1 Ogos 2010... para guru di negara ini akan dibenarkan untuk berpolitik. Berikutan dengan keputusan tersebut yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, akan membolehkan lebih kurang 190,000 guru di seluruh negara untuk terlibat dalam politik. Hanya guru-guru yang menjawat jawatan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG 48 dibenarkan untuk berkecimpung dalam bidang tersebut.
Akan tetapi... adakah ini satu langkah yang bijak, memandangkan beban kerja guru-guru di sekolah sekarang ini sudah cukup berat, lebih-lebih lagi kepada guru-guru yang mengajar di peringkat sekolah menengah. Jika guru-guru sekarang mula bergiat aktif dalam politik, saya agak bimbang kerana mungkin segolongan guru-guru akan terlalu aktif melakukan aktiviti-aktiviti politik dan mereka mula mengabaikan peranan mereka sebagai seorang guru untuk mendidik para pelajar di sekolah. Langkah kerajaan membenarkan guru-guru berpolitik juga bermakna guru-guru juga membawa masuk hal-hal politik ke dalam kawasan sekolah secara langsung. Persoalannya adakah guru-guru tersebut akan menyebarkan fahaman politik kepada para pelajar ataupun tidak. Saya agak kabur dalam keputusan kerajaan membenarkan guru-guru bergiat dalam politik dan tidak tahu apa faedahnya kepada orang ramai khasnya pelajar-pelajar sekolah... Oleh itu, saya amat berharap keputusan tersebut tidak mendatangkan masalah besar di masa akan datang.
dahla beban cikgu-cikgu di sekolah amat membebankan tiap-tiap hari....
ReplyDeleteJika libatkan diri dalam bidang politik, mampus nyawa cikgu ~!!
Cikgu boleh dan di benarkan berpolitik tetapi tindak tanduk mereka haruslah di beri perhatian kerana setiap perkara yang di sampaikan kepada pelajar kerana secara langsung informasi yang di terima akan terus di proses tanpa di tapis terdahulu. Oleh itu, setiap informasi mereka harus di tapis dan sentiasa di perhatikan.
ReplyDeletetugas Cikgu sekarang sudah semakin berat.. para pelajar perlukan perhatian cikgu mereka sepenuhnya untuk meningkatkan lagi prestasi mereka. Jika cikgu dibenarkan berpolitik maka berkemungkinan besar mereka akan kurang memberi tumpuan terhadap anak murid mereka....
ReplyDelete