Thursday, October 28, 2010

Apakah yang PATUT...

Apakah yang PATUT...

Dilakukan oleh kerajaan BN untuk mendapat kemenangan mutlak pada PR DUN Sarawak yang akan datang?

Dilakukan oleh kerajaan BN untuk menyakinkan rakyat Sarawak bahawa BN mampu membawa Sarawak ke arah masa depan yang lebih baik...

Dilakukan oleh pemimpin kerajaan BN untuk memimpin rakyat Sarawak dibawah pimpinan mereka...
TETAPI apakah yang PATUT...

Dilakukan oleh rakyat Sarawak untuk diri mereka sendiri?

Oleh itu... beramai-ramailah kita mendaftar nama untuk menjadi pengundi untuk masa depan diri, rakyat, negeri Sarawak dan negara Malaysia!!! Masih belum terlambat untuk kita semua untuk menjalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat kerana mengundi adalah suara kita dan SATU undi boleh menentukan segalanya...

JOM DAFTAR MENGUNDI!!!

Monday, October 25, 2010

Kerja PART-TIME yang lumayan...

Pssstttt.... Anwar datang Miri, 10000 orang dikhabarkan akan menghadiri majlis tersebut, tetapi yang datang tak penuh satu Boeng 707. Itu pun kalau semua duduk kat kerusi masih boleh lagi baring-baring kat lantai kapal terbang tu... Berita menyedihkan ini ada dipaparkan dalam blog-blog rakan seperjuangan... Sila klik disini untuk maklumat lanjut, klik sini dan juga klik disini.

Ada juga khabar-khabar angin mengatakan mereka yang datang menghadiri majlis telah dibayar untuk menghadiri majlis tersebut. Khabar anginnya lah, tapi kalau benar LUMAYAN tu... Datang majlis kena bayar upah. Duduk dengar Anwar mencarut dapat juga duit belanja untuk satu minggu. Berapa upahnya, itu tidak diketahui kerana ini hanya khabar angin dan ianya berlalu tanpa apa-apa bukti yang sah.

Ada gambar-gambar menarik dari majlis tersebut saya pinjam dari rakan-rakan seperjuangan.


Gambar Dipinjam Dari RajahMas.


Gambar Dipinjam Dari MukaPetang.

Khabar angin atau benar yang hadir tu kena bayar adalah perkara kecil. Tetapi yang paling penting di Sarawak, PR masih belum dapat mempengaruhi pemikiran rakyatnya dan ini merupakan berita baik kepada kita semua bahawa orang Sarawak tidak mudah ditipu dan diperdaya oleh pemimpin-pemimpin PR.

Sekian, terima kasih...

Friday, October 22, 2010

PR Main TARIK TALI.... Mengisi Masa Lapang...

















Mereka kata akan selesai pada bulan November akan datang... Tapi... Kita tunggu dan lihat saja keputusannya kelak. Tetapi ada satu keputusan yang telah dipersetujui oleh para ketua parti komponen PR Sarawak ialah... "MENYERAHKAN SEGALANYA KEPADA PEMIMPIN TERTINGGI PERINGKAT NASIONAL(PKR & PAS) UNTUK MEMBUAT KEPUTUSAN" menurut Baru Bian, Presiden PKR Sarawak... Apa hal nak bagi orang lain untuk buat keputusan??? Lain kali kalau memerintah Sarawak pun minta tolong pemimpin tertinggi buat keputusan lah?? Kalau macam inilah, baik lupakan saja impian nak memerintah negeri sebesar Sarawak kalau nak membuat keputusan pun minta tolong orang lain untuk fikirkan. Peringkat parti pun dah huru-hara, jangan nak kata kalau peringkat negeri atau peringkat negara... PASTI HARU BIRU, pecah berderai bumi Kenyalang ini agaknya... Tak ingin lah saya nak bayangkan kalau itulah masa depan negeri tercinta saya, Sarawak...

Oleh itu, kita sebagai rakyat Sarawak harus bijak memilih siapa dan pihak mana yang mampu memimpin kita ke arah yang betul dan menjamin masa depan lebih cerah...


Wednesday, October 13, 2010

Nurul Izzah Tidak Layak

Rujukan dari TheStarOnline


Ibu pejabat PKR telah mengumumkan bahawa Nurul Izzah tidak layak bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PKR menurut akhbar tempatan TheStar. Pengumuman tersebut telah menimbulkan kejutan kepada ahli kempen Nurul Izzah setelah beliau mendapat tiga pencalonan dan mengikut peraturan mengundi PKR, calon hanya perlu mendapatkan dua pencalonan untuk layak bertanding. Berhubung dengan pengumaman tersebut, satu surat meminta penjelasan tentang perkara tersebut telah diserahkan ke ibu pejabat parti yang dihantar oleh pejabat Nurul Izzah.

Selain itu, menurut pegawai pilihanraya parti Radin Shamsulkamar mengatakan bahawa 10 divisyen terpaksa menangguhkan mesyuarat dan proses mengundi akibat daripada pelbagai masalah seperti masalah teknikal dan tentangan hebat para penyokong calon. Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Mustafa Kamil Ayub, Datuk Zaid Ibrahim dan Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengesahkan mereka akan turun bertanding untuk mendapatkan jawatan No.2 dalam parti PKR.

Pemilihan dalam parti pun dah huru-hara, tapi bercita-cita hendak membawa negara kepada kejayaan yang lebih besar... Kalau beginilah rupanya proses pemilihan peringkat parti yang tidak dapat dijalankan dengan lancar bayangkan bagaimana mereka memimpin sebuah negeri apatah lagi sebuah negara. Silap-silap, bila keputusan pemilihan sudah diketahui mungkin ada para penyokong parti yang akan merasa tidak puas hati dan kita tahu penyokong parti PKR ini amat terkenal dengan demonstrasi-demonstrasi mereka. Mesti hangat isu ini nanti... Kita tunggu dan lihat...





Friday, October 8, 2010

PR - Bertarung untuk mendapatkan 71 kerusi


Dalam satu akhbar tempatan, Pakatan Rakyat dilaporkan akan turun bertanding untuk semua 71 kerusi DUN pada pilihan raya peringkat negeri Sarawak akan datang. Menurut laporan tersebut, kesemua parti dalam PR (DAP, PKR, SNAP dan PAS) telah bersetuju dengan pengagihan kerusi untuk setiap parti dalam PR.

TETAPI, sejauh manakah kesahihan keterangan tersebut kerana ada desas-desus mengatakan parti-parti dalam pakatan berebut-rebut untuk mendapatkan hak bertanding bagi setiap kerusi yang akan dipertandingkan. Ada maklumat juga mengatakan, proses pengagihan kerusi terpaksa ditangguhkan kerana tiada kata sepakat di antara parti dalam PR.

Kalau macam ini lah gayanya, tak tahu lah nanti apa akan terjadi kepada nasib rakyat Sarawak yang kini diracuni dengan kata-kata dan janji-janji manis para pemimpin di dalam PR. Pilihan raya pun belum mula, tetapi sudah kecoh nak mendapatkan hak masing-masing. Kalau PR menang dalam pilihan raya negeri Sarawak nanti pasti musnah lah masa depan rakyatnya... sedih...sedih....