Monday, September 19, 2011

PKR Sarawak mula roboh

Baru-baru ini, beberapa pemimpin PKR Sarawak telah meletakkan jawatan masing-masing, 3 ketua bahagian dan beberapa pemimpin penting. Perletakkan jawatan tersebut telah diumumkan tanpa memberikan sebarang penjelasan terhadap tindakan mereka untuk meletakkan jawatan dalam satu sidang media. Khabarnya, mereka meletakkan jawatan adalah kerana ada usaha untuk membentuk sebuah parti yang baru, tetapi khabar tersebut telah ditolak oleh pemimpin-pemimpin tersebut dan menyatakan ia tiada kaitan dengan keputusan mereka.

Antara pemimpin yang meletak jawatan adalah, Jimmy Donald (Bahagian Sri Aman), Jonas Ak Reong (Bahagian Serian), Munan Laja (Bahagian Kapit), Matthew American dan Dr. John Brian Anthony (calon PKR yang bertanding di Meluan PRN, April lepas). Beberapa pemimpin lain yang turut meletakkan jawatan, adalah yang terlibat dalam penubuhan Parti Rakyat Sarawak pada 2004 dan mereka juga adalah orang yang sama telah dipecat semasa hendak menjatuhkan James Masing sebagai presiden parti (PRS). Kesemua yang meletakkan jawatan adalah bekas ahli-ahli Parti Rakyat Sarawak dan besar kemungkinan mereka ini akan menubuhkan satu parti baru yang pro-PKR. Selain itu, ada juga khabar mengatakan pintu parti SNAP terbuka untuk mereka tetapi idea tersebut tidak disokong oleh Jimmy Donald.

Walau apa pun keputusan para pemimpin tersebut untuk meletakkan jawatan, ia lebih dilihat langkah pertama untuk menubuhkan sebuah parti baru. Mungkinkah mereka ini telah dipilih untuk menjadi ahli dalam Dayak Consultative Council (DCC) yang diketuai oleh Dr. John Brian Anthony, yang diperkenalkan oleh DAP yang bertujuan untuk mendekati komuniti Dayak di Sarawak dengan lebih dekat. DCC kini sedang giat mencari orang-orang yang berkelayakan untuk menjadi ahli-ahli yang akan menjadi tunjang kepada DAP meluaskan pengaruh mereka di Sarawak, khususnya dikalangan kaum Dayak.

Ini cuma jangkaan tetapi tidak mustahil jika ia menjadi kenyataan. Oleh kerana ia masih lagi pada peringkat awal, adalah lebih baik kita tunggu dan lihat apa akan berlaku dalam beberapa bulan akan datang. Adakah sebuah parti baru(pro-pembangkang) akan ditubuhkan atau sebaliknya yang akan berlaku? Kita tungguuuuu.......

No comments:

Post a Comment