Tuesday, May 15, 2012

Radio percuma untuk semua!

Baru-baru ini di bahagian Miri, ramai penduduk tempatan terutama sekali yang tinggal di rumah panjang dan berada diluar bandar telah menerima hadiah dari pihak yang "murah hati". Pihak "murah hati" yang disebut itu adalah Dr. Michael Teo Yu Keng, Ketua Cabang PKR Miri telah menderma radio dalam jumlah yang banyak kepada para penduduk di sekitar Miri.

Thursday, May 3, 2012

Bersih 3.0: Video Kereta Polis Diserang Peserta Bersih

Mari kita melihat dari pelbagai sudut rakaman video kereta polis yang diserang pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012 yang lepas.

Monday, April 30, 2012

Bersih 3.0: Suasana di Kuching

Pada sabtu lepas perhimpunan Bersih 3.0 di hadapan Komplek Mahkamah Lama Kuching telah diadakan dalam suasana cuaca yang cerah dan angin bertiup sederhana. Warga Kuching yang mengikuti perhimpunan tersebut berkumpul beramai-ramai di sekitar kompleks dengan beberapa kelibat wakil rakyat serta para pemimpin dari parti pembangkang kelihatan. Beberapa wakil dari parti juga sedang hebat berucap menyampaikan mesej kepada warga Kuching yang berkumpul di lokasi berkenaan menggunakan "hailer" dan berdiri dibelakang sebuah pickup.

Friday, April 27, 2012

Bersih 3.0: Warga Kuching memilih keamanan?

Esok hari merupakan hari Sabtu yang biasa seperti hujung minggu yang sebelum ini dimana warga Kuching menjalankan aktiviti-aktiviti bersama-sama keluarga serta orang tersayang. Lebih-lebih lagi esok adalah hujung minggu dimana ramai warga sudah mendapat gaji akan meluang masa yang ada bersama-sama orang tersayang keluar rumah untuk membeli barang-barang keperluan harian ataupun ada yang pergi berkelah di tempat peranginan atau bersiar-siar di sekitar bandaraya Kuching.

Thursday, April 26, 2012

Masih ingatkah anda dengan SUHARDI MAT ISA?

Masih ingatkah anda semua dengan Suhardi Mat Isa? Jika anda sudah lupa, terlupa dan melupakan siapa beliau, maka marilah kita menonton video ini untuk mengenal dan mengingat kembali siapa itu SUHARDI MAT ISA... Selamat menonton...

Wednesday, April 25, 2012

Ada apa dengan Bersih 3.0

Bersih 3.0 akan diadakan pada hujung minggu ini dan sekarang ia sedang giat dipromosikan oleh para penganjur termasuk para pemimpin parti pembangkang serta para pengikut setia parti-parti pembangkang. Kita rakyat Malaysia sudah maklum bahawa perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan di bandar-bandar utama di setiap negeri seluruh Malaysia pada 28 April ini. Ia juga akan diadakan di beberapa bandar utama di luar negara. 

Tuesday, April 24, 2012

Bersih 3.0 dipromosi secara terbuka di Kuching

Pada Ahad lepas seorang kawan sedang berjalan-jalan di Pasar Minggu Satok untuk membeli sayur-sayuran dan barang-barang dapur. Pasar Minggu Satok amat terkenal di bandaraya Kuching kerana disini pelbagai barang dijual yang kebanyakkannya adalah sayur-sayur hutan dan barang-barang yang jarang ditemui di kedai-kedai atau pasaraya biasa yang terdapat di bandaraya Kuching. Barang-barang disitu juga dijual dengan harga yang berpatutan dan aktiviti tawar-menawar antara peniaga dan pembeli sering kelihatan sudah menjadi identiti kepada Pasar Minggu Satok menjadikannya satu destinasi yang unik.

Thursday, April 12, 2012

Anwar yang luluskan, Anwar juga yang nak hapuskan


Berita mengatakan Pakatan Rakyat akan memansuhkan PTPTN jika mereka menang pada PRU-13 akan datang sememangnya telah mencetuskan ketidakpuasan banyak pihak dan tidak kurang juga yang menyokong. Hal ini telah disampaikan sendiri oleh ketua Pakatan Rakyat sendiri Anwar Ibrahim dalam satu ceramah baru-baru ini. 

