DCC - Dayak Consultative Council yang berada dibawah naungan DAP sudah memulakan operasi mereka sebagai persediaan menghadapi pilihanraya umum akan datang. Objektif utama - mempromosikan DAP kepada kaum Dayak di kawasan majoriti Dayak bagi mendapatkan sokongan mereka sekaligus untuk memberikan saingan kepada calon BN kelak.
Menurut pengerusi DCC, Dr. John Anthony Brian, lebih banyak aktiviti-aktiviti akan diadakan di kawasan sasaran terutama sekali kawasan parlimen yang mempunyai majoriti penduduknya adalah kaum Dayak selain daripada membantu DAP mendapatkan maklumat untuk mencari calon yang sesuai disetiap parlimen. Beliau juga mengatakan DCC akan memberikan ceramah untuk mengikis pemikiran orang ramai yang mengaitkan DAP dengan kaum Cina sahaja.
2-3 minggu lepas DCC sudah menjalankan aktiviti mereka dan tindakan mereka ini harus diambil serius oleh parti-parti komponen BN jika tidak mahu kehilangan/ mengalami kekalahan di "kawasan kubu kuat" (kawasan majoriti Dayak) mereka. Parti-parti komponen BN harus lebih aktif dan berusaha untuk menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai persediaan menghadapi pilihanraya. Akan tetapi, daripada pemerhatian yang dilakukan ternyata parti-parti komponen BN masih lagi berada dalam "keadaan selesa" dan segelintir parti masih/sedang mengalami masalah dalaman.
Seharusnya, parti-parti pro-BN yang menghadapi masalah dalaman perlu menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin dan menumpukan perhatian mereka untuk melakukan persediaan pilihanraya umum. Manakala parti-parti yang masih dalam "keadaan selesa" harus bangkit dan menyaingi usaha pihak pembangkang. Pihak pembangkang tidak akan menunggu masa kerana mereka bersungguh-sungguh untuk merampas kerajaan dari BN dan sekarang mereka sudah bergerak secara senyap untuk meraih sokongan rakyat.
Tarikh piliharaya umum masih belum diketahui tetapi ini tidak bermakna kerja-kerja atau aktiviti-aktiviti merapatkan parti dengan rakyat dan mengenalpasti masalah-masalah rakyat harus ditangguh sehingga tarikh berkenaan ditetapkan. Oleh itu, parti-parti pro-BN di Sarawak tidak harus ketinggalan dibelakang PR kerana jika tidak PR lebih-lebih lagi DAP mampu mengugat kepimpinan BN Sarawak.
No comments:
Post a Comment