Monday, May 13, 2013

Kenyataan: "Roket" akan kehabisan bahan bakarnya...

Roket adalah sejenis pengangkutan yang kita tahu untuk membawa angkasawan ataupun satelit ke angkasa. Matlamatnya hanya satu sahaja, iaitu terbang ke angkasa. Kebanyakkan roket hanya boleh digunakan sekali  iaitu untuk penerbangan pergi sahaja. Dan untuk para angkasawan kembali ke bumi pula, sering kali mereka mendarat di lautan menggunakan kapsul bagi melindungi angkasawan.
Roket nampak gah apabila berlepas
Lebih megah lagi bila ia terbang tinggi menuju ke angkasa
Sesudah roket kehabisan bahan bakarnya ia tidak mampu lagi untuk pergi jauh selain masuk semula ke atmosfera bumi sebelum jatuh menghempas lautan biru dan meletup pecah berderai. Dan tidak mustahil, itulah yang akan terjadi kepada "Roket" DAP tidak lama lagi.

Tamatnya PRU-13, "Roket" DAP terbang megah selepas berjaya mempertahankan Pulau Pinang dan memenangi 38 kerusi parlimen mengalahkan jumlah kerusi parlimen yang dimenangi PKR dan PAS. Akan tetapi, kemenangan DAP itu sendiri adalah daripada sokongan PKR dan PAS, bukan hanya daripada sambutan kaum Cina semata-mata. PKR dan PAS banyak membantu DAP dalam kejayaan parti, dimana DAP telah berjaya menggunakan PKR dan PAS sebagai jentera alternatif mereka untuk mendapat sokongan pengundi. 

Maka, tidak salah juga jika dikatakan PKR dan PAS adalah keldai DAP dan terbukti DAP lebih hebat daripada PKR dan PAS. Prestasi PKR dan PAS pada PRU-13 yang lepas bukanlah yang terbaik seperti PRU-12, 2008. Sokongan pengundi kepada PKR dan PAS menurun berbanding DAP yang lebih hebat dan juga kekalahan yang dialami telah mendorong Anwar Ibrahim meroyan kerana tidak dapat menerima bahawa DAP lebih hebat. Tetapi yang disalahkan Anwar Ibrahim adalah keputusan PRU bukannya DAP. 

Balik kepada DAP, PKR dan PAS adalah bahan api "Roket"nya, dan jika PKR dan PAS jatuh, maka, jatuh lah "Roket" DAP. Ditambah pula dengan masalah dalaman DAP yang belum selesai, melibatkan ROS, memberikan pandangan bahawa masa depan DAP nampak pudar.
Apabila kehabisan bahan bakarnya, ia jatuh ke bumi, meletup dan  pecah berderai...
Ini adalah kenyataan... "Roket" akan kehabisan bahan bakarnya...

No comments:

Post a Comment