Saturday, April 6, 2013

Ada gunting dalam selimut!

Menjelang PRU-13 ini, semua jentera parti sudah menarik gear-5 dan kalau boleh masuk gear-7 seperti kereta F1. Malah ada jentera parti sudah mula bergerak melancarkan aktiviti masing-masing awal lagi sebelum pengumuman pembubaran parlimen oleh YAB Datuk Seri Najib. Kini selepas pengumuman tersebut, jentera-jentera parti komponen BN sudah mengorak langkah untuk melancarkan gerakan yang lebih mantap bagi menghadapi PRU-13 serta menepis serangan-serangan dari pihak Pakatan Rakyat. 



Sementara setiap jentera parti-parti komponen BN mengatur perancangan masing-masing, mereka telah diingatkan agar bekerjasama antara satu sama lain untuk mencapai matlamat utama, iaitu MEMASTIKAN KEMENANGAN BN dalam PRU-13 nanti. 

Akan tetapi, ada pihak-pihak tertentu yang ibarat "udang disebalik batu" ataupun menjadi "gunting dalam selimut", kalau tidak pun menjadi "duri dalam daging". Pihak-pihak seperti ini sememangnya ada agenda tersendiri untuk kepentingan sendiri tanpa memikirkan implikasi atau akibatnya di masa hadapan. Semata-mata mengejar sesuatu yang tidak kekal akan memakan diri sendiri dan seterusnya menjadi punca kepada kecacatan jentera parti-parti komponen BN.

Apakah motif mereka? Objektif mereka? Mereka seakan-akan ingin "bermain dengan api" dan patut tahu akibatnya jika api marak terlalu besar seterusnya menjadi diluar kawalan. Ketika api masih lagi jinak, mereka patut melakukan perancangan yang lebih mendatangkan hasil kepada BN dan bukan menjatuhkannya. 

Mungkin ada dikalangan anda faham cerita dongeng ini dan mungkin ada yang sudah pengsan kerana tidak faham. Oleh itu, untuk me'refresh"kan kita semua... Jom klik sini... 

Seharusnya, setiap ahli di dalam jentera parti komponen BN harus ada motto 
"Saya Penyokong No.1 BN
dan bekerjasama untuk kesejahteraan negara selepas PRU-13 yang akan datang. 

Dan kepada para pengundi muda, sila pangkah X untuk calon BN dalam kertas undi anda... Sekian... HIDUP BN!

No comments:

Post a Comment