Thursday, March 10, 2011

Wanita PKR Sarawak mengakibatkan kesesakan jalan berpuluh KILOMETER!!!

Oleh kerana tiada aktiviti-aktiviti yang memberangsangkan, Wanita PKR Sarawak telah nekad untuk melancarkan kempen KESESAKAN JALAN BERPULUH KILOMETER di kawasan Water Front Kuching dan Kompleks Mahkamah yang lama. Saya telah sertakan beberapa gambar untuk kita sama-sama mencuci mata...

Perbarisan berpuluh kilometer, menyebabkan kesesakan jalan...


Lepak-lepak nak kumpul member dulu...


Berunding dengan pihak keselamatan Kompleks


Dahsyat!!!


Ramainyaaa........


Jumlah daun-daun kat lantai tu lagi banyak dari perserta-peserta yang hadir....


Jalan SESAK!!!!!!!


WUUUUU...

Monday, March 7, 2011

BUKTI: DAP menyokong KEGANASAN


Isu ini tiada kena-mengena dengan politik dalam mana-mana negeri... Tetapi isu ini amat hangat diperkatakan di dalam laman sosial terkenal Facebook. Isu ini juga telah mengakibatkan ramai rakyat Malaysia marah dan menjadi emosional kerana melihat sesuatu yang amat menyakitkan hati. Isu ini melibatkan seorang individu yang boleh saya katakan ada masalah "mental" sikit, dan segala-galanya dirakamkan melalui CCTV. Nak tahu apa masalahnya???

MASALAHNYA budak "perempuan" (tapi nampak macam lelaki...) itu dah melakukan yang hanya "orang gila" sahaja layak berbuat sedemikian, dan sememangnya "perempuan" itu gila. "Perempuan" itu dah menganiaya beberapa ekor anak kucing. Tanpa rasa belas kasihan dan rasa bersalah, "perempuan" tersebut memukul (guna payung), merembat dan memijak anak-anak kucing tersebut hingga mati. Dan, teknologi telah mengantoikan perbuatan jahat "perempuan" tersebut yang mana semua perbuatannya telah dirakam melalui CCTV. Orang yang prihatin telah menayangkan video klip tersebut dalam laman Facebook dan ramai orang Malaysia(pelbagai bangsa & agama) berang dengan perbuatan "perempuan" tersebut. Kesudahannya, "perempuan" tersebut telah dijumpai di dalam lubang cacing kerana diburu rakyat Malaysia yang terlalu berang.

Dan, tidak lama selepas dijumpai di dalam lubang cacing, "perempuan" tersebut telah tampil di depan orang ramai untuk memohon maaf atas kesalahan beliau. Menurut "perempuan" tersebut, dia berada dalam keadaan tertekan kerana masalah keluarga semasa melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu. DAN.... Dia mengatakan hanya tahu kucing itu sudah mati semasa dia menonton video klip tersebut... KEPALA HOTAK BOTAK KO LAH... Dah kau pukul, sepak, pijak anak kucing tu sampai lembik takkan tak tahu anak kucing tu dah mati???? Penipu nak MAMPUS!!!

Haaaaa... Sekarang baru masyuk hal politik, tapi ini pun ciput saja, tak besar dan tak hangat sangat pun. Ini tetang hal tempat "perempuan" tersebut mengadu "masalah" beliau. Banyak-banyak tempat nak buat press conference masyuk pejabat DAP plak si bahalol ni... HAHAHAHAH... Dan kesimpulannya, tak payah lah saya nak cakap panjang lebar, dengan ini saya mengesahkan bahawa DAP menyokong KEGANASAN... Sekian, terima kasih...

Tuuu... Lambang ROKET... mana nak sorok, bagi malu lah...

Klik sini untuk berita lanjut... Juga di sini ...




Monday, February 28, 2011

Baru Bian Vs CM...


