Tuesday, January 18, 2011

SNAP nak 28 kerusi TETAPI...


Semalam SNAP telah mengumumkan mereka ingin bertanding dalam 28 kerusi pada pilihanraya negeri akan datang tetapi mendapat berita menyedihkan apabila mendapat tentangan daripada pihak Pakatan Rakyat. Presiden PKR, Baru Bian mengatakan SNAP perlu menilai infrastruktur mereka dan calon yang mereka cadangkan untuk bertanding adalah berpotensi terlebih dahulu. Adakah ini bermaksud SNAP akan meneruskan impian mereka atau mengikut saja kata telunjuk PR? Atau adakah selama ini sememangnya sudah wujud perselisihan pendapat diantara kedua-dua parti tersebut yang menyebabkan situasi ini berlaku? Walau apa pun sebabnya ini menunjukkan bahawa masih wujud ketidaksefahaman dan kata sepakat diantara parti komponen Pakatan Rakyat di Sarawak. Dan jika mereka berjaya mengambil alih kerajaan Sarawak selepas pilihanraya negeri kelak, tidak mustahil jika parti komponen PR akan membawa agenda masing-masing serta menuju halatuju berlainan. Sudah pasti juga, rakyat Sarawak yang akan menjadi mangsa diatas tindakan parti/pemimpin yang sepatutnya membela mereka.

Dalam hal ini, SNAP sebagai antara parti politik tertua di Sarawak harus berkeyakinan dengan keupayaan mereka sendiri dan tidak seharusnya mengikut kata telunjuk parti yang datang dari Semenanjung Malaysia. Ini kerana SNAP lebih memahami isi hati rakyat Sarawak kerana mereka sudah lama bertapak di sini jika dibandingkan dengan PKR dan PAS yang baru "setahun jagung" bertapak di Sarawak.

Untuk makluman, PKR dikatakan ingin bertanding dalam 40 kerusi dengan alasan mereka mempunyai infrastruktur dan pemimpin yang berpotensi. Presiden PKR Sarawak, Baru Bian mengatakan mereka akan berunding dengan para pemimpin SNAP mengenai masalah tersebut. Selain itu, pengarah komunikasi SNAP, Anthony Liman mengatakan mereka akan bertanding di daerah yang penduduknya majoriti orang Dayak.

Apa-apa pun, kita tunggu sahaja apakah hasil perbincangan kedua-dua parti itu nanti dan pasti keputusannya juga bakal hangat diperkatakan... KITA TUNGGUUUUUU.........

EDWIN DUNDANG AS CM!!!!!!!!!


2 comments:

  1. Nampak gaya nya PKR dan SNAP berebut rebut dgn kerusi...DAP pulak tak dapat nak buat apa apa..kesian DAP selama ni mengagung2 kan PKR yang menjadi kawan baik..tapi akhirnya memakan kawan sendiri...padan muka..

    ReplyDelete
  2. mentang-mentang bang nuar ada dibelakang, Barubian nak tunjuk angkuh. Rakus sgt nak jadi CM.Saya lebih suka Dundang, lebih humble.

    ReplyDelete