Tuesday, September 27, 2011

SNAP tak suka DAP

Beberapa hari lepas, timbalan presiden SNAP Kebing Wan berkata, SNAP harus menolak pelawaan DAP melalui penasihatnya, Lim Kit Siang untuk mengabungkan kedua-dua parti. Menurut Kebing Wan, usaha untuk menggabungkan kedua-dua parti harus dihentikan berikutan terdapat ketidaksamaan antara kedua-dua parti yang amat ketara.

Beliau telah menghubungi jawatankuasa pusat parti untuk menolak pelawaan dari parti DAP untuk bergabung yang telah dicadangkan oleh Lim Kit Siang selepas pilihanraya negeri April lepas. Lim Kit Siang memberikan cadangan tersebut setelah mendapati sokongan terhadap parti DAP di sesetengah kawasan meningkat dari 10% kepada lebih daripada 30%. Melihat daripada peningkatan tersebut DAP telah mempelawa SNAP untuk bergabung bersama untuk membolehkan DAP mendekati kaum Dayak dimana terdapat 14 kawasan parlimen majoriti kaum Dayak.

Setelah isu ini senyap selama beberapa bulan, kini timbul lagi isu ini seperti yang dijangkakan walaupun keputusan dan cadangan tersebut telah mengecewakan DAP. Menurut Kebing Wan, perberzaan ketara yang menyebabkan beliau menyarankan SNAP menolak tawaran tersebut adalah disebabkan SNAP dan DAP tidak memenuhi kriteria (sejarah & platform politik) yang sesuai untuk bergabung. Beliau menegaskan DAP adalah parti yang berpusat di Semenanjung dan mempunyai ideologi yang berlainan dengan SNAP parti tempatan. Sebaliknya Kebing Wan mencadangkan untuk mewujudkan kerjasama antara SNAP dan DAP untuk mencapai matlamat yang sama iaitu untuk "mengambilalih kepimpinan Putrajaya". 


Melihat kepada keadaan, Kebing Wan mungkin tidak mahu SNAP digunakan oleh DAP semata-mata untuk mendapatkan sokongan daripada kaum Dayak bagi menghadapi pilihanraya umum kelak. Dan sudah pasti juga jika situasi berkenaan berlaku, DAP akan menyebarkan ideologi mereka secara tidak langsung dan SNAP akan kehilangan sokongan kerana kaum Dayak telah mengalihkan sokongan mereka terhadap DAP. Pada pilihanraya negeri yang lepas DAP telah mencapai keputusan yang memberangsangkan setelah memenangi beberapa kerusi DUN. Kejayaan DAP tersebut sudah tentu akan melenyapkan peluang SNAP untuk kembali bangkit dari zaman gelap mereka jika kaum Dayak memberikan sokongan kepada DAP. Walauapa pun, masih belum ada keputusan kukuh yang mengatakan SNAP tidak akan bergabung dengan DAP atau sebaliknya.

Kita tunggu dan lihat sahaja apa yang akan berlaku, ikutilah perkembangan yang selanjutnya...

No comments:

Post a Comment