Saturday, April 27, 2013

PR Sarawak semakin rapuh!

Bahang PRU-13 semakin terasa dan tinggal lapan hari lagi pilihan raya  akan dijalankan di seluruh negara pada 5 Mei, hujung minggu hadapan!  Semakin dekat kepada hari pilihan raya, semakin rancaklah jentera parti BN melancarkan kempen, begitu juga jentera parti PR.


Kedua-dua belah pihak masing-masing melancarkan kempen untuk menarik lebih ramai pengundi dan menyampaikan ceramah-ceramah bagi menyakinkan para pengundi. Sejak selepas hari penamaan calon, banyak sudah kempen-kempen dijalankan di seluruh negara dan tidak kurang juga insiden-insiden yang kurang menyenangkan berlaku.


Akan tetapi di Sarawak lain pula ceritanya. Di pihak BN tiada masalah yang ketara dihadapi, tetapi di pihak PR semakin dekat dengan hari pilihan raya semakin teruk masalah yang mereka hadapi. Mana tidaknya, sokongan terhadap PR semakin hari semakin berkurangan apabila semakin ramai penyokong-penyokong sudah sedar bahawa perjuangan mereka yang memihak PR selama ini adalah  sia-sia.

Terkini, ahli-ahli PR di parlimen Batang Sadong dan parlimen Serian telah berikrar untuk berkhidmat sepenuh hati membantu jentera parti BN di kawasan masing-masing untuk menarik lebih ramai pengundi.

Untuk maklumat lanjut klik sini....


2 comments:

  1. tulisan budak tadika.

    ReplyDelete
  2. http://malaysiafinance.blogspot.com/2013/04/article-on-taibs-brother-worth-a2bn.html

    ReplyDelete