Wednesday, April 20, 2011

DAP + SNAP = ???

Pilihan raya negeri Sarawak sudah pun lalu, tetapi luka masih lagi pedih dan kemaluan semakin membesar kian hari. 27 turun bertarung, semua jatuh kecundang ibarat "burung-burung jatuh dilastik" hingga menyebabkan keaiban terhadap individu dan parti. Pertarungan yang diwar-warkan akan menjadi satu pertarungan yang penuh dengan cabaran dan dikatakan bakal menjatuhkan lawan masing-masing dengan mudah. Akan tetapi, lain pula jadinya, yang terpekik-pekik mencabar pula yang menjadi mangsa. Yang dipekik pula tersenyum lebar mengenangkan kejayaan yang dicapai...

Gambar diambil dari FreeMalaysiaToday
Itulah yang terjadi kepada para calon SNAP yang turun bertanding pada pilihan raya negeri hujung minggu lepas, balik ke rumah penuh kehampaan, lesu dan tidak bermaya. Tidak dapat memberikan saingan sengit, walaupun menyentuh sedikit lawan yang lain, telah menunjukkan SNAP tidak lagi mempunyai taring yang panjang untuk mencederakan lawan seperti dulu. Taring yang sudah tua dan tumpul langsung tidak mendatangkan ketakutan apatah lagi kecederaan malah menjadi keaiban kepada mereka sendiri.

Tetapi, bukan itu lagi isunya, dikatakan DAP telah meng"offer"kan SNAP untuk bergabung bagi menguatkan lagi parti tertua di Sarawak itu yang telah jatuh tersungkur ke dalam lumpur. Selain itu, DAP juga dikatakan cuba mengembangkan sayap mereka untuk mendapatkan sokongan kaum Dayak di Sarawak sebagai persediaan untuk menghadapi PRU akan datang. 

Setelah memenangi 12 daripada 15 kerusi yang ditandingi pada pilihan raya negeri lepas, DAP yakin dengan kejayaan mereka baru-baru ini, akan menjadi platform untuk meraih undi dikalangan kaum Dayak di Sarawak. Dan SNAP, telah dilihat sebagai pintu masuk untuk memenangi hati orang bumiputera Sarawak khasnya kaum Dayak. Jika usaha DAP ini berjaya, adakah mungkin gabungan DAP dan SNAP boleh menjadi satu kuasa baru di Sarawak? Semua ini hanya andaian dan masih dalam cadangan sahaja, tetapi luka SNAP yang pedih masih lagi terlalu menyakitkan akan mengambil masa untuk sembuh. Adakah DAP akan menjadi penyembuh luka SNAP, kita tunggu dan lihat sahaja...

Untuk maklumat lanjut sila klik sini.

No comments:

Post a Comment