FUIYOOOOOO...!!!!!!!!!!!!!!! Baru Bian nak turun padang... Bukan nak main bola, bukan nak berbalas tumbukan, juga bukan untuk tunjuk kuat... Tetapi beliau cuma ingin "TEST POWER" ilmu ke"peguam"an dengan CM... Fuuuu... Pasti hangat, membara sampaikan adalah dinasihatkan kepada para hadirin memakai baju kalis haba/api untuk mengelakkan tempias-tempias api/bara hasil pertembungan buku dan ruas itu nanti. Tetapi Baru Bian cuma menjemput CM secara tidak rasmi dan memberikan masa 2 minggu kepada CM untuk memberi respon terhadap jemputan tersebut. Dan jika tiada jawapan dalam masa terdekat, Baru Bian akan menghantar surat bertulis rasmi melalui firma guaman beliau. Tetap beliau ada memberi sedikit kelonggaran iaitu jika CM tak dapat turun padang, mana-mana pencabar adalah dialu-alukan untuk menunjukkan bakat masing-masing.

Kenapa Baru Bian mencabar CM??? Dikatakan Baru Bian mahu berdebat dengan CM tentang isu hangat di Sarawak iaitu tentang tanah NCR yang mana kerajaan negeri telah dituduh merampas tanah dari rakyat. Di pagi Isnin yang penuh blues ini, malas pula saya nak bercerita panjang... Oleh itu saya sarankan KLIK SINI untuk maklumat lanjut...

Wednesday, February 23, 2011

Imbas Kembali: Baru Bian calon CM baru


Saya ingin mengimbas kembali isu hangat yang diperkatakan beberapa minggu lepas semasa teka-teki siapa bakal calon CM Sarawak baru... Dan ternyata sekali nama pejuang tanah NCR yang terbilang iaitu Baru Bian telah menjadi salah seorang calon yang dilihat layak untuk menjawat jawatan tersebut. Kalau dilihat dari segi kemampuan dan latarbelakangnya memang lah cukup mengancam dan mampu mengegarkan kepala "tut" para pencabarnya. Akan tetapi jika dia berada di sebelah pihak yang sebaliknya (BN) kemungkinan peluangnya amat besar... Malangnya keadaan tidak mengizinkan, memandangkan beliau mempunyai agenda tersendiri dan matlamat berlainan.


Tidak dinafikan beliau memang seorang pejuang tanah NCR yang berkaliber yang telah memenangi beberapa kes yang berprofil tinggi. Namun, disebaliknya tersembunyi "seekor udang galah yang mempunyai sepit berwarna biru tua dan berlumut"... Maksudnya rezeki yang dia dapatlah, dari kes yang beliau menangi... Periuk nasi beliau di rumah memang tak cukup untuk menadah rezeki yang datang melimpah-limpah kalau keadaan seperti sekarang terus mendatangkan keuntungan kepada beliau serta rakan-rakan. BUKTINYA...


Monday, February 21, 2011

Rancangan Buruk PKR tak berjaya!!!


Minggu lepas diura-urakan PKR akan menganjurkan demonstrasi di Padang Merdeka, Sarawak. Namun, yang amat mengecewakan tiada satu pun orang yang datang berkumpul untuk berdemonstrasi. Di sini dapat dikatakan rakyat Sarawak tidak mudah untuk dipengaruhi untuk melakukan kerja-kerja yang tidak bertamadun yang amat suka dipraktikkan oleh pengikut-pengikut PKR. Untuk maklumat lanjut klik sini, sini dan juga sini...

Gambar Hiasan

Pemandangan yang indah...

Indah...

dan permai...

Monday, February 14, 2011

Rakyat Sarawak digesa untuk berdemonstrasi???


Seperti yang kita maklum, baru-baru ini Perdana Menteri Mesir, Hosni Mubarak telah meletak jawatan ekoran demonstrasi yang dilakukan oleh rakyatnya yang menggesa beliau untuk meletak jawatan selepas memerintah selama 3 dekad bermula pada tahun 1981. Demonstrasi berkenaan telah dilakukan selama 18 hari dan dilaporkan banyak nyawa rakyat yang terlibat dalam demonstrasi berkenaan telah terkorban. Ramai juga yang cedera parah selama demonstrasi berkenaan berjalan dan Mesir telah kerugian berbillion dolar akibat daripada kerosakkan harta benda dan ekonomi yang terhenti selama lebih daripada 2 minggu.

