Wednesday, December 29, 2010

Dulu Orang India sekarang Orang Dayak

Orang tua selalu berpesan "bila mendengar guruh di langit, jangan buang air dalam tempayan". Kerana, entah ya entah tidak hujan akan turun. Tapi, manusia mudah lupa. Begitu juga masyarakat India. Bila anwar berkata "masyarakat India akan kita bela", terus anwar diangkat bagai dewa. Diberikannya gelaran 'Sivaji the Boss'. Samy Vellu dan MIC yang dah berpuluh tahun berbakti pada mereka dibuang begitu saja.


Ketika janji anwar masih terngiang ditelinga, sebaik saja berkuasa, kerajaan Pakatan halau masyarakat India di Kpg Buah Pala. Tengok video di bawah:



Kemudian, belum pun sampai dua tahun berkuasa, N. Gobala yang pernah beberapa kali ditangkap dan dipenjara kerana mempertahankan anwar mula bersuara. Kata Bala, Anwar adalah pemimpin yang bukan saja mengamal politik pecah belah tetapi juga pemimpin yang 'cakap tak serupa bikin dan bikin tidak serupa cakap'.

Pemilihan PKR bulan lalu bukan sahaja penuh dengan amalan 'luarbiasa' tetapi juga gangster. Anwar tolak pemimpin yang memperjuangkan kaum india spt bala dan manikavasagam dan lantik pak turut spt surendran dan dr. xavier.


Menurut Bala,


  • janji untuk membela masyarakat India hanyalah janji kosong.
  • Di Selangor selama dua setengah tahun memerintah, tiada satu pun rancangan yang dilakukan untuk membantu membangunkan taraf hidup orang India.
  • Malah, keadaan orang India menjadi lebih teruk berbanding dengan keadaan mereka semasa di bawah kerajaan BN.
  • Pekerja India di estet di selangor masih kongsi kolam air dengan itik dan ikan.
  • Kuil Siva di Bukit Gasing dirobohkan.
  • Dr. Xavier menipu dalam meluluskan RM85,000 untuk membeli 24 buah komputer untuk sekolah-sekolah tamil melalui 3 pembekal kroninya.
  • Janji beri geran RM4 juta untuk sekolah tamil tapi disalurkan kepada NGOs.


"We have talked to anwar many times about all this but you only listen to azmin, what is so great in azmin that we are not?"


Sekarang, janji-janji sudah mula ditaburkan kepada orang Dayak di Sarawak dan kini semakin hebat dengan pengedaran 10,000 CD dan 40,000 risalah yang disasarkan kepada para penduduk di pedalaman yang majoritinya terdiri daripada orang Dayak. Adakah ini menjadi petanda bahawa kejadian di Kpg. Buah Pala bakal berulang lagi. Sepatutnya kejadian tersebut menjadi teladan kepada orang Dayak di Sarawak bahawa banyak janji-janji PKR kepada rakyat semasa PRU dulu masih belum lunas dan telah membuatkan ramai rakyat merasakan mereka telah ditipu. Oleh itu, sebelum kejadian tidak diingini berlaku adalah lebih baik kita berwaspada dan janganlah sampai "Dah terhantuk baru terngadah"...

Tuesday, December 28, 2010

Di kala kita merungut...

Mana2 rakyat dari seluruh pelusuk dunia pasti akan merungut di kala kerajaan masing2 menaikkan harga minyak... Itu adalah hak rakyat untuk merungut, tak salah dan tak ada pun dalam undang-undang. Kadang-kala rungutan itu lebih membawa keburukan daripada kebaikan.

Tetapi lain pula ceritanya di Iran... Ceritanya panjang jadi lebih baik klik sini untuk berita lanjut...

Wednesday, December 22, 2010

Berlakunya Percanggahan Dalam Pakatan Rakyat...

Baru-baru ini, dalam satu konvensyen yang telah diadakan oleh Pakatan Rakyat, jelas kelihatan PR mulai kehilangan para penyokong berbangsa Melayu yang telah mengundi PR pada pilihan raya umum 2008. Keadaan lebih jelas setelah ahli-ahli berbangsa Melayu daripada ketiga-tiga parti - PAS, PKR & DAP - berbisik sesama sendiri diluar tempat konvensyen berkenaan diadakan, memberikan pendapat masing-masing terhadap para pemimpin Pakatan. DAN PENDAPAT MEREKA TIDAK MENYEBELAHI PARA PEMIMPIN PAKATAN...


Para penyokong berbangsa Melayu menunjukkan rasa tidak puas hati setelah pemimpin DAP, Lim Guan Eng memberikan ucapan dan di dalam ucapannya itu beliau telah melabelkan para penyokong BN dan pembaca akhbar Melayu popular sebagai "RAKYAT MALAYSIA CELUP". Ramai para penyokong PR berbangsa Melayu merasakan tuduhan tersebut telah mencemuh bangsa Melayu dan tidak bertempat.

Untuk berita lanjut... Klik sini...

Tuesday, December 21, 2010

Adakah PKR Sarawak berbeza dengan PKR di Semenanjung???

Persoalan ini timbul apabila saya memikirkan bagaimanakah PKR Sarawak akan memerintah Sarawak jika mereka memenangi PR peringkat negeri akan datang. Adakah PKR Sarawak memerintah mengikut cara sendiri, kemampuan sendiri dan tanpa campur tangan dari mana-mana pihak? Atau adakah PKR Sarawak akan mengikut kata telunjuk PKR pusat yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim? Dua persoalan ini sering berlegar-legar dikotak minda saya sejak PKR mula bertapak di Sarawak. Bermottokan "Change We Must" ramai rakyat Sarawak sudah tertarik dengan perjuangan PKR yang dilihat mampu mengubah kehidupan mereka yang sederhana menjadi lebih baik. Sebilangan rakyat Sarawak sudah menunjukkan sokongan mereka terhadap perjuangan yang dilaung-laungkan oleh para pemimpin PKR Sarawak. TETAPI... Sejauh manakah kemampuan PKR Sarawak dibawah pimpinan Baru Bian? Mungkin para pemimpinnya mampu... TETAPI... Adakah PKR itu sendiri sebagai sebuah parti politik mampu memerintah sebuah negeri yang terbesar di Malaysia?


