Wednesday, October 13, 2010

Nurul Izzah Tidak Layak

Rujukan dari TheStarOnline


Ibu pejabat PKR telah mengumumkan bahawa Nurul Izzah tidak layak bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR menurut akhbar tempatan TheStar. Pengumuman tersebut telah menimbulkan kejutan kepada ahli kempen Nurul Izzah setelah beliau mendapat tiga pencalonan dan mengikut peraturan mengundi PKR, calon hanya perlu mendapatkan dua pencalonan untuk layak bertanding. Berhubung dengan pengumaman tersebut, satu surat meminta penjelasan tentang perkara tersebut telah diserahkan ke ibu pejabat parti yang dihantar oleh pejabat Nurul Izzah.

Selain itu, menurut pegawai pilihanraya parti Radin Shamsulkamar mengatakan bahawa 10 divisyen terpaksa menangguhkan mesyuarat dan proses mengundi akibat daripada pelbagai masalah seperti masalah teknikal dan tentangan hebat para penyokong calon. Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Mustafa Kamil Ayub, Datuk Zaid Ibrahim dan Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengesahkan mereka akan turun bertanding untuk mendapatkan jawatan No.2 dalam parti PKR.

Pemilihan dalam parti pun dah huru-hara, tapi bercita-cita hendak membawa negara kepada kejayaan yang lebih besar... Kalau beginilah rupanya proses pemilihan peringkat parti yang tidak dapat dijalankan dengan lancar bayangkan bagaimana mereka memimpin sebuah negeri apatah lagi sebuah negara. Silap-silap, bila keputusan pemilihan sudah diketahui mungkin ada para penyokong parti yang akan merasa tidak puas hati dan kita tahu penyokong parti PKR ini amat terkenal dengan demonstrasi-demonstrasi mereka. Mesti hangat isu ini nanti... Kita tunggu dan lihat...





1 comment:

  1. Tak heran Bro. Dah dijangka. Semua yang berlaku sebenarnya mengikut skrip yang ditulis oleh Anwar.

    Ais.

    ReplyDelete