Monday, October 24, 2011

DAP tunduk kepada PKR? Tidak Mungkin!!!

PKR telah mengumumkan akan menurunkan calon di 12 kerusi parlimen di Sarawak dan telah mengenalpasti calon-calon yang bakal bertanding pada pilihanraya umum kelak. Stampin, Baram, Layar, Julau, Selangau, Mambong, Saratok, Mas Gading, Petra Jaya, Batang Lupar, Kanowit dan Kapit adalah kawasan parlimen yang telah disasarkan oleh PKR, menurut Baharuddin Mokhsen, ahli biro pilihanraya PKR.

Manakala DAP pula yang sebelum ini telah melancarkan Dayak Consultative Council (DCC) untuk mendapatkan sokongan kaum Dayak sebagai persediaan bagi menurunkan calon di kawasan parlimen majoriti kaum Dayak akan menghadapi masalah kerana sebahagian kerusi parlimen yang disasarkan bertindih dengan sasaran PKR. Dijangkakan perbincangan dalam pembahagian kerusi antara PKR dan DAP akan menjadi lebih hangat dengan pengumuman awal PKR berkenaan. 

Adakah DAP sanggup melepaskan sebahagian kerusi parlimen di kawasan bandar yang selama ini mereka kuasai demi menurunkan calon di kawasan parlimen luar bandar? Agaknya TIDAK MUNGKIN!!! PKR  Sarawak pula mungkin boleh memberi laluan kepada DAP, tetapi kepimpinan di Semenanjung Malaysia??? Agaknya TIDAK MUNGKIN JUGA!!! Kedua-dua kepimpinan tertinggi parti tidak akan tunduk dengan mudah, dimana PKR ingin memperluaskan kuasa di Sarawak, begitu juga DAP, berikutan peningkatan sokongan pada pilihanraya negeri lalu. Proses pembahagian kerusi parlimen diantara kedua-dua parti tidak akan selancar yang dikatakan oleh kedua-dua pihak malah akan menjadi lebih hangat daripada pilihanraya negeri April lepas.

Hangatttt.....!!!!! Pasti hangat.......!!!! Sehangat arang batu yang panas membara!!!!!!

No comments:

Post a Comment