Tidak kira parti mana yang disokong oleh rakyat Sarawak, segala keputusan dan jawapan adalah di tangan rakyat Sarawak sendiri kerana mereka sendiri yang akan memilih parti mana yang mereka lihat mampu memerintah dan membawa mereka jauh kehadapan (ekonomi, pendidikan & kemajuan).

P/s: Ini hanya pendapat semata-mata...

Wednesday, December 15, 2010

PKR Sarawak ibarat skim cepat kaya!!!

Kita semua sedia maklum bahawa Skim Cepat Kaya(SCK) adalah cara paling cepat mendapatkan pulangan yang lumayan. Pelbagai syarikat SCK telah timbul ibarat "cendawan tumbuh selepas hujan" sejak 5-6 tahun yang lepas. Pada ketika ini, syarikat SCK sudah kurang popular dikalangan rakyat Malaysia kerana sudah ramai yang mengetahui kebenaran disebalik skim tersebut. Tetapi syarikat SCK tidak pernah kering idea untuk mencari mangsa dan mengambil kesempatan keatas mangsa semata-mata untuk menggaut keuntungan untuk syarikat. Berita ini merupakan salah satu contoh cara syarikat SCK menggaut keuntungan dengan mengambil kesempatan atas kelemahan mangsa-mangsa mereka. Syarikat SCK berkenaan telah menjanjikan pulangan yang lumayan pada setiap bulan kepada sesiapa yang melabur dalam syarikat dan mereka dengan liciknya berjaya memperdayakan mangsa-mangsa secara profesional. Semua mangsa menyedari mereka telah ditipu setelah 2 bulan tidak menerima ganjaran yang dijanjikan...

PKR Sarawak, pula lebih kurang juga ceritanya... Ala-ala syarikat SCK juga... Menjanjikan bulan dan bintang, kepada rakyat Sarawak dan semakin ramai sudah terjerat dengan janji-janji manis para agen(pemimpin) PKR. Semakin hari, semakin hebat pulangan serta keuntungan dijanjikan kepada rakyat Sarawak jika mereka melaburkan undi mereka ke dalam PKR pada PR negeri akan datang. Rakyat Sarawak sudah kabur mata dan mula membayangkan apa yang mereka akan dapat jika pelaburan mereka dalam PKR nanti membuahkan hasil...


Gambar hiasan: Beginilah rupa pemilik syarikat SCK


Tetapi INGAT!!! Syarikat SCK (PKR) memang licik dan mahir dalam bisnes tipu menipu... Yang tak betul boleh jadi betul, yang mustahil boleh jadi kenyataan... Yang hitam legam boleh jadi putih telur rebus... Segala-galanya boleh jika PKR yang menjadi kerajaan... Sekali lagi INGAT!!! Sudah ramai yang menjadi mangsa syarikat SCK(PKR), kenapa perlu rakyat Sarawak ingin menambahkan jumlah statistik mangsa penipuan tahunan negara. Sebagai manusia kita sememangnya mempunyai kelemahan, tetapi kita mempunyai akal untuk memperbaiki kelemahan tersebut. Jangan pula kita mudah terpengaruh dengan janji-janji manis serta pulangan yang lumayan kerana apa yang dijanjikan tidak 100% tertunai. Tanya kepada yang sudah tergolong dalam statistik mangsa penipuan tahunan negara, kerana mereka lebih mengetahui dan maha mengetahui. Syarikat SCK(PKR) melihat kita sebagai "pokok duit", dan bila duit dah masuk poket, kita akan dibiarkan begitu sahaja ibarat "habis madu, sepah dibuang"...


Kita ibarat "pokok duit"


Renung-renungkan lah...


Thursday, November 25, 2010

Oit... Orang Sarawak!!! Kitak orang dah sedia kah???


Ketua Menteri dah dapat "inspirasi" bila nak buat PR Negeri akan datang. Tapi sudah kah kita rakyat Sarawak bersedia untuk mengundi??? Bukan susah pun nak mengundi... Pangkah / buat tanda "X" saja kat nama calon yang kita sokong kat kertas undi. Tapi sebelum mengundi, kita perlu mendaftar sebagai pengundi berdaftar dahulu. Lepas mendaftar barulah boleh kita beramai-ramai pergi mengundi... "Sapa antara kitak orang belum daftar ngundi tek??? Angkat tangan lok kamek mauk nangga." Haaaa... Kalau umur dah 21 tahun ke atas, daftarlah sekarang sebelum PR Negeri bermula.
"SIK LAMAK GIK KITA MAOK PEGI NGUNDI, KAMEK UDAH DAFTAR KITAK ORANG BILA GIK???"


Tapi kalau bila nak pangkah kertas undi nanti, fikir dulu sebelum nak pangkah. Salah pangkah merana hidup... Haaaa... Pangkah betul-betul, jangan main conteng saja kertas undi, rugi tau...



Wednesday, November 24, 2010

Zaid nak cari "Kapal" baru... Betul ke???


Menurut SuaraKeadilan, Zaid Ibrahim tengah sibuk nak mencari "kapal" baru... Dan menurut penulis artikel, ramai pengikut PKR berasa lega atas keputusan Zaid Ibrahim keluar dari parti. Kejadian tembak-menembak antara konco-konco Zaid Ibrahim dengan ahli-ahli PKR juga semakin hebat, masing-masing menyerang serangan peribadi secara terang-terangan. Tetapi ternyata serangan Zaid Ibrahim lebih hebat berbanding dengan ahli-ahli PKR kerana mereka tahu Zaid Ibrahim mampu menjatuhkan maruah parti PKR dan secara tidak langsung menjatuhkan maruah Anwar Ibrahim juga!! Ibarat "Killing 2 birds with 1 shot"... Maklumat lanjut klik sini...

Tetapi, sejauh manakah kehebatan Zaid Ibrahim ini, belum kita ketahui kerana beliau sedang hebat membuat serangan-serangan berbisa keatas PKR. Kita sebagai pemerhati hanya mampu menunggu apakah yang akan berlaku selepas ini. Marilah kita menunggu apakah keputusan hasil daripada serangan hebat Zaid Ibrahim keatas PKR...

Jom tungguuuuuu.....


Monday, November 22, 2010

Pakatan Rakyat Tidak Mampu!!! (Repost)

Mengapa Pakatan Rakyat tidak mampu memerintah Sarawak??? Sila klik sini untuk maklumat lanjut.

