Wednesday, September 14, 2011

PKR Selangor beri bantuan - PKR Sarawak

PKR Selangor akan menghulurkan bantuan kepada PKR Sarawak sebagai persiapan untuk menghadapi PRU akan datang, seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim. Menurut beliau, rakyat Sarawak sudah mula memberikan sokongan terhadap PR yang dapat dilihat pada pilihan raya negeri Sarawak yang lepas.

Oleh kerana itu, PKR Selangor bersedia memberikan bantuan kepada PKR Sarawak untuk mencabar BN Sarawak pada pilihan raya umum akan datang selain daripada meningkatkan lagi saingan. Menurut Khalid, bantuan yang diberikan adalah dari segi tenaga kerja dan kewangan bagi menguatkan lagi jentera PKR Sarawak. Khalid juga menegaskan bahawa PKR Selangor akan meberikan segala bantuan untuk memenangi hati rakyat Sarawak untuk meraih undi pada pilihan raya umum kelak.

Sejak pilihan raya negeri April lepas, Sarawak sering menjadi tumpuan pihak PR kerana sudah ada petanda  politik di negeri ini mula terbuka dan PR sudah mula mengatur langkah untuk mendekati rakyat dengan program-program yang bertujuan untuk menerangkan matlamat dan hala tuju perjuangan mereka (PR). Tetapi langkah PKR Selangor untuk memberikan bantuan kepada PKR Sarawak dilihat seperti mereka sudah yakin mereka mampu mempertahankan pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Boleh dikatakan juga, kebajikan negeri Selangor mula terabai kerana tumpuan kini lebih kepada untuk menakluk negeri Sarawak bagi mencapai matlamat utama PR - iaitu untuk mengambil alih pentadbiran di Putrajaya.

Khalid Ibrahim sendiri telah mengatakan, dengan sokongan dari negeri Sarawak dan beberapa negeri lain mampu membawa PR kepada kemenangan dan seterusnya mengambil alih pentadbiran di Putrajaya. Oleh itu, matlamat utama PR adalah untuk "MENJAJAH PUTRAJAYA" dan bukannya memimpin dan membantu rakyat. Tidak kira apa jua yang matlamat lain PR, tetapi matlamat asal dan utama mereka tidak akan berubah sampai bila-bila pun, kekal selagi pemimpin tertinggi mereka terdiri daripada orang yang sama.

1 comment:

  1. apa nok terabai di Selangor ia? cubak ko terangkan satu -persatu ..mun si dapat diam jak ..

    ReplyDelete