Esok hari merupakan hari Sabtu yang biasa seperti hujung minggu yang sebelum ini dimana warga Kuching menjalankan aktiviti-aktiviti bersama-sama keluarga serta orang tersayang. Lebih-lebih lagi esok adalah hujung minggu dimana ramai warga sudah mendapat gaji akan meluang masa yang ada bersama-sama orang tersayang keluar rumah untuk membeli barang-barang keperluan harian ataupun ada yang pergi berkelah di tempat peranginan atau bersiar-siar di sekitar bandaraya Kuching.
Kompleks Mahkamah Lama Kuching |
Tetapi esok juga merupakan hari dimana perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan di Kompleks Mahkamah Lama Kuching berhadapan dengan Waterfront Kuching pada jam 2.00 petang. Beberapa minggu yang lepas pihak penganjur sudah mengedarkan risalah-risalah kepada warga Kuching memberitahu tentang perhimpunan tersebut. Mengimbas kembali kepada perhimpunan Bersih 2.0 tahun lepas yang diadakan secara kecil-kecilan, dimana para pemimpin parti pembangkang cuma berkumpul di beberapa lokasi antaranya di kedai kopi kawasan Stutong dengan memakai baju warna kuning berlogo Bersih 2.0. Ketika itu, tidak ramai yang berkumpul bersama para pemimpin pembangkang cuma yang hadir adalah pengikut-pengikut kuat parti-parti berkenaan.
Dijangkakan Bersih 3.0 Kuching esok "mungkin akan" mendapat sambutan tetapi tidaklah semeriah sambutan yang diberikan seperti di bandaraya Kuala Lumpur pada Bersih 2.0 lepas. Agak-agaknya yang kelihatan adalah kelibat-kelibat pemimpin dari DAP dan PKR serta para pengikut parti berkenaan. Rata-rata warga Kuching agak keberatan untuk menghadiri perhimpunan sedemikian oleh kerana ia diadakan pada hujung minggu dan mungkin ramai lebih suka bergembira bersama keluarga atau orang tersayang di rumah mahupun di luar. Warga Kuching juga tidak begitu hebat berbincang mengenai perhimpunan tersebut dan tidak ramai yang tahu atau dengan kata lain ramai tidak mahu tahu tentang perhimpunan Bersih 3.0.
Pendek kata warga Kuching masih sayangkan keamanan dan kedamaian...
No comments:
Post a Comment