Dikatakan pada Pilihan Raya Peringkat negeri Sarawak akan datang PR boleh dikatakan tidak mampu membawa perubahan atau mencabar BN tetapi parti bebas diura-urakan mampu mencabar kedudukan BN sekarang sebagai pemerintah. Sekukuh mana pun maklumat yang diperolehi tetapi jawapannya hanya dapat diketahui bila keputusan pilihan raya akan datang.


Segala keputusan terletak pada tangan para pengundi dan masih ramai rakyat Sarawak masih belum mendaftar untuk menjadi pengundi sah. Tetapi dengan bilangan pengundi yang ada sekarang, ia dilihat lebih memihak kepada BN yang majoritinya terdiri daripada golongan yang berumur diantara 35 tahun keatas. Dan jika lebih ramai yang mendaftar sebagai pengundi lebih-lebih lagi kepada yang berumur 34 tahun ke bawah, ia dijangka mampu mengubah keputusan pilihan raya kelak.

Walau apa pun, Pakatan Rakyat dijangka tidak akan mampu untuk menandingi BN dan lebih mengejutkan pihak parti bebas mempunyai peluang yang lebih baik untuk mencabar BN.

Monday, November 15, 2010

Apa Dah Jadi PKR...

Masalah dalaman PKR sudah menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Sejak proses mengundi peringkat parti berlangsung, banyak masalah timbul menghantui PKR serta pemimpin-pemimpinnya.

Dan dengan keluarnya Datuk Zaid Ibrahim dari PKR, ini menunjukkan PKR tidak mampu untuk mengguruskan masalah dalam parti. Mungkin akan lebih ramai pemimpin-pemimpin PKR keluar parti jika masalah dalam parti tidak dapat diselesaikan secepat mungkin. Atau seperti kata Zaid Ibrahim, ANWAR IBRAHIM HARUS MENARIK DIRI DARI PKR...
Untuk berita dan maklumat lanjut:
  1. Sila klik sini
  2. Sila klik sini lagi
  3. Sila klik sini juga
  4. Juga di sini


Jadi teladan daripada masalah dalaman PKR...


Thursday, November 11, 2010

Zahid, CEPAT MINTA MAAF


















Gambar diambil dari MalaysianMirror

Kenyataan beliau tentang jumlah rakyat Malaysia yang bukan Melayu kurang dalam kerjaya polis dan tentera dengan mengatakan ia berpunca daripada kurangnya semangat patriotik di rakyat bukan Melayu. Ini telah menyebabkan ramai rakyat Malaysia bukan Melayu merasa tersinggung di atas kenyataan menteri pertahanan tersebut. Sebagai menteri, beliau sepatutnya mengalakkan rakyat Malaysia bukan Melayu untuk memilih kerjaya sebagai tentera atau polis, tetapi bukan dengan memberikan kenyataan yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Kini, ramai pihak mahukan Zahid untuk meminta maaf kepada rakyat Malaysia terutama sekali golongan bukan Melayu. Diharap beliau dapat memberikan respon yang positif dan tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan situasi perkauman yang tidak begitu kukuh sejak kebelakangan ini.


Untuk maklumat lanjut sila klik disini dan disini.

Tetapi semalam beliau telah memberikan penjelasan berkenaan dengan kenyataan beliau, mengatakan kurangnya semangat patriotik adalah salah satu punca kurangnya golongan bukan Melayu menyertai tentera dan polis. Apa yang terjadi adalah kesilapan telah berlaku dan seharusnya beliau tidak mempertahankan kenyataan asal beliau kerana rakyat golongan bukan Melayu sudah terkena tempias kata-kata beliau.

Klik sini dan disini untuk maklumat lanjut.

Tuesday, November 9, 2010

Apa Kata Zaid Ibrahim DULU & SEKARANG

Ini Zaid kata dahulu...



Ini kata Zaid SEKARANG...

Anwar, Azmi must go: Zaid

Berita lanjut disini juga disini dan juga disini...
Lepas ni apa lagi akan Zaid kata... Kita tunggu dan lihat...



Wednesday, November 3, 2010

Pemimpin PAS kena belasah???

Ini bukan cerita dongeng mahupun khayal. Ini berita panas dan harus diketahui ramai!
Berita ini saya ketahui selepas melayari blog PapaGomo. Marilah kita bersama-sama melihat pemimpin PAS ni kena belasah...



Ini lah akibatnya jika janji-janji tidak ditunaikan, kan dah kena belasah... Kenyataan dan luahan pendapat wakil penduduk asli di Kelantan telah menyebabkan pemimpin tersebut tidak mampu untuk menjawab persoalan yang ditujukan... AMBIK KO...

Bersama-samalah kita menjadikan ini sebagai petunjuk dan teladan dimasa hadapan...

Mengapa HARUS, kita rakyat Sarawak...


Mengapa HARUS, kita rakyat Sarawak:

  1. Mempercayai Pakatan Rakyat (PKR, DAP, SNAP, PAS) yang menjanjikan janji-janji KOSONG...
  2. Mengikut kata telunjuk PR yang mempunyai agenda masing-masing...
  3. Mendukung perjuangan PR yang tidak sehaluan dikalangan parti-parti komponen...
  4. Menyokong parti-parti pembangkang yang terbukti tidak mampu untuk mengubah nasib rakyat...
  5. Mempertaruhkan nasib kita kepada PR yang tidak mempunyai halatuju yang nyata dan jelas...
  6. Ingatlah insiden seperti di dalam video dibawah!!!


SEHARUSNYA, kita rakyat Sarawak:

  1. Meneruskan pejuangan bersama Barisan Nasional yang selama ini telah membawa perubahan yang ketara sejak mendapat kemerdekaan...
  2. Terus menyokong perjuangan Barisan Nasional yang terbukti telah memberikan manfaat kepada rakyat...
  3. Mendukung matlamat dan misi Barisan Nasional di masa hadapan yang memberikan manfaat dan faedah kepada rakyat...
TETAPI... kita rakyat Sarawak HARUS & SEHARUSNYA:

MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI YANG SAH KERANA IA ADALAH HAK KITA SEBAGAI RAKYAT

DAN gunakanlah hak kita itu dengan bijak demi masa depan negeri kita yang tercinta, Sarawak

Thursday, October 28, 2010

Apakah yang PATUT...

Apakah yang PATUT...

Dilakukan oleh kerajaan BN untuk mendapat kemenangan mutlak pada PR DUN Sarawak yang akan datang?

