat Sarawak kerana mereka sudah lama bertapak di sini jika dibandingkan dengan PKR dan PAS yang baru "setahun jagung" bertapak di Sarawak.

Untuk makluman, PKR dikatakan ingin bertanding dalam 40 kerusi dengan alasan mereka mempunyai infrastruktur dan pemimpin yang berpotensi. Presiden PKR Sarawak, Baru Bian mengatakan mereka akan berunding dengan para pemimpin SNAP mengenai masalah tersebut. Selain itu, pengarah komunikasi SNAP, Anthony Liman mengatakan mereka akan bertanding di daerah yang penduduknya majoriti orang Dayak.

Apa-apa pun, kita tunggu sahaja apakah hasil perbincangan kedua-dua parti itu nanti dan pasti keputusannya juga bakal hangat diperkatakan... KITA TUNGGUUUUUU.........

EDWIN DUNDANG AS CM!!!!!!!!!


Thursday, January 13, 2011

LAGI GEMPAR: SNAP semakin tergoda dengan UBF


Susulan daripada artikel semalam, sekarang semakin jelas SNAP sangat tergoda dengan United Borneo Front (UBF) selepas presidennya, Jeffrey Kitingan membuat pengumuman bahawa UBF berkemungkinan besar akan menjadi sebuah parti politik untuk memperjuangkan Agenda Borneo. Ini berikutan, parti-parti politik di Sabah amat berat hati untuk menyertai perjuangan mereka dan disebabkan itu, UBF berharap agar parti-parti politik, pemimpin-pemimpin dan individu-individu dari Sarawak untuk turut sama memperjuangkan Agenda Borneo. Selain itu, Jeffrey Kitingan mengatakan BN dan PR sekarang lebih menumpukan agenda dari Semenanjung Malaysia. Oleh itu, UBF berharap dapat mempersiapkan dan menguatkan ahli-ahli serta pengikut-pengikutnya dari segi politik, sebagai persediaan sebelum menjadikan UBF sebuah parti politik yang sah dan berkemampuan.

Pengumuman presiden UBF tersebut telah membuka ruang SNAP untuk merapatkan diri mereka dengan UBF dan bergabung menjadi sebuah kuasa politik yang baru di Sabah dan Sarawak. Ia juga dilihat telah memberikan semangat kepada presiden SNAP, Edwin Dundang untuk bekerja dengan lebih gigih untuk mendapatkan sokongan di kalangan orang Sarawak bagi memperjuangkan matlamat mereka. Jika UBF menjadi sebuah parti politik yang sah, SNAP pasti akan keluar dari PR dan menyertai UBF yang mempunyai agenda dan matlamat yang sama. Selain itu, presiden SNAP, juga berkemungkinan besar boleh bertanding untuk mendapatkan jawatan tertinggi dalam kerajaan negeri... sebagai KETUA MENTERI SARAWAK... Disebabkan ini, sekali lagi saya mengatakan bahawa tidak mustahil jika...

EDWIN DUNDANG as CM!!!


Sekarang 99.99%


Wednesday, January 12, 2011

GEMPAR: SNAP main kayu tiga!!!


Menurut penganalisis-penganalisis politik dan dari sumber-sumber dalaman yang diperolehi, dikatakan SNAP dan United Borneo Front (UBF) bakal menjadi kuasa ke-3 yang mampu memberikan cabaran sengit kepada BN dan PR di Sarawak. Disamping itu juga SNAP yang sebelum ini telah membuat perjumpaan dengan UBF di Miri untuk membincangkan usaha sama diantara kedua-dua parti telah menunjukkan SNAP lebih cenderung untuk bekerjasama dengan UBF. Selain itu, SNAP yang telah mendapat nafas baru dengan membuat perubahan dalam parti dengan melantik beberapa ahli baru serta mengumumkan matlamat parti yang baru. Matlamat parti yang baru tersebut adalah hasil daripada inspirasi yang diperolehi dari UBF dan secara langsung memberikan jalan kepada SNAP untuk mendekati UBF dengan lebih dekat.

