Thursday, June 13, 2013

PKR Baram mengganas???

5 bulan sudah berlalu selepas PRU 13 diadakan pada 5 Mei 2013 yang lepas, pihak PR masih belum dapat menerima kenyataan bahawa mereka sudah kalah kepada BN. 

Di Baram, calon PKR Roland Engan telah memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan PRU yang lepas dimana beliau telah mengalami kekalahan tipis kepada calon BN Anyi Ngau.


Roland Fail Petisyen Batal Keputusan PRU13 Baram

MIRI, 12 Jun (Bernama) -- Calon PKR Roland Engan, yang kalah bagi kerusi Parlimen Baram pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) 5 Mei lepas, hari ini memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi di sini untuk membatalkan keputusan bagi kerusi itu.

Pada PRU13, beliau kalah kepada calon muka baharu Barisan Nasional (BN) Anyi Ngau, iaitu bekas Pegawai Daerah Limbang dan juga bapa saudaranya dalam pertandingan tiga penjuru dengan majoriti 194 undi.

Roland memperoleh 8,988 undi berbanding 9,182 undi oleh Anyi manakala calon Bebas Patrick Sibat Sujang hanya memperoleh 363 undi dan hilang wang deposit.

Dalam petisyennya, Roland menamakan Anyi sebagai responden pertama dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Joseph Belayong Punan sebagai responden kedua.

Beliau memberi alasan mendakwa amalan rasuah dalam tempoh berkempen, kegagalan mematuhi undang-undang pilihan raya oleh responden dan keputusan undi pos dipersoalkan.

Hari ini merupakan hari terakhir bagi parti politik atau individu memfailkan petisyen pilihan raya selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mewartakan keputusan PRU13 pada 22 Mei lepas.

Pada sidang media kemudian, Pengerusi PKR Sawarak, Baru Bian berkata petisyen tersebut merupakan satu-satunya petisyen pilihan raya difailkan oleh pembangkang di negeri itu.

Pada PRU13, BN Sarawak memenangi 25 daripada 31 kerusi Parlimen di negeri itu.


Semalam, BN turut memfailkan petisyen pilihan raya bagi kerusi Parlimen Sarikei, iaitu petisyen tunggal difailkan oleh BN di Sarawak.

No comments:

Post a Comment