Dilakukan oleh kerajaan BN untuk menyakinkan rakyat Sarawak bahawa BN mampu membawa Sarawak ke arah masa depan yang lebih baik...

Dilakukan oleh pemimpin kerajaan BN untuk memimpin rakyat Sarawak dibawah pimpinan mereka...
TETAPI apakah yang PATUT...

Dilakukan oleh rakyat Sarawak untuk diri mereka sendiri?

Oleh itu... beramai-ramailah kita mendaftar nama untuk menjadi pengundi untuk masa depan diri, rakyat, negeri Sarawak dan negara Malaysia!!! Masih belum terlambat untuk kita semua untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat kerana mengundi adalah suara kita dan SATU undi boleh menentukan segalanya...

JOM DAFTAR MENGUNDI!!!

Monday, October 25, 2010

Kerja PART-TIME yang lumayan...

Pssstttt.... Anwar datang Miri, 10000 orang dikhabarkan akan menghadiri majlis tersebut, tetapi yang datang tak penuh satu Boeng 707. Itu pun kalau semua duduk kat kerusi masih boleh lagi baring-baring kat lantai kapal terbang tu... Berita menyedihkan ini ada dipaparkan dalam blog-blog rakan seperjuangan... Sila klik disini untuk maklumat lanjut, klik sini dan juga klik disini.

Ada juga khabar-khabar angin mengatakan mereka yang datang menghadiri majlis telah dibayar untuk menghadiri majlis tersebut. Khabar anginnya lah, tapi kalau benar LUMAYAN tu... Datang majlis kena bayar upah. Duduk dengar Anwar mencarut dapat juga duit belanja untuk satu minggu. Berapa upahnya, itu tidak diketahui kerana ini hanya khabar angin dan ianya berlalu tanpa apa-apa bukti yang sah.

Ada gambar-gambar menarik dari majlis tersebut saya pinjam dari rakan-rakan seperjuangan.


Gambar Dipinjam Dari RajahMas.


Gambar Dipinjam Dari MukaPetang.

Khabar angin atau benar yang hadir tu kena bayar adalah perkara kecil. Tetapi yang paling penting di Sarawak, PR masih belum dapat mempengaruhi pemikiran rakyatnya dan ini merupakan berita baik kepada kita semua bahawa orang Sarawak tidak mudah ditipu dan diperdaya oleh pemimpin-pemimpin PR.

Sekian, terima kasih...

Friday, October 22, 2010

PR Main TARIK TALI.... Mengisi Masa Lapang...

















Mereka kata akan selesai pada bulan November akan datang... Tapi... Kita tunggu dan lihat saja keputusannya kelak. Tetapi ada satu keputusan yang telah dipersetujui oleh para ketua parti komponen PR Sarawak ialah... "MENYERAHKAN SEGALANYA KEPADA PEMIMPIN TERTINGGI PERINGKAT NASIONAL(PKR & PAS) UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN" menurut Baru Bian, Presiden PKR Sarawak... Apa hal nak bagi orang lain untuk buat keputusan??? Lain kali kalau memerintah Sarawak pun minta tolong pemimpin tertinggi buat keputusan lah?? Kalau macam inilah, baik lupakan saja impian nak memerintah negeri sebesar Sarawak kalau nak membuat keputusan pun minta tolong orang lain untuk fikirkan. Peringkat parti pun dah huru-hara, jangan nak kata kalau peringkat negeri atau peringkat negara... PASTI HARU BIRU, pecah berderai bumi Kenyalang ini agaknya... Tak ingin lah saya nak bayangkan kalau itulah masa depan negeri tercinta saya, Sarawak...

Oleh itu, kita sebagai rakyat Sarawak harus bijak memilih siapa dan pihak mana yang mampu memimpin kita ke arah yang betul dan menjamin masa depan lebih cerah...


Wednesday, October 13, 2010

Nurul Izzah Tidak Layak

Rujukan dari TheStarOnline


Ibu pejabat PKR telah mengumumkan bahawa Nurul Izzah tidak layak bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR menurut akhbar tempatan TheStar. Pengumuman tersebut telah menimbulkan kejutan kepada ahli kempen Nurul Izzah setelah beliau mendapat tiga pencalonan dan mengikut peraturan mengundi PKR, calon hanya perlu mendapatkan dua pencalonan untuk layak bertanding. Berhubung dengan pengumaman tersebut, satu surat meminta penjelasan tentang perkara tersebut telah diserahkan ke ibu pejabat parti yang dihantar oleh pejabat Nurul Izzah.

Selain itu, menurut pegawai pilihanraya parti Radin Shamsulkamar mengatakan bahawa 10 divisyen terpaksa menangguhkan mesyuarat dan proses mengundi akibat daripada pelbagai masalah seperti masalah teknikal dan tentangan hebat para penyokong calon. Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Mustafa Kamil Ayub, Datuk Zaid Ibrahim dan Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengesahkan mereka akan turun bertanding untuk mendapatkan jawatan No.2 dalam parti PKR.

Pemilihan dalam parti pun dah huru-hara, tapi bercita-cita hendak membawa negara kepada kejayaan yang lebih besar... Kalau beginilah rupanya proses pemilihan peringkat parti yang tidak dapat dijalankan dengan lancar bayangkan bagaimana mereka memimpin sebuah negeri apatah lagi sebuah negara. Silap-silap, bila keputusan pemilihan sudah diketahui mungkin ada para penyokong parti yang akan merasa tidak puas hati dan kita tahu penyokong parti PKR ini amat terkenal dengan demonstrasi-demonstrasi mereka. Mesti hangat isu ini nanti... Kita tunggu dan lihat...





Friday, October 8, 2010

PR - Bertarung untuk mendapatkan 71 kerusi


Dalam satu akhbar tempatan, Pakatan Rakyat dilaporkan akan turun bertanding untuk semua 71 kerusi DUN pada pilihan raya peringkat negeri Sarawak akan datang. Menurut laporan tersebut, kesemua parti dalam PR (DAP, PKR, SNAP dan PAS) telah bersetuju dengan pengagihan kerusi untuk setiap parti dalam PR.

TETAPI, sejauh manakah kesahihan keterangan tersebut kerana ada desas-desus mengatakan parti-parti dalam pakatan berebut-rebut untuk mendapatkan hak bertanding bagi setiap kerusi yang akan dipertandingkan. Ada maklumat juga mengatakan, proses pengagihan kerusi terpaksa ditangguhkan kerana tiada kata sepakat di antara parti dalam PR.

