Berita mengatakan Pakatan Rakyat akan memansuhkan PTPTN jika mereka menang pada PRU-13 akan datang sememangnya telah mencetuskan ketidakpuasan banyak pihak dan tidak kurang juga yang menyokong. Hal ini telah disampaikan sendiri oleh ketua Pakatan Rakyat sendiri Anwar Ibrahim dalam satu ceramah baru-baru ini.
Sebaliknya, ramai yang lupa dan tidak tahu kebenaran disebalik rancangan ketua PR berkenaan. Jika kita melihat balik kepada sejarah penubuhan PTPTN, ia telah DILULUSKAN sendiri oleh Anwar Ibrahim yang pada ketika itu masih lagi memegang jawatan sebagai timbalan PM dan juga Menteri Kewangan. Tetapi kenapa sekarang setelah lebih dari 10 tahun penubuhan PTPTN, beliau ingin memansuhkannya.
Andai kata PTPTN dimansuhkan, sudah pasti ramai pelajar-pelajar yang tidak mampu mengeluarkan belanja yang besar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat koleh atau universiti. Peluang untuk anak-anak kampung mengubah nasib keluarga mereka juga akan tertutup kerana hanya dengan mendapatkan pendidikan yang tinggi saja yang boleh membebaskan mereka dari kepompong kemiskinan dan kesusahan.
Tidak dapat dinafikan bahawa PTPTN telah memberikan banyak manfaat kepada ramai pelajar-pelajar kolej dan universiti tidak kira yang melanjutkan di institusi awam atau swasta. Pelajar-pelajar bumiputera dan bukan bumiputera semuanya berpeluang mendapatkan pendidikan tinggi dengan adanya bantuan daripada PTPTN. Jika dimansuhkan juga yang menjadi mangsanya kelak adalah pelajar-pelajar yang cemerlang tetapi tidak mampu mengeluarkan belanja yang besar.
Sepatutnya PTPTN tidak patut dimansuhkan tetapi perlu diperbaiki lagi demi memberikan manfaat yang lebih baik kepada para peminjam berbanding sekarang dimana ramai peminjam merungut. Segala rungutan, komen dan cadangan rakyat terhadap PTPTN harus dikaji dengan teliti agar tindakan lanjut dapat dilakukan dengan betul dan memberikan keputusan yang tepat untuk membela para peminjam serta bakal peminjam. Dengan kata lain, masih banyak lagi perlu dilakukan oleh PTPTN untuk membantu rakyat dan bukannya hanya untuk memberikan bantuan kewangan kepada para pelajar yang memerlukan.
Kesimpulannya, PTPTN harus diperbaiki....

betu betul....ramai remaja sekarang tidak berfikir dengan panjang...apa yang mereka mahu adalah ptptn dimansuhkan...mereka tidak memikirkan apa yang akan berlaku pada remaja yang akan datang atau anak mereka kalau ptptn dimansuhkan..
ReplyDeleteceh.. aku tok peminjam PTPTN..mun sapa peminjam tauk berapa besar interest dlm penyata setelah hbis pengajian..mengalah kan kredit kad..sik remaja nie nak pikir mun sikda org madah keperluan untuk belajar percuma..memang patut la..atau pun mcm MARA..pinjaman sikda interest..dr dolok sikda masalah..tok PTPTN baruk tok dah dgr masalah mcm2..
ReplyDelete