Bila PRU 13 akan diadakan kita masih lagi tidak tahu, tetapi rakyat sudah mula bercakap dan berbincang sesama rakan tentang PRU akan datang. Perkara ini jelas berlaku di kopitiam yang saya kunjungi hujung minggu lepas untuk menikmati minuman sejuk bagi menyegarkan badan disebabkan cuaca yang terlalu panas.
Di kopitiam tersebut ada 3 meja berlainan yang diduduki oleh sekumpulan lelaki yang berumur dalam lingkungan 40-an hingga 50-an. Mereka begitu rancak berbual dengan rakan-rakan dengan suara yang agak lantang tanpa menghiraukan orang-orang disekeliling. Saya yang duduk ruang hadapan kedai kopitiam berkenaan dapat mendengar setiap kata-kata dalam perbualan mereka. Apa yang menariknya adalah masing-masing mengeluarkan pendapat mereka rata-ratanya berkaitan dengan isu-isu politik di Sarawak sekarang.
Sambil saya menghirup minuman sejuk dihari yang panas, saya rasa tertarik dengan setiap topik-topik yang dibualkan oleh kumpulan-kumpulan lelaki berkenaan. Nampaknya rakyat sekarang lebih mengetahui segala isu-isu sekeliling lebih-lebih lagi hal ehwal politik dan sosial. Kumpulan-kumpulan lelaki berkenaan terdiri daripada pelbagai latarbelakang, pekerjaan dan bangsa. Ini juga menunjukkan rakyat Sarawak sememangnya mengamalkan semangat 1 Malaysia tanpa mereka sedari sejak dulu lagi.
Berbalik kepada topik-topik yang mereka bincangkan tadi, semuanya berkaitan apa yang telah kerajaan sumbangkan tidak kurang juga kritikan terhadap kerajaan mengenai kejadian-kejadian dan isu-isu yang berlaku sepanjang tahun 2011 ini. Perbualan mereka penuh bermakna kerana masing-masing menerima kritikan dan memberi pendapat walaupun mempunyai latarbelakang dan bangsa berlainan.
Bila PRU 13 akan diadakan kita tidak pasti tetapi kita sebagai rakyat Malaysia harus bersedia dan peka dengan isu-isu disekeliling kita. Dan yang paling penting adalah pastikan kita semua sudah mendaftar sebagai pengundi untuk menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Ayuh marilah kita bersiap-sedia!!!
Sokong kita mesti bersiap sedia. Berdaftar sekarang supaya boleh mengundi diPRU13.
ReplyDeleteJangan sesiapa fikir undi dia hanya satu tak banyak makna. Tidak betul, Itu hak mutlak kita. Beratus tahun dahulu, rakyat Eropah bermati-matian hendakkan hak mengundi. Tak kira satu undi saja pun. Ada masa masanya undi itu menentukan siapa menang siapa kalah.
Itu lah demokrasi. Amat penting kita jaga dan gunakan hak kita. Kalau tidak orang lain saja yang guna, bila jenis yang tak baik jadi Kerajaan merintah, amat besar kerugian kita.