Kalau macam ini lah gayanya, tak tahu lah nanti apa akan terjadi kepada nasib rakyat Sarawak yang kini diracuni dengan kata-kata dan janji-janji manis para pemimpin di dalam PR. Pilihan raya pun belum mula, tetapi sudah kecoh nak mendapatkan hak masing-masing. Kalau PR menang dalam pilihan raya negeri Sarawak nanti pasti musnah lah masa depan rakyatnya... sedih...sedih....





Tuesday, September 7, 2010

Hari Raya: Keharmonian Rakyat Di Malaysia




Beberapa hari lagi, Hari Raya akan disambut oleh umat Islam di seluruh dunia, tidak ketinggalan juga kepada umat Islam di negara kita. Setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga, umat Islam akhirnya dapat meraikan Hari Raya yang menandakan berakhirnya bulan puasa, seperti tahun-tahun sebelum ini disambut dengan meriah.

Tetapi yang menariknya, kaum-kaum lain seperti Cina, India dan kaum Bumiputera yang lain turut sama meraikan Hari Raya bersama rakan-rakan yang beragama Islam. Ziarah-menziarahi sesama kaum semasa rumah terbuka menunjukkan rakyat di negara kita boleh hidup dalam keadaan harmoni tanpa rasa benci antara satu sama lain. Situasi begini amat sukar dilihat di negara lain yang turut sama meraikan Hari Raya seperti di Iraq dan Pakistan. Rakyat di negara-negara tersebut merayakan Hari Raya dalam keadaan daif dan ketakutan kerana diancam serangan bom serta pertempuran bersenjata yang dilakukan oleh pihak pengganas yang ingin memporak-porandakan negara tersebut demi kepentingan masing-masing.

Keadaan aman dan harmoni di negara kita tidak sahaja boleh dilihat semasa perayaan Hari Raya tetapi juga semasa perayaan-perayaan lain diraikan seperti Tahun baru Cina, Deepavali, Hari Krismas, Hari Gawai & Pesta Keamatan dan lain-lain perayaan. Rakyat di negara kita sering dilihat pergi menziarah sahabat handai atau rakan sekerja dan jiran-jiran, walaupun berlainan kaum, bangsa dan agama, tetapi itu tidak menjadi penghalang untuk rakyat-rakyat di negara ini untuk sama meraikan perayaan tersebut bersama rakan-rakan.

Seharusnya situasi seperti ini perlu menjadi amalan oleh setiap rakyat negara kita agar kesejahteraan dan keamanan negara terjamin di masa hadapan. Generasi-generasi baru juga perlu sedar bahawa pentingnya untuk kita hidup dalam keadaan harmoni dan bertoleransi antara satu sama lain agar masa depan negara kita lebih cerah kerana tanpa toleransi sesama kaum dan bangsa, keamanan dan kesejahteraan negara boleh tegugat dan hilang dalam masa yang singkat. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia yang sayangkan negara tercinta harus bersama-sama menjaga dan memelihara ikatan persahabatan tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Friday, August 27, 2010

Hargailah Jasa Pahlawan Negara

Hari Pahlawan yang diraikan pada 31 Julai setiap tahun memang mampu mengajar kita ertinya kemerdekaan serta mengenang kembali jasa pejuang dahulu. Tetapi sejak tahun kebelakangan ini, sambutan Hari Pahlawan kurang mendapat sambutan, lebih-lebih lagi dari orang awam. Jika keadaan ini berterusan di masa depan, mungkin rakyat kita tidak akan memahami betapa pentingnya untuk kita menghargai jasa pejuang-pejuang kita yang telah terkorban atau pun mengalami kecacatan kekal semasa menjalankan tugas menjaga keamanan negara sebelum dan selepas kemerdekaan.


Untuk menangani masalah ini, Jabatan Hal Ehwal Veteran Angka­tan Tentera (JHEV) telah meng­gesa kerajaan memasyhur­kan sambutan Hari Pahla­wan supaya semua lapisan rakyat mengenang kembali jasa pejuang terdahulu dan lebih menghayati erti kemer­dekaan (Borneo Post Online). Jika diadakan Hari Pahlawan, ia biasanya dihadiri oleh anggota tentera dan pesara tentera sahaja. Jarang sekali orang awam menghadiri atau meraikan bersama hari tersebut dan ini menunjukkan bahawa kurangnya pendedahan tentang hari yang penting ini.

Adalah diharapkan agar kerajaan dapat mempromosikan Hari Pahlawan di masa akan datang agar orang ramai dapat meraikan bersama dengan anggota tentera dan para pesara tentera. Selain itu, banyak program-program lain dapat disusun untuk dikongsi bersama dengan orang ramai yang boleh membangkitkan semangat patriotik dan menghargai jasa para tentera serta pesaranya.

**Sumber Rujukan: Borneo Post Online**

Wednesday, August 25, 2010

The Spirit of Merdeka


Up until today, from what I observed from the beginning of August this year, houses, shops, apartments and other buildings around Kuching city still lack of one thing... the "Jalur Gemilang"... This year will be our 53rd year of Independence Day on the 31st of August and it is just 5 more days before our country celebrate the glorious day of our country history. What disappoint me the most is, this year the citizen of Kuching wasn't so into the mood of celebrating the special day by flagging the "Jalur Gemilang". Just flagging a small "Jalur Gemilang" on their car would be enough to show that they are ready to celebrate that special day and imagine the whole citizen of Kuching flag their cars with mini "Jalur Gemilang". We would see seas of our beloved country flag everywhere and this will raised our spirit of patriotism and the love towards our country.

In Penang, residents of an apartment block in Lebuh Sungai Pinang here pooled their money and hoisted 100 Jalur Gemilang in their compound in conjunction with the National Day celebrations. The flags cost about RM2,000 and the money to buy the flags came from the association’s fund. It was the first time they were putting up the flags at the fence surrounding the apartment to show their love for the country. They had a mini gotong-royong to make sure the flags were up and flying proudly. This is the true spirit of 1Malaysia that we want to portray and should be the example for the rest of our country citizens.

Hopefully, within the last days before our National Day, the citizens started to show the appreciation, love and patriotism to the country by flagging "Jalur Gemilang".

