Thursday, August 5, 2010

Pelajar Sekolah Dibenarkan Kahwin

*Sila layari laman Utusan Online*

Kenyataan dibawah dipetik dari Utusan Malaysia Online berkaitan dengan syarat-syarat membenarkan pelajar sekolah untuk berkahwin;

Di dalam enakmen Majlis Agama Islam dan peruntukan undang-undang Islam, lelaki yang berumur 18 tahun ke atas dan perempuan 16 tahun ke atas yang dibenarkan berkahwin ada pengecualian oleh Mahkamah Syariah untuk umur berkenaan.

Berkenaan dengan cadangan tersebut yang dikemukakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom beberapa hari yang lepas telah menimbul banyak pendapat yang rata-ratanya datang dari kalangan orang ramai dan ahli-ahli akademik. Menurut beliau cadangan tersebut boleh mengurangkan kes anak / hamil luar nikah selain boleh mengurangkan gejala buang bayi.

Persoalannya adalah, mampukah cadangan tersebut mengurangkan masalah-masalah yang disebut di atas? Syarat-syarat yang dikemukakan juga masih tidak begitu jelas dan boleh menimbulkan kebimbangan ramai pihak khususnya orang ramai. Selain itu, banyak lagi yang perlu dikaji dari segi kebekesanan cadangan tersebut serta apakah impaknya jika cadangan dilaksanakan.

5 comments:

  1. I tidak berapa setuju atas longgaran syarat perkahwinan ini. ini kerana dengan kahwin awal.. tidak dapat menyelesaikan masalah buang bayi dan hamil luar nikah... biarpun kahwin awal kerana hamil.. bunyinya semacam hanya kasihkan lesen perkahwinan sahaja. ini hanya akan mengurangkan kadar hamil luar nikah dalam statistik sahaja. bagaimana dengan masalah rumah tangga? dalam era ini, gejala muda tidak sesuai kahwin awal kerana tidak ada kemampuan untuk menyara isteri dan anak - anak... tambahan kahwin awal akan memudaratkan atau meningkatkan masalah rumah tangga dan seterusnya sosial. ini juga akan menjejaskan kesihatan mental kanak-kanak iaitu masa depan malaysia..

    ReplyDelete
  2. ya betul... zaman sekarang dah tak seperti dulu lagi. sekarang harga barang-barang keperluan sudah naik dan peluang kerja agak terhad lebih-lebih lagi kepada orang-orang yang tidak mempunyai pendidikan sekolah... jadi kalau para pelajar dibenarkan untuk kahwin awal, saya dapat mengagak cadangan yang sepatutnya menyelesaikan satu masalah, menimbulkan masalah yang baru pula.

    ReplyDelete
  3. Apa yang penting,didikan agama amatlah penting daripada ibu bapa.Ibu bapa haruslah mengawal aktiviti anak mereka terutamanya diperingkat remaja, daripada mengelakkan mereka terjerumus dalam kancah maksiat atau aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.Saya berpendapat bahawa dalam peruntukan undang-undang Islam,lelaki yang berumur 18 tahun ke atas yang dibenarkan berkahwin tanpa pengecualian kerana ia adalah salah satu sunnah nabi juga.

    ReplyDelete
  4. pandangan saya lain sedikit... dalam keadaan terdesak perkahwinan mungkin jalan penyelesaian terbaik tetapi peranan ibubapa amat penting dalam hal ini.

    ReplyDelete
  5. Saya agak setuju dengan pandangan bengbeng. sekarang kita banyak melihat remaja sekolah suka mengambil jalan mudah di mana sikap terburu buru dan terlalu obses pada seseorang membuatkan mereka suka membuat keputusan untuk ikut pasangan mereka ke rumah dan tidak mahu di hantar pulang. Oleh yang demikian, mahu atau tidak ibu bapa kedua dua belah pihak terpaksa mengahwini pasangan tersebut untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak di ingini dan akhirnya kedua duanya terpaksa berhenti sekolah atas sebab sudah berkahwin di usia muda. Itu sahaja jalan yang paling 'simple'yang boleh di lakukan hanya sekadar untuk mengelak berlakunya perkara kurang baik kerana remaja zaman sekarang suka memberontak dan mudah melakukan perkara yang tidak elok. Agak wajar sekiranya pelajar di benarkan kahwin tetapi harus lah di pantau dahulu keadaan dan situasi sebenar yang memerlukan mereka berkahwin.

    ReplyDelete