Friday, October 8, 2010

PR - Bertarung untuk mendapatkan 71 kerusi


Dalam satu akhbar tempatan, Pakatan Rakyat dilaporkan akan turun bertanding untuk semua 71 kerusi DUN pada pilihan raya peringkat negeri Sarawak akan datang. Menurut laporan tersebut, kesemua parti dalam PR (DAP, PKR, SNAP dan PAS) telah bersetuju dengan pengagihan kerusi untuk setiap parti dalam PR.

TETAPI, sejauh manakah kesahihan keterangan tersebut kerana ada desas-desus mengatakan parti-parti dalam pakatan berebut-rebut untuk mendapatkan hak bertanding bagi setiap kerusi yang akan dipertandingkan. Ada maklumat juga mengatakan, proses pengagihan kerusi terpaksa ditangguhkan kerana tiada kata sepakat di antara parti dalam PR.

Kalau macam ini lah gayanya, tak tahu lah nanti apa akan terjadi kepada nasib rakyat Sarawak yang kini diracuni dengan kata-kata dan janji-janji manis para pemimpin di dalam PR. Pilihan raya pun belum mula, tetapi sudah kecoh nak mendapatkan hak masing-masing. Kalau PR menang dalam pilihan raya negeri Sarawak nanti pasti musnah lah masa depan rakyatnya... sedih...sedih....





3 comments:

  1. teringat kata-kata Haji Hadi di Manik Urai tempoh hari yg orang Iban tak tahu mengundi sebab masih pakai cawat setelah calon PR kalah pilihanraya kecil Batang Ai.

    ice.

    ReplyDelete
  2. dia ada tgk ke org s'wak pakai cawat masa PRK Batang Ai?? komen paling bodoh... racist...

    ReplyDelete