**Source The Star Online**

Wednesday, August 18, 2010

Don’t take independence for granted — WWII veteran

**Please refer to TheBorneoPostOnline**


VALUE OUR INDEPENDENCE:Philip Mairon who was among those involved in the fight against the Japanese as part of the Australian and British Allied Forces guerrilla members shaking hands with Australia Governer General Quentin Bryce (left) at Sandakan Memorial Service. — Bernama photo

As a war veteran, Philip Mairon would be the best example to educate the young generation on what is independence and how did we obtain it. What I think is, the government should organize some event on creating awareness for the young generation and by inviting war veteran like Philip would be the best candidate to give advice also educate them about the history of our country before independence.

Veterans like Philip will give more impact on delivering the purpose of creating awareness among the young generation as he himself has experienced the war itself. By doing this the younger generation will know what it is about independence and they will be more inspired by the stories and experiences told by war veterans like Philip Mairon. This would be one way for educating the the young generation, but personally I think this one will give more impact. So, we should not take independence for granted and we as young generation should fight and work together to maintain what we have now.

Wednesday, August 11, 2010

Merdeka: Bumi Bertuah Malaysia


Tidak lama lagi, pada 31 Ogos 2010, negara kita akan merayakan Hari Kemerdekaan ke-53. Pada bulan ini juga, ramai rakyat Malaysia akan mengibarkan bendera Jalur Gemilang untuk menunjukkan semangat patriotik masing-masing. Bagi generasi tua mereka akan faham dan tahu akan makna sebenar Hari Kemerdekaan. Mereka juga lebih tahu kepahitan dalam menjalani kehidupan sebelumnya kemerdekaan negara dan manisnya bila mendapat kemerdekaan dari pihak penjajah iaitu British.
(Klik sini untuk maklumat lanjut sejarah kemerdekaan.) Tetapi sebaliknya pula kepada generasi muda, yang kini semakin leka dengan arus pembangunan negara. Mereka sangat bertuah kerana dilahirkan di dalam sebuah negara yang aman dan damai. Dan seharusnya juga mereka patut tahu sejarah bagaimana susahnya untuk mendapatkan semua nikmat yang dikecapi pada hari ini.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dan bersyukur kerana dilahirkan di dalam sebuah negara yang aman dan makmur. Negara kita masih baru jika dibandingkan dengan negara-negara lain, tetapi rakyat kita hidup lebih harmoni dan bertoleransi antara satu sama lain walaupun berbeza kaum, bangsa dan agama. Semua ini adalah hasil dari perjuangan pemimpin-pemimpin kita yang memperjuangkan hak kemerdekaan dari pihak British lebih daripada 53 tahun dahulu. Selepas mendapatkan kemerdekaan, negara kita banyak mengharungi cabaran yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara. Ketika itu, ancaman komunis dan peristiwa berdarah 13 Mei 1969, telah mengajar kita betapa pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia harus hidup dalam keadaan aman, harmoni dan bertoleransi. Kerana tanpa harmoni dan toleransi sesama bangsa dan kaum, maka akan tergugatlah kenikmatan yang kita miliki ketika ini. Semuanya akan hilang dalam sekelip mata tanpa kita sedari, kerana jika berlaku sedikit perselisihan faham, peristiwa lalu seperti pada 13 Mei 1969 boleh berlaku lagi. Kita semua tidak mahu peristiwa tersebut daripada berlaku lagi dan kalau boleh sampai bila-bila pun.



Negara yang mendapat kemerdekaan lebih awal dari negara kita sebagai contoh, sudah 62 tahun merdeka ia itu pada 4 Februari 1948. Tetapi oleh kerana konflik lama antara etnik Sinhala dan Tamil di negara tersebut, menyebabkan rakyatnya hidup dalam ketakutan dan terancam dengan tindakan-tindakan ganas seperti letupan bom dan insiden tembak-menembak. Sri Lanka juga masih mengalami perang saudara yang berlarutan sekian lama walaupun sudah 62 tahun merdeka. Ini menunjukkan bahawa bukan senang hendak melahirkan sebuah negara yang aman jika tidak ada kesepakatan antara rakyat lebih-lebih lagi antara kaum atau bangsa. Di Sri Lanka, rakyatnya hanya terdiri kurang daripada 6 etnik yang mendiami negara tersebut, tetapi oleh kerana tidak wujudnya sikap toleransi, negara tersebut telah diselebungi dengan masalah perkauman. Walaupun sudah banyak usaha kerajaan Sri Lanka untuk membendung masalah tersebut, konflik antara etnik masih wujud sehingga ke hari ini. Masalah tersebut juga telah membantutkan pembangunan negara di Sri Lanka dan kebanyakkan rakyatnya masih hidup dalam kemunduran.(Klik 1, 2 & 3 untuk maklumat lanjut konflik di Sri Lanka)



Negara lain yang mendapat kemerdekaan lebih awal dari negara kita tetapi masih mengalami masalah rumit telah mengajar kita bahawa betapa bertuahnya kita untuk menjadi rakyat Malaysia. Oleh kerana itu, kita lebih-lebih lagi kepada generasi baru harus berganding bahu untuk berusaha dengan lebih gigih dan nekad untuk mengekalkan keamanan dan kedamaian yang kita miliki sekarang.


Thursday, August 5, 2010

Pelajar Sekolah Dibenarkan Kahwin

*Sila layari laman Utusan Online*

Kenyataan dibawah dipetik dari Utusan Malaysia Online berkaitan dengan syarat-syarat membenarkan pelajar sekolah untuk berkahwin;

Di dalam enakmen Majlis Agama Islam dan peruntukan undang-undang Islam, lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan perempuan 16 tahun ke atas yang dibenarkan berkahwin ada pengecualian oleh Mahkamah Syariah untuk umur berkenaan.

Berkenaan dengan cadangan tersebut yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom beberapa hari yang lepas telah menimbul banyak pendapat yang rata-ratanya datang dari kalangan orang ramai dan ahli-ahli akademik. Menurut beliau cadangan tersebut boleh mengurangkan kes anak / hamil luar nikah selain boleh mengurangkan gejala buang bayi.

Persoalannya adalah, mampukah cadangan tersebut mengurangkan masalah-masalah yang disebut di atas? Syarat-syarat yang dikemukakan juga masih tidak begitu jelas dan boleh menimbulkan kebimbangan ramai pihak khususnya orang ramai. Selain itu, banyak lagi yang perlu dikaji dari segi kebekesanan cadangan tersebut serta apakah impaknya jika cadangan dilaksanakan.

