Wednesday, October 5, 2011

PKR besar kepala, DAP PAS mangsa

Selepas dua sesi perbincangan, Pakatan Rakyat (PKR,DAP,PAS) belum lagi mencapai kata sepakat dalam pembahagian kerusi parlimen yang akan dipertandingkan pada pilihanraya umum akan datang. Kata sepakat belum dicapai memandangkan masalah perebutan kerusi parlimen antara PKR dan DAP, manakala PAS hanya terhimpit diantara kedua-dua parti tersebut. 

Menurut pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng, beberapa perbincangan lanjut akan diadakan sebelum sebarang tindakan diambil. PKR Sarawak pula menyatakan sebarang tindakan dan keputusan diberikan kepada pusat pasti dan Baru Bian presiden PKR Sarawak yakin bahawa keputusan akan diperolehi dalam masa terdekat sebelum pilihanraya umum diadakan. Beliau juga mengatakan proses pembahagian kerusi kini lebih mudah berbanding pada pilihanraya negeri yang lepas.

DAP dan PKR dijangka ingin mendapatkan antara 12 dan 15 kerusi parlimen daripada 31 kerusi, manakala PAS pula dijangka hanya mendapat 2-3 kerusi parlimen yang mempunyai penduduk majoriti Melayu.

Sudah dijangka situasi yang sama seperti sebelum pilihanraya negeri yang lepas akan kembali menghantui PR dalam proses mengagihkan kerusi antara parti-parti komponennya. Dan sudah dijangka juga ia lebih melibatkan perebutan kerusi diantara PKR dan DAP kerana kedua-dua parti ini adalah tunjang utama PR, manakala PAS pula hanya mengikut apa yang telah diputuskan oleh antara PKR dan DAP. Tetapi dengan situasi sekarang yang mana DAP telah melancarkan Dayak Consultative Council (DCC) yang bertujuan untuk menarik sokongan dari kalangan kaum Dayak di kawasan luar bandar, pasti keadaan akan makin sukar.

DAP akan cuba mendapatkan beberapa kerusi dikawasan luar bandar yang dilihat dapat memberikan saingan kepada BN dan tidak mudah bagi mereka untuk berundur kerana mereka mendapat keyakinan bahawa kaum Dayak sudah mula menerima kehadiran DAP di Sarawak dengan melihat kepada keputusan pilihanraya negeri yang lepas. PKR pula dibawah pimpinan Baru Bian lebih menumpukan untuk membantu rakyat yang ingin menuntut pembayaran pampasan atau hak milik tanah NCR rakyat Sarawak. Kedua-dua PKR dan DAP akan cuba mendapatkan kerusi kawasan majoriti kaum Dayak kerana bila berjaya memenangi kerusi tersebut ia akan menentukan parti mana yang akan memerintah Sarawak, itu pun jika kedua-dua parti berjaya.

Kehangatan pilihanraya umum masih lagi belum terasa akan tetapi sudah ada tanda-tanda awal bahawa PR akan menghadapi kesukaran lebih-lebih lagi dengan proses pembahagian kerusi di Sarawak yang belum mendapat kata putus. Sebarang keputusan sudah pasti akan menimbulkan rasa tidak puas hati diantara PKR dan DAP kerana parti-parti tersebut sudah menumpukan perhatian mereka untuk memenagi hati para pengundi di luar bandar khasnya kaum Dayak.

Walauapapun, proses ini akan mengambil masa yang lama dan tidak akan selesai dalam masa terdekat seperti yang didakwa kedua-dua ketua parti, Wong Ho Leng (DAP) dan Baru Bian (PKR). Kita tunggu apakah keputusan yang akan diambil oleh PR dalam masa terdekat ini. Kita tunggu dan lihat.........

No comments:

Post a Comment