Wednesday, August 10, 2011

Francis Siah: Perhimpunan MoCS diteruskan!

Kita sedia maklum bahawa MoCS akan mengadakan perhimpunan di Padang Merdeka, Kuching pada 13 Ogos hujung minggu ini. Perhimpunan yang dikatakan diilhamkan daripada perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lepas juga dikatakan mempunyai motif tersembunyi memandangkan tujuan asal perhimpunan adalah anti-Taib. 

Baru-baru ini juga, Francis Siah telah menegaskan perhimpunan "Walk for democracy & reform" akan diteruskan walaupun jika tidak mendapat permit daripada pihak polis. Dikatakan pada ketika ini, MoCS sedang berusaha untuk mendapatkan permit berkenaan dengan mengikut segala cadangan pihak polis antaranya mendaftarkan MoCS sebagai sebuah NGO yang sah. Tetapi, objektif asal dan para pemimpin pro-pembangkang yang dijemput pasti akan menyebabkan proses mendapatkan permit perhimpunan tersebut mungkin terbantut atau ditolak oleh pihak polis. Jaminan telah diberikan oleh Francis Siah berkenaan perhimpunan tersebut akan diadakan secara aman dan bebas dari segi keganasan serta cuba mendapatkan sokongan daripada pihak berkuasa terutama sekali daripada pihak polis. Sejauh manakah jaminan beliau itu boleh dipercayai atau adakah ia adalah alasan untuk mendapatkan permit perhimpunan?

Francis Siah sendiri yang sudah dua bulan berada di Kuala Lumpur untuk mengelak daripada ditahan pihak polis Sarawak setelah laporan polis telah dibuat ke atas beliau pada pilihanraya negeri April lepas. Beliau telah ditahan pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada Selasa 9 Ogos semalam telah diarahkan untuk ke balai polis untuk mendapatkan keterangan beliau berkenaan laporan yang telah dibuat. Kredibiliti beliau sebagai orang yang boleh dipercayai amatlah diragui memandangkan beliau tidak memberikan kerjasama dengan pihak polis berkenaan laporan yang dibuat ke atas beliau dan telah menyembunyikan diri di Kuala Lumpur untuk tempoh yang lama. Dan beliau kembali ke Kuching hanya kerana ingin meneruskan perhimpunan pada 13 Ogos hujung minggu ini. Beliau juga telah mengajak rakyat Sarawak yang "sayangkan Sarawak" untuk mengikuti perhimpunan itu kelak dan memakai baju bewarna "merah" sebagai menunjukkan sokongan terhadap perhimpunan itu nanti.

Sebagai rakyat Sarawak yang masih "sayangkan Sarawak" adalah dinasihatkan agar tidak melibatkan diri dalam perhimpunan berkenaan kerana objektif utama perhimpunan adalah disebaliknya. Pada perhimpunan itu nanti, pemimpin pro-pembangkang akan menggunakan kesempatan yang ada untuk menyebarkan agenda politik masing kepada yang hadir. Perhimpunan berpermit atau tidak tetapi objektifnya adalah amat meragukan tidak sepatutnya diadakan kerana ia boleh mendatangkan kekecohan yang tidak boleh kita jangka. Marilah kita jauhi diri dari perhimpunan MoCS!!!

No comments:

Post a Comment