Friday, December 2, 2011

Bersih 3.0 akan diadakan???

9 Julai 2011, Bersih 2.0 dan sekarang pula ada kemungkinan Bersih 3.0 akan diadakan. Pihak berkenaan telah mencadangkan agar Bersih 3.0 diadakan untuk mendesak kerajaan agar menambahbaikan sistem pilihan raya bagi mewujudkan sebuah sistem yang lebih bersih dan adil. Ia juga diadakan untuk meneruskan momentum Bersih 2.0 yang dikatakan satu perhimpunan yang berjaya bagi pihak pembangkang.

Menurut pihak berkenaan juga terdapat perubahan senario politik hasil rentetan daripada kejayaan Bersih 2.0, mereka merasakan Bersih 3.0 harus diadakan. Ia juga dilihat sebagai peluang untuk membolehkan lebih banyak perubahan dilakukan oleh kerajaan. 


Tetapi dari sudut pandangan lain, Bersih 3.0 mungkin digunakan oleh pihak berkenaan untuk melihat sejauh mana sokongan rakyat terhadap perjuangan mereka yang juga akan dijadikan asas untuk pihak pembangkang meneruskan agenda mereka. Ia juga mungkin akan menjadi pentas kepada pihak pembangkang untuk meracuni fikiran rakyat bagi meraih undi sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum akan datang.


Persoalannya sekarang, adakah Bersih 3.0 akan diadakan atau ia cuma untuk mengugut kerajaan agar mengikut permintaan pihak berkenaan.

1 comment:

  1. Setuju bahawa "Bersih 3.0 mungkin digunakan oleh pihak berkenaan untuk melihat sejauh mana sokongan rakyat terhadap perjuangan mereka yang juga akan dijadikan asas untuk pihak pembangkang meneruskan agenda mereka."

    Bersih tidak akan mencapai tujuan dan agenda mereka selagi mereka tak ubah corak dan gaya mereka bertindak. Daftarkanlah pertubuhan itu supaya jadi suatu "legal entity". Kan Ketuanya, Ambiga, seorang loyar. Tapi mereka tak dapat nak tentukan sama ada mereka pertubuhan sivik, menuntut hal hal pilihan raya saja (4 tuntutan pertama mereka), atau pertubuhan politik mahu memajukan perkara perkara politik (4 tuntutan mereka yang kedua).

    Pengendali atau Jawatan Kuasa mereka pun tak tahu mana satu. Ada dimasukkan mereka yang aktif dalam politik didalam JK penaja itu. Jadi macam mana nak mohon ditubuhkan. Tak tahu arah ke mana. Kalau mohon pun, macam mana Pendaftar nak fikirkan - pertubuhan politik ke, pertubuhan sivik ke?

    ReplyDelete