Dalam pada masa yang sama juga, PKR dan SNAP dikatakan berusaha untuk mengekalkan hubungan erat antara kedua-dua parti. Adakah sebelum ini PKR dan SNAP mempunyai masalah dalaman atau terdapat percanggahan pendapat diantara pemimpin yang membuatkan hubangan kedua parti menjadi goyah? Akan tetapi SNAP telah menyatakan mereka komited untuk bekerjasama dengan PR bagi menghadapi Pilihanraya Negeri akan datang. Ini bermaksud SNAP sekarang bersama PKR dan UBF... MAIN KAYU TIGA...

Disebabkan SNAP bermain kayu tiga, ia dilihat lebih tertarik kepada UBF yang mempunyai matlamat dan persefahaman yang sama dengan mereka. Dengan maklumat dan analisis yang diperolehi, serta perbuatan SNAP yang bermain kayu tiga, ternyata UBF lebih menarik di mata SNAP. Jadi tidak keberatanlah jika saya mengatakan SNAP dan UBF akan menjadi "3rd force" di Sabah dan Sarawak pada masa yang akan datang. Secara tidak langsung, tidak keberatan juga saya mengatakan...

Edwin Dundang as CM!!!


Tuesday, January 11, 2011

SNAP: Bakal meninggalkan PR???

Baru-baru ini, Sarawak National Party (SNAP) telah melancarkan usaha untuk mendapatkan 100,000 ahli baru untuk membantu menjadikan ia sebuah parti politik yang berpengaruh di Sarawak. SNAP juga dikatakan telah memberikan sokongan kepada United Borneo Front (UBF) bimbingan Jeffrey Kitingan. Presiden SNAP, Edwin Dundang juga menyatakan bahawa mereka amat komitmen dengan agenda yang dibawa oleh UBF, iaitu menuntut apa yang tercatat di dalam Perjanjian Malaysia, 1963.


Usaha SNAP melakukan perubahan itu telah mendapat sambutan baik daripada para penyokong dan ahli-ahlinya, bagi menghadapi pilihan raya peringkat negeri akan datang. SNAP yang selama ini dilihat sebagai sebuah parti politik yang kurang menyerlah dan lemah diantara parti-parti komponen PR di Sarawak, kini dengan sokongan diterima dan perubahan yang dilakukan, SNAP boleh dikatakan mampu memberikan cabaran sengit sesama parti komponen PR. Perjumpaan presiden SNAP bersama dengan presiden UBF di Miri baru-baru ini juga telah memberikan petanda bahawa kedua-dua parti mempunyai matlamat yang sama dan dikatakan akan berjuang bersama-sama untuk mendapatkan hak yang sekian lama dilupakan.

Saya melihat situasi ini sebagai petanda SNAP akan bakal meninggalkan PR Sarawak dan berganding bahu dengan UBF yang telah menunjukkan minat untuk membentuk satu kuasa baru di Sabah dan Sarawak. Memandangkan matlamat kedua-dua parti yang menuntut hak selaras dengan Perjanjian Malaysia, 1963, adalah tidak mustahil jika SNAP meninggalkan PR yang kini semakin goyah kerana tidak wujud persefahaman sesama parti komponen. Tetapi SNAP juga mengatakan mereka masih memberikan sokongan terhadap PR. Ini bermakna SNAP kini meletakkan sebelah kaki di pihak PR dan sebelah kaki lagi di pihak UBF. Tak tahu lah macam mana tapi saya menjangkakan SNAP akan meninggalkan PR....

Wednesday, January 5, 2011

Sarawak Report kantoi!!!


Berita hangat telah menjadi buah mulut para blogger khususnya yang pro-BN. Berita yang tersebar ini adalah berkenaan dengan laman web yang khas untuk membongkar rahsia Ketua Menteri Sarawak, Sarawak Report telah didapati memalsukan dokumen untuk mendapatkan perhatian para pembaca... Nampaknya penipuan mereka telah terbongkar juga dengan kelalaian mereka sendiri dan menuduh tanpa bukti yang sah. Untuk maklumat lanjut sila klik sini , sini dan disini...

Agak-agaknya, kredibiliti dan kesahihan bukti-bukti yang terdahulu mungkin akan diragui dengan terbongkarnya penipuan ini.