Wednesday, May 8, 2013

DAP lebih hebat dari PKR & PAS tetapi hanya sementara

Sememangnya tidak dapat dinafikan lagi DAP lebih hebat daripada PKR dan PAS kerana telah berjaya memenangi 38 kerusi parlimen serta mengekalkan pemereintahan mereka di Pulau Pinang buat kali ke-2 pada PRU-13 yang lepas. 
Kejayaan DAP itu adalah didorong oleh sokongan rakyat berbangsa Cina terhadap parti telah meningkat di seluruh negara. Kebanyakkan kerusi parlimen dan DUN yang dimenangi oleh DAP adalah kawasan bandar dan mempunyai jumlah pengundi berbangsa Cina yang besar berbanding dengan bangsa-bangsa lain di kawasan berkenaan.

Manakala, PKR dan PAS pula turut gembira dengan prestasi cemerlang DAP itu, hinggakan prestasi merundum mereka dilupakan. Sokongan pengundi terhadap PKR dan PAS di seluruh negara boleh dikatakan tidak memberangsangkan dimana banyak calon dari kedua-dua parti mengalami kekalahan dengan jurang kekalahan yang besar. Walaupun tidak semua calon perti-parti berkenaan kalah teruk tetapi memadailah untuk memperlihatkan bahawa PKR dan PAS semakin lemah.

YA... PKR dan PAS semakin lemah... DAP lebih HEBAT

Kenyataan ini disokong oleh SuaraPakatanRakyat...

Tetapi dijangkakan kehebatan DAP itu mungkin tidak akan kekal lama kerana masalah parti berkenaan dengan ROS belum lagi selesai. Oleh yang demikian kita tunggu dan lihat apakah yang akan terjadi kepada nasib DAP akan datang.

2 comments:

  1. Saya sebagai anak semenanjung, mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada rakyat sarawak dan sabah kerana terus menyokong barisan nasional. Kami akan desak PM untuk terus memberi lebih peruntukan untuk rakyat di sana.Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Saya bersetuju dgn ultra malay supaya peruntukan utk PP, Kelantan dan Selangor dibawa ke Sbah dan Sarawak sebagai peruntukan tambahan dan peruntukan sediada ditambah. Di samping itu jawatan menteri penuh ditambah kepada MP dr Sabah dan Sarawak

    ReplyDelete