Monday, February 28, 2011
Baru Bian Vs CM...
Wednesday, February 23, 2011
Imbas Kembali: Baru Bian calon CM baru
Monday, February 21, 2011
Rancangan Buruk PKR tak berjaya!!!
Monday, February 14, 2011
Rakyat Sarawak digesa untuk berdemonstrasi???
Thursday, February 10, 2011
Segelintir ADUN Sarawak, ADUN "potong reben"
Di dalam perjumpaan PM bersama ADUN Sarawak baru-baru ini, telah berlaku penipuan terang-terangan dilakukan oleh beberapa ADUN Sarawak. Tujuan perjumpaan tersebut dilakukan adalah untuk mengenalpasti permasalahan rakyat di bawah pimpinan ADUN dan penerimaan masyarakat terhadap mereka.
Menurut Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, tindakan Adun yang enggan mendedahkan perkara sebenar itu lebih menjurus kepada usaha melobi pemimpin nombor satu negara agar terus dipilih sebagai calon pada pilihan raya akan datang. Bagaimanapun, beliau yakin perdana menteri dan Ketua Menteri, Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud mempunyai butiran dan maklumat lengkap prestasi sebenar semua Adun di Sarawak.
Dalam pada itu, Junaidi turut memuji tindakan berani Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Haji Daud Abdul Rahman yang mengkritik segelintir Adun BN yang didakwa tidak menceritakan hal sebenar di kawasan mereka. “Selaku Naib Presiden PBB, beliau (Daud) berhak membuat teguran kerana ada segelintir wakil rakyat tidak melaksanakan tugas secara bersungguh-sungguh atau sekadar bertindak sebagai Adun ‘potong reben’,” katanya sambil menambah, setiap Adun harus menilai prestasi mereka berdasarkan pencapaian rekod pilihan raya sebelum ini.
Saya sangat kecewa dengan sikap segelintir ADUN Sarawak yang tidak mengambil peluang tersebut untuk memberitahu hal sebenar kepada PM dan ini pada pendapat saya telah menjatuhkan kredibiliti mereka sendiri. Sungguh mengecewakan, semata-mata nak mengekalkan pangkat dan status, mereka sanggup menipu PM. PM ditipu tanpa rasa segan silu??? Hampeh punya pemimpin. Baik tak payah jadi pemimpin, rakyat yang mengundi bukan pemimpin tersebut yang melantik diri mereka sendiri. Keputusan mengundi akan datang bakal menjadi penentu nasib pemimpin tersebut, itupun kalau mereka dicalonkan… PM tahu la oiii… Tak patut PM tak tahu prestasi korang yang tak mengikut standard dan telah banyak kali mengecewakan rakyat… AWAS!!! Rakyat akan bertindak dengan undi mereka…