Sejak bermulanya demonstrasi di Mesir, di Malaysia dan khususnya di Sarawak, pihak pembangkang telah melancarkan aktiviti jahat mereka dengan menggesa rakyat Sarawak untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh rakyat Mesir untuk menjatuhkan pentadbiran BN khasnya Ketua Menteri Sarawak sendiri. Gesaan pihak pembangkang itu dilihat amat keterlaluan kerana mempromosikan kekerasan dan keganasan untuk mendapatkan keadilan. Gerakan PKR ini lebih menumpu kepada penduduk di pedalaman Sarawak yang rata-ratanya mudah untuk dipengaruhi dan menghadapi kehidupan yang agak terpencil dari bandar. Para penduduk yang berada di pedalaman ini kebanyakkannya terdiri daripada golongan tua serta yang tidak mendapat pendidikan. Oleh itu agak mudah untuk pihak pembangkang untuk menjalankan aktiviti mereka kerana mereka tahu ia akan mendapat sambutan.

Tetapi lain pula sambutanya di bandar, yang mana hanya segelintir golongan atau individu sahaja yang mahu mengikut telunjuk pemimpin pembangkang. Buktinya... KLIK SINI dan juga SINI ...

Pada pendapat saya, rakyat Sarawak sudah tahu apa yang mereka mahukan, iaitu mengatakan TDAK KEPADA KEGANASAN... Rakyat Sarawak sudah lama menolak apa-apa jua perjuangan yang berbaur keganasan dan memecah-belahkan talian persaudaraan sesama kaum... Ini kerana hubungan sesama kaum sudah terjalin sejak sekian lama dan agak susah untuk melihat rakyat Sarawak melakukan demonstrasi seperti di tempat lain apatah lagi yang ganas seperti di Mesir. Saya pasti hanya segelintir sahaja yang akan sanggup untuk melakukan perkara yang tidak bertanggungjawab ini.

Gambar Hiasan

Inilah yang dipromosikan oleh pihak pembangkang sekarang.

Sanggupkah rakyat Sarawak bertindak sebegini???

GANAS... dan merugikan...


Thursday, February 10, 2011

Segelintir ADUN Sarawak, ADUN "potong reben"

Di dalam perjumpaan PM bersama ADUN Sarawak baru-baru ini, telah berlaku penipuan terang-terangan dilakukan oleh beberapa ADUN Sarawak. Tujuan perjumpaan tersebut dilakukan adalah untuk mengenalpasti permasalahan rakyat di bawah pimpinan ADUN dan penerimaan masyarakat terhadap mereka.


Menurut Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar, tindakan Adun yang enggan mendedahkan perkara sebenar itu lebih menjurus kepada usaha melobi pemimpin nombor satu negara agar terus dipilih sebagai calon pada pilihan raya akan datang. Bagaimanapun, beliau yakin perdana menteri dan Ketua Menteri, Tan Sri Haji Abdul Taib Mahmud mempunyai butiran dan maklumat lengkap prestasi sebenar semua Adun di Sarawak.


Dalam pada itu, Junaidi turut memuji tindakan berani Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Haji Daud Abdul Rahman yang mengkritik segelintir Adun BN yang didakwa tidak menceritakan hal sebenar di kawasan mereka. “Selaku Naib Presiden PBB, beliau (Daud) berhak membuat teguran kerana ada segelintir wakil rakyat tidak melaksanakan tugas secara bersungguh-sungguh atau sekadar bertindak sebagai Adun ‘potong reben’,” katanya sambil menambah, setiap Adun harus menilai prestasi mereka berdasarkan pencapaian rekod pilihan raya sebelum ini.


Saya sangat kecewa dengan sikap segelintir ADUN Sarawak yang tidak mengambil peluang tersebut untuk memberitahu hal sebenar kepada PM dan ini pada pendapat saya telah menjatuhkan kredibiliti mereka sendiri. Sungguh mengecewakan, semata-mata nak mengekalkan pangkat dan status, mereka sanggup menipu PM. PM ditipu tanpa rasa segan silu??? Hampeh punya pemimpin. Baik tak payah jadi pemimpin, rakyat yang mengundi bukan pemimpin tersebut yang melantik diri mereka sendiri. Keputusan mengundi akan datang bakal menjadi penentu nasib pemimpin tersebut, itupun kalau mereka dicalonkan… PM tahu la oiii… Tak patut PM tak tahu prestasi korang yang tak mengikut standard dan telah banyak kali mengecewakan rakyat… AWAS!!! Rakyat akan bertindak dengan undi mereka…