Tuesday, January 11, 2011

SNAP: Bakal meninggalkan PR???

Baru-baru ini, Sarawak National Party (SNAP) telah melancarkan usaha untuk mendapatkan 100,000 ahli baru untuk membantu menjadikan ia sebuah parti politik yang berpengaruh di Sarawak. SNAP juga dikatakan telah memberikan sokongan kepada United Borneo Front (UBF) bimbingan Jeffrey Kitingan. Presiden SNAP, Edwin Dundang juga menyatakan bahawa mereka amat komitmen dengan agenda yang dibawa oleh UBF, iaitu menuntut apa yang tercatat di dalam Perjanjian Malaysia, 1963.


Usaha SNAP melakukan perubahan itu telah mendapat sambutan baik daripada para penyokong dan ahli-ahlinya, bagi menghadapi pilihan raya peringkat negeri akan datang. SNAP yang selama ini dilihat sebagai sebuah parti politik yang kurang menyerlah dan lemah diantara parti-parti komponen PR di Sarawak, kini dengan sokongan diterima dan perubahan yang dilakukan, SNAP boleh dikatakan mampu memberikan cabaran sengit sesama parti komponen PR. Perjumpaan presiden SNAP bersama dengan presiden UBF di Miri baru-baru ini juga telah memberikan petanda bahawa kedua-dua parti mempunyai matlamat yang sama dan dikatakan akan berjuang bersama-sama untuk mendapatkan hak yang sekian lama dilupakan.

Saya melihat situasi ini sebagai petanda SNAP akan bakal meninggalkan PR Sarawak dan berganding bahu dengan UBF yang telah menunjukkan minat untuk membentuk satu kuasa baru di Sabah dan Sarawak. Memandangkan matlamat kedua-dua parti yang menuntut hak selaras dengan Perjanjian Malaysia, 1963, adalah tidak mustahil jika SNAP meninggalkan PR yang kini semakin goyah kerana tidak wujud persefahaman sesama parti komponen. Tetapi SNAP juga mengatakan mereka masih memberikan sokongan terhadap PR. Ini bermakna SNAP kini meletakkan sebelah kaki di pihak PR dan sebelah kaki lagi di pihak UBF. Tak tahu lah macam mana tapi saya menjangkakan SNAP akan meninggalkan PR....

No comments:

Post a Comment