Tuesday, August 3, 2010

Sarawak Semakin Moden (Part 2)



Bekalan Elektrik

Dahulu, bekalan elektrik amat terhad dan hanya orang yang mampu sahaja dapat menikmati bekalan elektrik. Apatah lagi di luar bandar dan kawasan pedalaman yang mana langsung tidak terdapat bekalan elektrik, cuma ada pelita, lampu gas dan lilin yang menyinari setiap rumah. Penggunaan pelita, lampu gas dan lilin amat berisiko kerana ia boleh mengakibatkan kecederaan dan lebih teruk kebakaran. Ia juga boleh di anggap mahal memandangkan pelita dan lampu gas memerlukan minyak yang mana sumber minyak agak sukar didapati dulu. Pada 1 Januari 1963, SESCO mengambilalih peranan Sarawak Electricity Supply Company Limited untuk membekalkan bekalan elektrik. Kerja-kerja pembangunan bekalan elektrik giat dijalankan di bandar-bandar sahaja. Pembinaan empangan, pencawang dan bangunan baru untuk menampung bekalan semasa dan masa depan sangat diberi tumpuan. Empangan Batang Ai adalah punca utama bekalan elektrik yang mula dibina pada tahun 1981 dan siap pada tahun 1985.

Kini, kerja-kerja pembangunan bekalan elektrik lebih bertumpu kepada membekalkan elektrik ke kawasan luar bandar dan pedalaman. Kampung-kampung kini kebanyakkannya sudah dibekalkan dengan bekalan elektrik. Bekalan elektrik yang dibekalkan juga lebih murah dan lebih selamat digunakan jika dibandingkan bila menggunakan cara tradisional. Siapnya Empangan Bakun juga dapat menampung beban Empangan Batang Ai yang uzur selain menampung keperluan bekalan elektrik untuk kegunaan industri-industri berat seperti perusahaan dan perkilangan. Aktiviti-aktiviti rakyat juga dapat dijalankan sehingga waktu malam secara tidak langsung membantu rakyat menjadi lebih produktif dari segi perniagaan contohnya. Secara keseluruhannya, rakyat di Sarawak sudah ramai menikmati bekalan elektrik lebih-lebih lagi di pedalaman dan luar bandar. Dan baru-baru ini juga, Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber II Sarawak, Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan berkata RM1.75 bilion diperuntukkan kepada projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB).

  1. Sarawak 30 Years Of Independence Within Malaysia, 1993
  2. Sarawak Year Book, 1999, Lawrence Tseu
  3. Sarawak Moden Dan Progesif, Wawasan Taib, 1996, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Sarawak.
  4. RM3.25 bilion untuk bekalan elektrik, air luar bandar, 25/05/2010, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0525&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_04.htm

Thursday, July 29, 2010

Sarawak Semakin Moden (Part 1)


Pengenalan
Negeri Sarawak mendapat kemerdekaan pada 16 September 1963 dan sejak dari hari itu, negeri Sarawak telah menjalani proses pembangunan yang pada mulanya hanya bertumpu di bandar-bandar tetapi semakin menular ke kawasan luar bandar atau pekan-pekan utama. Kini setiap daerah di negeri Sarawak mempunyai Pejabat Daerah yang berfungsi sebagai pusat pentadbiran setempat untuk menguruskan hal-hal pentadbiran daerah selain menjadi tempat para penduduk setempat berurusan dengan pihak kerajaan. Setiap daerah juga telah dilengkapi dengan kemudahan asas seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih, talian telefon dan jalan raya. Penempatan di sekeliling daerah juga kini semakin hari, semakin lengkap dengan keperluan-keperluan asas yang telah dinyatakan. Walaupun masih terdapat penempatan yang belum dilengkapi dengan kemudahan asas, tetapi usaha-usaha untuk menyalurkannya sedang dalam proses ataupun paling tidak dalam perancangan. Namun hari ini kita boleh melihat sendiri di sekeliling kita, sudah banyak perubahan yang telah berlaku sejak negeri Sarawak mendapat kemerdekaan 47 tahun yang lalu.

Kini banyak usaha sedang dilakukan untuk membangunkan kawasan bandar yang ada sekarang serta semakin banyak kerja-kerja pembangunan juga dilakukan di luar bandar dan bahagian pedalaman. Walaupun kerja-kerja pembangunan di luar bandar dan pedalaman tidaklah serancak yang dilakukan di bandar, tetapi semakin ramai penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman dapat merasakan hasil pembangunan seperti yang ada di bandar. Contoh yang paling mudah adalah kelengkapan kemudahan asas seperti bekalan air bersih, bekalan elektrik dan kemudahan jalan raya.

Bekalan Air Bersih
Dahulu, bekalan air bersih hanya bertumpu di bandar utama ataupun di pekan-pekan kecil yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak. Sumber air di luar bandar dan pedalaman lebih kerap diperolehi daripada air sungai, perigi, mata air atau pun air hujan. Sumber-sumber air berkenaan adalah cara terbaik bagi penduduk luar bandar dan pedalaman untuk mendapatkan air yang digunakan sebagai minuman dan melakukan aktiviti harian seperti mencuci pakaian serta memasak. Sumber bekalan air tersebut juga tidak terjamin dari segi kebersihannya dan sering kali mendatangkan penyakit yang berpunca dari bekalan air kotor seperti penyakit taun. Tetapi yang paling ketara adalah kesukaran untuk mendapatkan bekalan air kepada penempatan yang jauh dari sumber air seperti dari sungai. Kepada yang bergantung kepada air hujan pula, mereka mengalami kesukaran bila musim kemarau tiba. Masalah ini biasa berlaku yang kerap menjejaskan aktiviti harian.