Tuesday, April 10, 2012

Bersih 3.0 dibiayai Yahudi!


Seperti yang kita sedia maklum perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan pada 28/4/2012 jam 2 petang adalah kesinambungan kepada perhimpunan Bersih 2.0 Julai tahun lepas. 

Wednesday, April 4, 2012

Bersih 3.0 - 28 April 2012

Hah... seperti yang sudah dijangkakan dalam artikel SarawakDotKom yang terdahulu perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan tidak lama lagi. Dicadangkan perhimpunan tersebut akan diadakan pada hujun bulan ini iaitu pada 28 April 2012.

Tuesday, March 27, 2012

Bagaimana kalau bulan September?

Pada mulanya kemungkinan bulan Jun adalah dicadangkan tetapi setelah beberapa pihak dari Sabah dan Sarawak menolak cadangan tersebut disebabkan bulan tersebut Sabah dan Sarawak akan merayakan pesta Kaamatan dan Hari Gawai. Jadual lawatan kerja Perdana Menteri pada bulan juga agak sibuk dimana bermula pada bulan Mei sehingga akhir Jun. Maka, adalah mustahil untuk mengadakan PRU-13 pada bulan Jun.

Thursday, March 22, 2012

Bukan awal bulan Jun tetapi akhir bulan Jun

Berikutan daripada laporan akhbar The Borneo Post semalam yang mengatakan kemungkinan PRU-13 akan diadakan pada 3 Jun 2012 tetapi cadangan tersebut tidak disokong oleh beberapa pemimpin tempatan dan beberapa parti komponen BN di Sarawak. 

Wednesday, March 14, 2012

Bahang PRU-13 semakin terasa

Sejak kebelakangan ini, terpapar di akhbar-akhbar tempatan mengenai pihak BN dan pembangkang masing-masing sudah mencaturkan perancangan untuk menghadapi PRU-13 nanti. Nama-nama calon yang akan bertanding juga sudah mula heboh diperkatakan oleh para pengikut parti dari kedua-kedua pihak BN dan pembangkang serta menjadi buah mulut rakyat. Setiap hari memang ada berita atau akhbar mengenai persediaan PRU-13 nanti. 

Friday, February 24, 2012

Pakatan Rakyat di Sarawak mensasarkan pengundi luar bandar


Pihak pembangkang di Sarawak pada PRN tahun lepas telah melihat peningkatan sokongan dari pengundi luar bandar yang telah memberikan kemenangan di beberapa kerusi DUN luar bandar. PRN tahun lepas juga menunjukkan peningkatan sokongan terhadap DAP dan kebanyakkan yang memberi sokongan adalah pengundi luar bandar yang terdiri daripada kaum Dayak. Dengan peningkatan sokongan dari kaum Dayak, DAP telah melancarkan Dayak Consultation Council (DCC) untuk mendekati kaum Dayak dan seterusnya mendapatkan sokongan daripada mereka.

Wednesday, February 22, 2012

PRU-13 Semakin dekat?


PRU-13 yang bakal diadakan masih belum lagi diketahui bila tarikhnya tetapi bahangnya semakin terasa dimana pihak BN dan pihak pembangkang sudah mula melakukan persediaan awal untuk menghadapi PRU nanti. Di Sarawak, belum ada aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh kedua-dua belah pihak BN dan pembangkang. Mungkin kedua-dua pihak masih mengatur strategi bagaimana hendak memenangi hati dan mendapatkan sokongan para pengundi di kawasan masing-masing. 

Thursday, January 19, 2012

Orang Kampung Dimanipulasi Pihak Tidak Bertanggungjawab

Selasa 17 Januari 2012, satu demonstrasi telah diadakan di Menara Pelita, Petra Jaya dihadiri sekurang-kurangnya 30 orang penduduk kampung yang dipercayai datang dari Melikin untuk memprotes tindakan United Team Trade dan kerajaan negeri Sarawak yang dikatakan telah merampas tanah NCR milik mereka di Melikin.