Thursday, October 13, 2011

PKR-DAP gaduh!

Pada minggu lepas kita sedia maklum bahawa Pakatan Rakyat di Sarawak menghadapi masalah dalam pembahagian kerusi parlimen walaupun sudah mengadakan 2 sesi perbincangan. Dalam 2 sesi perbincangan tersebut, berlaku pertindihan di beberapa kerusi parlimen yang ingin ditandingi oleh PKR dan DAP. PAS pula menyatakan merela hanya akan turun bertanding di kawasan majoriti Melayu. Dijangkakan PKR dan DAP akan menghadapi masalah besar dalam pembahaigan kerusi parlimen yang akan dipertandingkan kerana masing-masing mempunyai matlamat dan agenda mereka sendiri.


Seperti pada pilihanraya negeri April tahun ini, masalah sama telah berlaku dan ada pihak tidak berpuas hati dalam pembahagian kerusi yang dipertandingkan. Pada awalnya, PR dan SNAP akan bekerjasama tetapi PR lebih-lebih lagi PKR berdegil ingin menurunkan calon dikawasan majoriti Dayak yang juga diinginkan oleh SNAP. Akhirnya, SNAP membuat keputusan untuk menurunkan calon di semua kawasan majoriti Dayak, sekaligus menentang keputusan yang dibuat oleh PR.

Kali ini, ceritanya sama sahaja, cuma yang terlibat adalah parti tunjang PR - iaitu PKR dan DAP - isunya sudah pasti berkaitan dengan pembahagian kerusi parlimen di kawasan majoriti Dayak. KENAPA??? DAP sudah menyatakan hasrat mereka akan menurunkan calon di kawasan majoriti Dayak selepas pilihanraya negeri April lalu dan melancarkan Dayak Consultative Council (DCC). DCC dilancarkan bagi meningkatkan sokongan dikalangan kaum Dayak lebih-lebih lagi di kawasan luar bandar kerana DAP mendapati peningkatan mendadak dalam sokongan kaum Dayak pada pilahanraya negeri. DCC dikatakan akan menumpukan perhatian mereka di kawasan parlimen Mas Gading, Mambong, Serian (majoriti Bidayuh) serta di beberapa kawasan parlimen majoriti Iban seperti di Sri Aman dan Lubok Antu. DAP telah mensasarkan antara 12-15 kerusi parlimen akan dipertandingkan - separuh daripada 31 kerusi parlimen di Sarawak. 

PKR akan mengalah??? Sudah tentu TIDAK SAMA SEKALI. PKR juga mensasarkan jumlah kerusi yang sama seperti DAP yang secara langsung PAS menjadi mangsa dalam perebutan kerusi antara dua parti tunjang PR. PKR Sarawak dibawah pimpinan Baru Bian telah memperjuangkan hak tanah NCR dan telah berjaya memenangi beberapa kes berkenaan hak milik tanah NCR kaum Dayak. Sokongan kaum Dayak terhadap PKR juga dilihat semakin meningkat tetapi tidak seketara sokongan mereka terhadap DAP. Kebanyakkan sokongan yang diperolehi PKR datang dari kawasan majoriti Iban dan sudah pasti mereka akan lebih menumpukan perhatian mereka di kawasan yang mempunyai majoriti kaum Iban. 
Adalah dijangkakan PKR dan DAP akan berebut kerusi di kawasan majoriti kaum Iban memandangkan PKR lebih menumpukan perhatian mereka dikawasan ini. DAP pula yang semakin agresif menjalankan promosi dengan bantuan DCC untuk mendapatkan sokongan dikawasan luar bandar akan mengakibatkan proses pembahagian kerusi parlimen khususnya di kawasan majoriti Dayak menjadi lebih sukar. 

Adakah kesudahannya akan terjadi seperti pada pilihanraya negeri April lepas menyebabkan ada pihak tidak berpuas-hati yang akhirnya menjadi punca perpecahan dan konflik dalaman di dalam PR. Atau kita akan melihat calon-calon PKR-DAP berlawan sesama sendiri di kawasan yang mereka sasarkan sekarang. Apapun kesudahannya, ternyata PR belum lagi mampu memberikan keputusan yang dapat memuaskan kedua-dua pihak yang mempunyai matlamat dan agenda masing-masing. Dijangkakan masalah ini juga yang menyebabkan PR tidak akan berjaya di Sarawak pada PRU akan datang. 

Kita tunggu dan lihat....

No comments:

Post a Comment