Thursday, June 30, 2011

KERAJAAN SELANGOR BIAYAI BERSIH 2.0

RM15,000.00 telah disalurkan kepada penganjur perhimpunan haram Bersih 2.0 seperti yang dikatakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang bertujuan untuk membantu pihak penganjur mencapai objektif mereka.


Selain itu, beliau juga menegah pihak polis agar tidak menghalang apa jua program yang dijalankan oleh kerajaan negeri. Ia berikutan daripada keputusan pihak polis untuk tidak memberikan permit untuk sebarang program selepas ada khabar angin mengatakan Bersih akan mengadakan perhimpunan di beberapa kawasan di Selangor. Beliau berkata pihak polis tidak sepatutnya bertindak sedemikian kerana program kerajaan negeri adalah untuk kebaikan rakyat. 

Komen saya tentang hal ini adalah, jika kerajaan Selangor sudah membiayai perhimpunan haram Bersih 2.0 sudah pasti segala program kerajaan negeri yang dijalankan pada masa terdekat ini pasti mencurigakan pelbagai pihak. Walaupun niat sebenar program kerajaan negeri adalah untuk kebaikan rakyat tetapi tidak mustahil ketika program itu kelak pasti ada pemimpin-pemimpin yang menyokong perhimpunan Bersih 2.0 berucap dan bercakap mengenai Bersih 2.0. Ia hanya sekadar andaian tetapi jika menjadi kenyataan pasti rakyat yang hadir akan terpengaruh dengan ucapan-ucapan yang disampaikan.

Pihak polis juga berhak untuk membatalkan atau tidak mengeluarkan permit bagi mengelak sebarang kejadian yang buruk berlaku sekiranya program berkenaan diteruskan walaupun tujuan asalnya adalah program untuk kebaikan/kebajikan rakyat. Perhimpunan yang dilihat sebagai mengugat keamanan negara sudah pasti akan dipantau oleh pihak polis dan tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap penganjur dan kepada sesiapa yang memulakan kekacauan.

Oleh itu mari kita rakyat Malaysia yang sayangkan keamanan, katakan…

Tidak kepada Bersih 2.0


No comments:

Post a Comment