Selasa 17 Januari 2012, satu demonstrasi telah diadakan di Menara Pelita, Petra Jaya dihadiri sekurang-kurangnya 30 orang penduduk kampung yang dipercayai datang dari Melikin untuk memprotes tindakan United Team Trade dan kerajaan negeri Sarawak yang dikatakan telah merampas tanah NCR milik mereka di Melikin.
Berikut adalah sebilangan gambar-gambar yang telah diambil semasa demonstrasi tersebut.
Pemilik tanah NCR |
Kesian mereka telah dimanipulasi untuk melakukan demonstrasi |
Masa nak rehat pun disuruh bergambar dengan banner protes |
Setelah melihat gambar-gambar diatas, kebanyakkan daripada pemilik tanah/penduduk kampung dilihat seperti mengikut saja kata telunjuk pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan demonstrasi. Kebanyakkan daripada mereka tidak begitu ghairah untuk berdemonstrasi tetapi kelihatan seperti keletihan dan tidak berminat untuk memprotes dek cuaca yang panas pada ketika itu.
Kesian mereka datang dari jauh dan disuruh untuk melakukan demonstrasi dimana sepatutnya satu rundingan antara kedua-dua pihak antara pemilik tanah dan pihak United Team Trade boleh dilakukan. Mungkin berdemonstrasi adalah trend bagi pihak tidak bertanggungjawab untuk memperjuangkan hak dan bukannya dimeja rundingan.
Lihat SINI
Buat lapar perut je...
ReplyDelete