Thursday, July 14, 2011

ANWAR MELANCARKAN "BLOCKBUSTER"NYA DI KUCHING

Dengar khabar Anwar Ibrahim akan datang ke Kuching untuk melancarkan cerita dogeng blockbuster yang bakal menarik perhatian rakyat Sarawak di sekitar bandaraya tersebut. Para pemimpin PKR nergeri Sarawak juga dijangkakan turut menghadiri blockbuster berkenaan selain memberi sokongan moral kepada Anwar Ibrahim.

Perjumpaan berkenaan akan diadakan di Hotel Grand Continental, Kuching pada 16 Julai ini pada jam 7 malam. Apa yang saya maklum, pada perjumpaan itu nanti Anwar akan menceritakan pengalaman beliau semasa mengikuti pehimpunan Bersih hujung minggu lepas. Ketika mengikuti perhimpunan Bersih, kita sedia maklum Anwar telah mendapat kecederaan teruk sehingga masuk wad setelah ditimpa malang yang tidak berbau. 

Raja Drama Terunggul
Sudah pasti intipati cerita blockbuster Anwar ini akan menceritakan pengalaman hitam bagaimana beliau ditangkap pihak polis semasa mengikuti demonstrasi Bersih. Pasti berbelit lidahnya memutar-belitkan kenyataan, memburukkan imej pihak polis dan kerajaan. Memang patut pun lehernya cedera sebab tercekik lidahnya sendiri kerana lidah terbelit dalam mulut akibat memfitnah dan mengada-adakan cerita yang tidak benar.

Anwar juga dikatakan akan menceritakan kekejaman pihak polis terhadap beliau selain menceritakan tindakan ganas terhadap rakyat yang turut menyertai Bersih 2.0. Tetapi lupakan cerita keganasan terhadap rakyat, pasti cerita pengalaman beliau akan dilebih-lebihkan dan diselitkan sedikit dengan lakonan dimana beliau akan memakai "neck support" bagi menyakinkan para hadirin kelak. 

Pokok pangkalnya, perjumpaan itu nanti bukannya untuk menerangkan perjuangan Bersih tetapi 95% daripada intipati ucapan Anwar nanti adalah berkenaan pengalaman hitam beliau semasa Bersih 2.0 yang lepas. Kalau tak percaya, pergi saja ikut perjumpaan itu nanti.

3 comments:

  1. Pelakon terbaik perhimpunan haram jadah Bersih..!!

    Harap dapat dilink blog hamba disini..
    Terima Kasih...

    http://klboyzwangsa.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam bro...

    Link blog bro akan dimasukkan..

    Sekian

    ReplyDelete
  3. Rasullullah SAW bersabda: Sesungguhnya ALLAH tidak mencabut ILMU daripada manusia, tetapi akan mencabut ILMU daripada para Ulama. Sehingga jika Ulama itu tidak ada, maka jadilah manusia itu dibawah pimpinan mereka yg BODOH, lalu org2 itu diberikan pertanyaan2 yg akan dijawab tanpa ILMU, sehingga sesatlah mereka serta menyesatkan yg lain.

    ReplyDelete