Seperti yang kita maklum, baru-baru ini Perdana Menteri Mesir, Hosni Mubarak telah meletak jawatan ekoran demonstrasi yang dilakukan oleh rakyatnya yang menggesa beliau untuk meletak jawatan selepas memerintah selama 3 dekad bermula pada tahun 1981. Demonstrasi berkenaan telah dilakukan selama 18 hari dan dilaporkan banyak nyawa rakyat yang terlibat dalam demonstrasi berkenaan telah terkorban. Ramai juga yang cedera parah selama demonstrasi berkenaan berjalan dan Mesir telah kerugian berbillion dolar akibat daripada kerosakkan harta benda dan ekonomi yang terhenti selama lebih daripada 2 minggu.
Sejak bermulanya demonstrasi di Mesir, di Malaysia dan khususnya di Sarawak, pihak pembangkang telah melancarkan aktiviti jahat mereka dengan menggesa rakyat Sarawak untuk mencontohi apa yang dilakukan oleh rakyat Mesir untuk menjatuhkan pentadbiran BN khasnya Ketua Menteri Sarawak sendiri. Gesaan pihak pembangkang itu dilihat amat keterlaluan kerana mempromosikan kekerasan dan keganasan untuk mendapatkan keadilan. Gerakan PKR ini lebih menumpu kepada penduduk di pedalaman Sarawak yang rata-ratanya mudah untuk dipengaruhi dan menghadapi kehidupan yang agak terpencil dari bandar. Para penduduk yang berada di pedalaman ini kebanyakkannya terdiri daripada golongan tua serta yang tidak mendapat pendidikan. Oleh itu agak mudah untuk pihak pembangkang untuk menjalankan aktiviti mereka kerana mereka tahu ia akan mendapat sambutan.
Tetapi lain pula sambutanya di bandar, yang mana hanya segelintir golongan atau individu sahaja yang mahu mengikut telunjuk pemimpin pembangkang. Buktinya... KLIK SINI dan juga SINI ...
Pada pendapat saya, rakyat Sarawak sudah tahu apa yang mereka mahukan, iaitu mengatakan TDAK KEPADA KEGANASAN... Rakyat Sarawak sudah lama menolak apa-apa jua perjuangan yang berbaur keganasan dan memecah-belahkan talian persaudaraan sesama kaum... Ini kerana hubungan sesama kaum sudah terjalin sejak sekian lama dan agak susah untuk melihat rakyat Sarawak melakukan demonstrasi seperti di tempat lain apatah lagi yang ganas seperti di Mesir. Saya pasti hanya segelintir sahaja yang akan sanggup untuk melakukan perkara yang tidak bertanggungjawab ini.
Gambar Hiasan
Inilah yang dipromosikan oleh pihak pembangkang sekarang.
Sanggupkah rakyat Sarawak bertindak sebegini???
GANAS... dan merugikan...
No comments:
Post a Comment