Kini, banyak sudah berubah di mana kebanyakkan kampung-kampung diluar bandar sudah disalurkan bekalan air bersih ke setiap rumah. Tanggungjawab membekal dan menyelenggara bekalan air bersih kini tidak terletak pada Jabatan Kerja Raya Sarawak tetapi boleh dikatakan setiap bahagian atau daerah mempunyai pengendali bekalan air mereka sendiri seperti Lembaga Air Kuching dan Lembaga Air Serian. Air yang dibekalkan juga terjamin kualitinya begitu juga dengan kebersihannya dan dengan itu ia tidak memudaratkan jika diminum. Bekalan air bersih juga mudah didapati yang membolehkan aktiviti harian dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Bekalan air juga telah disubsidikan oleh kerajaan agar rakyat dapat menikmati bekalan air bersih yang murah. Kerja-kerja pembekalan juga kini giat dijalankan bukan saja di bandar malah di luar bandar dan kawasan pedalaman. Setiap bahagian di Sarawak juga telah dibina loji penapisan air, tangki penyimpanan air, sistem perpaipan yang teratur serta infrastruktur yang berkaitan bagi menampung keperluan bekalan air yang kian meningkat. Beberapa bulan yang lepas, kerajaan pusat telah memperuntukan RM1.5 bilion untuk projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan ini telah membuktikan bahawa kerajaan sangat serius dalam memberikan keselesaan kepada rakyat di negeri Sarawak.


Rujukan

  1. Sarawak 30 Years Of Independence Within Malaysia, 1993
  2. Sarawak Year Book, 1999, Lawrence Tseu
  3. Sarawak Moden Dan Progesif, Wawasan Taib, 1996, Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia, Sarawak.
  4. RM3.25 bilion untuk bekalan elektrik, air luar bandar, 25/05/2010, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0525&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_04.htm

Wednesday, July 28, 2010

Guru Berpolitik...

1 Ogos 2010... para guru di negara ini akan dibenarkan untuk berpolitik. Berikutan dengan keputusan tersebut yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, akan membolehkan lebih kurang 190,000 guru di seluruh negara untuk terlibat dalam politik. Hanya guru-guru yang menjawat jawatan pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG 48 dibenarkan untuk berkecimpung dalam bidang tersebut.

Akan tetapi... adakah ini satu langkah yang bijak, memandangkan beban kerja guru-guru di sekolah sekarang ini sudah cukup berat, lebih-lebih lagi kepada guru-guru yang mengajar di peringkat sekolah menengah. Jika guru-guru sekarang mula bergiat aktif dalam politik, saya agak bimbang kerana mungkin segolongan guru-guru akan terlalu aktif melakukan aktiviti-aktiviti politik dan mereka mula mengabaikan peranan mereka sebagai seorang guru untuk mendidik para pelajar di sekolah. Langkah kerajaan membenarkan guru-guru berpolitik juga bermakna guru-guru juga membawa masuk hal-hal politik ke dalam kawasan sekolah secara langsung. Persoalannya adakah guru-guru tersebut akan menyebarkan fahaman politik kepada para pelajar ataupun tidak. Saya agak kabur dalam keputusan kerajaan membenarkan guru-guru bergiat dalam politik dan tidak tahu apa faedahnya kepada orang ramai khasnya pelajar-pelajar sekolah... Oleh itu, saya amat berharap keputusan tersebut tidak mendatangkan masalah besar di masa akan datang.

Pendatang Asing Berlakon Untuk Menagih Simpati

Hari ini saya terbaca satu berita di dalam akhbar Borneo Post tentang pendatang asing yang masuk ke negara ini menggunakan pas pelancong dan berlakon menjadi individu cacat untuk menagih simpati dari orang ramai terutama sekali di tempat-tempat yang dikunjungi ramai orang seperti di kawasan pasar. Menurut para peniaga di kawasan pasar berkenaan, para pengemis yang berasal dari negara China itu, berlakon dengan merangkak, bergerak menggunakan papan beroda atau tempang bagi meraih simpati dari orang disekeliling sekaligus mendapat wang ikhsan hasil dari lakonan mereka itu. Seorang orang awam yang ditemui berkata beliau merasa amat kecewa dengan sikap para pengemis tersebut kerana mengambil kesempatan atas kemurahan hati orang ramai di sini. Para pengemis tersebut juga dikatakan mampu memperolehi RM100-RM200 sehari.

THE TOURIST WHO BEGS: Luo’s cover was blown and was handed over to the police.
Pengemis palsu yang ditemui di tempat kejadian

Selepas membaca berita tersebut, saya agak kecewa dan faham akan perasan orang ramai yang ditipu oleh para pengemis asing tersebut kerana mereka sepatutnya datang ke sini sebagai pelancong dan menghabiskan masa mereka dengan mengunjungi destinasi-destinasi pelancongan di negeri ini. Tetapi sebaliknya, mereka menyalahgunakan pas pelancong mereka dengan melakukan perkara ini hanya untuk mendapatkan wang semata-mata. Bukankah mereka yang sepatutnya yang membelanjakan wang mereka dengan membeli barang-barang tempatan yang dijual oleh penduduk-penduduk atau peniaga-peniaga tempatan. Nampaknya pihak berkuasa harus memandang serius terhadap isu ini kerana pada masa ini masalah tersebut tidaklah terlalu memudaratkan. Tapi adalah lebih baik untuk mencegah daripada ia menjadi masalah besar kepada pihak berkuasa dan lebih-lebih lagi orang ramai yang menjadi mangsa. Masalah ini juga boleh memburukkan imej industri pelancongan negeri ini dan pihak berkuasa harus melakukan tinjauan sekerap yang mungkin bagi mencegah perkara ini daripada berulang.

Tuesday, July 27, 2010

All Telelink outlets in S’wak illegal – Wong


*Please refer to news posted in The Borneo Post Online*

Telelink outlets in Sarawak are too stubborn and still operating openly to the public even though few raids being done by local authorities. Are those Telelink operators didn't get enough of legal action taken on them or did those local authorities didn't punish those operators heavy enough that they still can do business like there's nothing happens before. I am quite curious because when I saw few of those Telelink outlets still operating and the public still can buy lottery tickets as usual, it should be closed and shutdown by now after all the raids few months ago. What I think is that maybe some sort of surveilance should be done to monitor all the outlets (don’t care how it is done) by the local authorities and if possible to caught them redhanded. How will the public view this issues, I’m pretty sure that they are as curious as I am. I don’t think these outlets will be closed/shutdown, if there is no stern action taken onto the operators. So, to the local authorities, I think they should be consistent on doing their jobs by doing some scheduled monitoring on any of these outlets…

Welcome to Sarawak Dot Kom

No article's being posted due to lack of ideas and need some brainstorming before I start to post something that might be useful... So, hang on and hopefully I post something within this week.

Adios....