Monday, December 5, 2011

MASwings mula beroperasi Febuari 2012

MASwings telah mendapat lampu hijau dari kabinet untuk meneruskan penerbangan di kawasan BIMP-EAGA pada awal tahun depan. MASwings juga dikatakan akan memperluaskan penerbangan mereka ke Brunei, Pontianak (Kalimantan , Indonesia) dan Davao (Selatan Filipina).


MASwings telah merancang untuk membuat penerbangan dari Kuching-Pontianak, Kuching-Brunei dan Kuching-Kota Kinabalu, Tawau & Davao. Penerbangan MASwings di sekitar kawasan BIMP-EAGA akan memberi manfaat kepada sektor ekonomi & perdagangan, lebih-lebih lagi membantu sektor pelancongan di Sabah dan Sarawak.


Jika tidak kerana usaha kerajaan Sarawak yang memohon untuk MASwings meneruskan penerbangan di kawasan sekitar BIMP-EAGA setelah Firefly menamatkan perkhidmatan antara Semenanjung Malaysia Oktober lepas. Usaha kerajaan Sarawak telah memberi manfaat kepada rakyat Sarawak sendiri dan rakyat Sabah seterusnya memberikan peluang kepada orang ramai yang memerlukan perkhidmatan penerbangan selain daripada AirAsia. Secara langsung usaha kerajaan Sarawak tidak sia-sia kerana kerajaan pusat telah membenarkan MASwings untuk terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat malah membenarkan MASwings memperluaskan perkhidmatan mereka.

Untuk maklumat lanjut sila klik sini.

No comments:

Post a Comment