Friday, October 22, 2010

PR Main TARIK TALI.... Mengisi Masa Lapang...

















Mereka kata akan selesai pada bulan November akan datang... Tapi... Kita tunggu dan lihat saja keputusannya kelak. Tetapi ada satu keputusan yang telah dipersetujui oleh para ketua parti komponen PR Sarawak ialah... "MENYERAHKAN SEGALANYA KEPADA PEMIMPIN TERTINGGI PERINGKAT NASIONAL(PKR & PAS) UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN" menurut Baru Bian, Presiden PKR Sarawak... Apa hal nak bagi orang lain untuk buat keputusan??? Lain kali kalau memerintah Sarawak pun minta tolong pemimpin tertinggi buat keputusan lah?? Kalau macam inilah, baik lupakan saja impian nak memerintah negeri sebesar Sarawak kalau nak membuat keputusan pun minta tolong orang lain untuk fikirkan. Peringkat parti pun dah huru-hara, jangan nak kata kalau peringkat negeri atau peringkat negara... PASTI HARU BIRU, pecah berderai bumi Kenyalang ini agaknya... Tak ingin lah saya nak bayangkan kalau itulah masa depan negeri tercinta saya, Sarawak...

Oleh itu, kita sebagai rakyat Sarawak harus bijak memilih siapa dan pihak mana yang mampu memimpin kita ke arah yang betul dan menjamin masa depan lebih cerah...


2 comments:

  1. Pasti otak mereka pun kosong kan bang? sama seperti simbol PKR juga.

    ReplyDelete
  2. Emmm... ini bukan cerita baru bahkan dah banyak kali da sejak dari tahun lepas. Terbaru, DAP nyatakan kekesalan di atas kenyataan PKR bahawa Padungan akan dipertahankan Dominique Ng. Kenyataan itu menyebabkan DAP mengamuk dan nyatakan jika PKR bertanding di Padungan, DAP akan letak calon Bebas dan tidak akan sokong PKR.

    Begitu juga dengan DUN Balai Ringin yang diidam-idamkan DAP walaupun sebelum ini ditandingi PKR. Atas alasan ahli-ahli DAP lebih ramai berbanding PKR.

    Baru Bian dan Wong Ho Leng menegaskan kerusi yang menjadi pertikaian PKR dan DAP akan diselesaikan melalui rundingan. Sehingga sekarang dah masuk setahun kenyataan selesaikan pembahagian kerusi, tetapi tidak juga berhasil.

    Jawapan Biarlah Pemimpin Tertinggi PKR dan DAP yang akan menentukan keputusan dan sudah menjadi dialog kepastian.

    SNAP, di manakah letaknya keputusan kerusi yang akan dipertandingkannya? SNAP hanya mempunyai pemimpin tertinggi yang sedia ada di Sarawak dan tidak berada di Semenanjung.

    Tahniah, SNAP menjadi parti pengemis di negeri sendiri.

    ReplyDelete